kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat al-Tirmizi) 2. Dosa besar menderhakai ibu bapa Abi Bakrah r.a. berkata, Nabi s.a.w. pemah bertanya tiga kali yang bermaksud: “Mahukah aku beritahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu, ya Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawl menerangkan bahawa Baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 3. Ibu lebih utama berbanding ayah Seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab, mafhumnya: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.” (Riwayat al-Bukhari) 4. Kewajipan meminta izin ibu bapa sekalipun dalam urusan agama Daripada Abdullah bin ‘Amru, bahawa ada seseorang datang kepada Nabi s.a.w. dan meminta izin untuk pergi berjihad, maka
Baginda bertanya: “Adakah kedua-dua orang tuamu masih hidup?” Dia menjawab: “Ya.”Baginda bersabda: “Kepada mereka sahajalah kamu berjihad.” (Riwayat al-Nasa’i) 5. Kewajipan meminta izin ibu bapa sekalipun dalam urusan agama Rasulullah bersabda, maksudnya: “Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya, maka dia kufur.” (Riwayat al-Bukhari)