≡ Menu

Adakah Sah Kanak-Kanak Menjadi Imam

Khilaf Ulama ( perselisihan ulama) tenteng apakah harus kanak-kanak menjadi imam kepada makmum yang telah baligh…?

Pandangan ulama mazhab al-Syafi’i seperti dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

“Ulama berbeza pandangan dalam bab sahnya solat yang diimamkan oleh kanak-kanak bersama makmum yang sudah baligh. Sesungguhnya sudah dinyatakan sahnya (solat yang diimamkan kanak-kanak) pada pandangan mazhab kami (al-Syafi’i).”

Ini juga pandangan Abu Hanifah,Ibn al-Munzir,Hassan al-Basri dan Ishak bin Rahawaih..

Kata Imam al-Nawawi lagi, seorang kanak-kanak yang dilantik menjadi imam itu selain baik bacaan dan hafalannya, perlulah seorang yang mumayyiz (kanak-kanak yang boleh membezakan sesuatu yang baik atau buruk)

Didiklah anak-anak supaya menjadi Hafiz seorang yang menghafal al-quran mengamalkannya boleh memberi syafaat  sepuluh ahli keluaganya di Neraka.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.