≡ Menu

Amerika Syarikat Dorong Keganasan

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Amerika Syarikat Dorong Keganasan

    Serangan tempat-tempat awam oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afghanistan menunjukkan bahawa kehadiran tentera AS di negara Islam bukan bertujuan untuk keamanan dan kemanusiaan. Sikap dan tindakan kejam méreka secara terbuka di negara tersebut bukan sahaja boleh menimbulkan kemarahan masyarakat dunia, malah ia juga mendorong golongan radikal Islam bersikap lebih kejam terhadap rakyat AS yang berada di negara-negara Arab.

    Dalam suasana umat Islam dibunuh secara kejam di bumi Iraq dan Afghanistan, rakyat AS juga berada dalam ketakutan akibat balas dendam daripada golongan radikal Arab. Kemanusiaan dan keamanan sukar diwujudkan jika kuasa besar masih angkuh dengan kekuatan tentera dan senjata perang mereka. Kekuatan tanpa disulami dengan perasaan kasih sayang dan penghormatan menyebabkan manusia bertindak lebih kejam daripada haiwan.

    Jika AS dan Barat sering melaungkan prinsip kemanusiaan dan keamanan, Presiden George W. Bush tidak akan membenarkan tentera-tenteranya menyerang orang awam dan meruntuhkan rumah-rumah orang awam. Beribu orang rakyat Iraq dan Afghanistan dibunun oleh tentera-tentera AS dan sekutunya.

    Tindakan anggota Al-Qaeda membunuh orang awam AS terlalu kecil bilangannya jika dibandingkan dengan pembunuhan terhadap orang-orang awam di negara Iraq dan Afghanistan oleh tentera-tentera AS dan sekutunya.

    Apabila diteliti dan dikaji sikap dan tindakan tentera AS di negara-negara Islam, mereka lebih mirip kepada tindakan dan sikap tentera-tentera Israel ke atas penduduk Palestin. Jika seorang tentera Israel dibunuh oleh rakyat Palestin, berpuluh orang rakyat Palestin dibunuh dan banyak harta awam dimusnahkan.

    Dalam suasana gergasi dunia menunjukkan kehebatan bala tenteranya terhadap umat Islam, bertindak secara radikal terhadap orang awam AS bukan merupakan satu penyelesaian yang mudah. la boleh menjuruskan lagi sifat kurang belas kasihan terhadap umat Islam.

    Kuasa dan pengaruh dunia Barat tidak dapat ditandingi oleh dunia Islam. Tindakan balas dendam seumpama itu dilarang oleh Islam. lni disebabkan ajaran Islam lebih mirip kepada pemikiran tamadun dan keamanan sejagat. Tindakan kejam kuasa Barat itu perlu dijadikan sebagai bahan renungan umat Islam bahawa jika dunia dikuasai oleh manusia yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan dan ‘Pembalasan di Hari Akhirat’, mereka boleh bersikap di luar jangkaan manusia.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Keangkuhan dan kehebatan suatu bangsa dan negara itu akan lumpuh apabila individu-individu yang pentadbir dan menguasai negara tersebut terlalu berminat dengan giatan pembunuhan dan penyiksaan manusia. Tamadun sesuatu bangsa tidak akan kukuh begitu lama walaupun adun Greek dan Rom boleh bertahan beribu tahun lamanya.

    Oleh itu AS perlu akur kepada konsep tamadun yang bercirikan kepada kemanusiaan dan keamanan. Jelas masa kini tamadun yang dibina oleh AS lebih mirip bercirikan kepada sistem pemerintahan Rom Timur yang dibenci oleh penduduk-penduduk Arab dan juga Kristian di negara-negara Arab. Dewasa ini rakyat AS sendiri bangun menentang kejaman yang ditaja oleh Presiden Bush di negara-negara Arab.

    Dalam menghadapi suasana umat Islam ditindas oleh kuasa-kuasa Barat, persediaan diri amat diperlukan. Umat Islam masa kini perlu memperkukuhkan diri generasi muda dengan ilmu pengetahuan agama dan keduniaan. Ilmu-ilmu keduniaan boleh menghasilkan umat Islam yang bertamadun. Ilmu agama merupakan satu ilmu yang boleh membentuk kerohanian umat Islam. Kehebatan tamadun Islam masa silam bukan hanya bergantung kepada kekuatan tentera dan senjata, malah ia juga berhubung kait dengan kekuatan kerohanian dan etika kemanusiaan. Ini adalah antara faktor utama yang menyebabkan umat Islam ketika itu dianggap sebagai kuasa penakluk yang pantas.

    Sejarah menunjukkan bahawa kekuatan kerohanian dan nilai-nilai etika Islam berhubung kait dengan kemanusiaan dapat menawan penganut-penganut agama Kristian di negara-negara Arab memeluk agama Islam, malah mereka juga berkerjasama dengan tentera-tentera Islam mengusir kuasa Rom keluar dari tanah air mereka.

    Rakyat Iraq dan Afghanistan masa kini tidak mungkin dapat membangun negara dalam masa yang pendek akibat daripada kemusnahan negara yang teruk serta peralihan kuasa yang memakan masa yang lama. Oleh itu sistem pentadbiran yang mantap sukar untuk dilaksanakan. lni menyebabkan masyarakat dalam negara tersebut berada dalam kemunduran walaupun negara berkenaan memiliki khazanah bernilai tinggi.

    Umat Islam era ini perlu memahami kelemahan diri dan cuba mengatasi permasalahan tersebut secara hikmah, bukan kekerasan. Tindakan ganas bukan sahaja boleh memberi peluang kepada kuasa besar mencampuri hal ehwal dalaman negara Islam, malah ia juga boleh mewlumpuhkan usaha untuk membangun negara dan tamadun.

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment