≡ Menu

Antara Kesilapan Dan Dosa Di Hari Raya

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Antara Kesilapan dan Dosa Di Hari Raya Aidilfitri

    1. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya,letih kerana makan terlalu banyak lalu melupakan kewajipan terhadap Allah SWT.

    2. Aurat & Ipar
    Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

    3. Sentuhan
    Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    4. Tidak menghormati tetamu. Terdapat anak-anak yang tidak keluar bersalaman atau tidak mengendahkan tetamu ibubapanya kerana terlalu asyik menonton TV dan malu yang tidak bertempat.

    5. Wangian Wanita
    Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

    6. Pakaian Wanita
    Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.Berkebaya ketat,berbaju jarang,berlengan pendek dan tidak bertudung kepala dan mendedahkan sebahagian dari auratnya.

    7. Membuang masa dengan menonton rancangan-rancangan yang tidak berfaedah. Usah jadikan hari raya sebagai pesta hiburan dengan menonton rancangan-rancangan yang tidak berfaedah seperti nyanyian-nyanyian yang melalaikan dengan artis-artis yang mendedahkan aurat dan berkaraoke bebas serta hindarkan dari menghabiskan masa di depan TV.

    Selamat Hari Raya dan Selamat Beramal..

    Dunia Maklumat

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment