Dalam siri kunjunganku ke Australia pada huiung tahun 2010 yang lalu, aku singgsh di Tasmania sebuah pulau yang tidak jauh dari Melbourne, Australia. Pemandangan tempat- tempat di situ indah belaka. Jumlah penduduk lslam di Tasmania sekitar 1OOO orang yang terdiri daripada pelaiar, pendatang dan orang tempatan. Aku diundang untuk menyampaikan ceramah agama di Masjid Hobart iaitu satu-satunya masjid di Tasmania. Imam Sabri Samson mengundangku ke situ untuk menyampaikan ceramah mengenai pemikiran akliah dan kaitannya dengan al-Quran. Imam Sabri berasal dari Tanjung Karang, Selangor dan pernah mengikuti program Pelajar Rancangan Colombo pada tahun 1967. Beliau merupakan guru sains dan elektronik dan menetap di sana lebih 40 tahun. Beliau menjadi imam di Hobart sejak tahun 1995. Dengan bantuan derrnawan dan Malaysia, Masjid Hobart dapat dibina di tempat yang sangat strategik. Ceramah selepas Maghrib itu mengundang pendengar daripada pelbagai latar belakang. Kebanyakan pelajar Malaysia yang belajar di sini adalah dalam bidang sains dan perubatan. Mereka dan masyarakat Islam Hobart turut hadir. Daya Fikir dan Zikir Aku memulakan ceramah itu dengan memberikan asas bahawa betapa al-Quran menyeru manusia menggunakan akal (afala ya‘qilun), membangunkan pemikiran (afala yatafakkarun) dan membina daya kajian dan penelitian (afala yatadabbarun). Faktor akal penting kerana ia membawa manusia untuk menggunakan kekuatan pemikiran bagi menjana ilmu pengetahuan. Berfikir juga penting kerana daripadanya membawa manusia mengembangkan idea. Idea yang berguna menjadikan manusia hidup dengan lebih sempurna. Membangunkan daya kajian dan penelitian sangat mustahak supaya kajian yang dilakukan tidak sahaja terhadap hal-hal yang tampak (emphirical and observable), tetapi juga berfikir dan merenung kepada hal-hal yang ghaib. Umat Islam bukan hanya memiliki daya fikir, tetapi juga daya zikir. Integrasi fikir dan zikir tidak sahaja membawa manusia
mengenal sumber kejadian sekitarnya, tetapi mengenaI’Pencipta daripada hasil kejadian tersebut. Apabila kita mengagumi ciptaan gunung-ganang misalnya, lantas kita hubungkan ia sebagai pasak-pasak bumi (awtad) seperti yang disebutkan dalam al-Quran. Ia bukan sahaja memberikan kita kefahaman tentang kewujudan gunung-ganang sebagai sumber ciptaan Allah, tetapi betapa gunung-ganang menjadi pengukuh dan memberi keseimbanganbagi bumi. Jiwa fikir juga tidak sahaja melihat air sebagai satu sumber dalam pengertian “apa”, tetapi membawa natijah “rnengapa”. “Apa” ialah air secara saintifik yang menghubungkan faktor hidrogen dan oksigen. Tetapi, faktor zikir yang dirujuk daripada al-Quran menghubungkan air itu sebagai sumber kchidupan. Lalu, maksud “mengapa” terhubung dengan Penciptanya. Air tidak mampu dicipta oleh manusia, namun ia sedia jadi atau semula jadi yang dijadikan oleh Allah. Jalan Berfikir Al-Quran juga memberikan asas (maksudnya): “(Allah) telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya.” (Surah al-Talaq 65: 3) Dalam bahasa yang mudah, Allah menciptakan sesuatu dalam kadarnya dan tidak boleh melampaui kudrat yang Allah beri. Bayangkan kita berdiri di tepi laut melihat ombak yang sedang beralun. Sehebat mana pun alunan ombak tersebut, ia akan terhenti di gigi pantai dan tjdak melampaui daratan. Bagi yang memiliki daya fikir, tentu sukar baginya untuk memahami perkara tersebut.Tetapi orang yang memiliki upaya zikir akan menghubungkan batas ombak sebagai kuasa Allah yang mentakdirkan ia berpatah balik ke lautan. Jelasnya, bukan peranan manusia untuk menolak ombak supaya jangan melepasi ke daratan. Kita melihat lebuh raya yang terbentang luas. Kenderaan lalu di atasnya silih berganti. Sehebat mana pun sistem dengan
kenyataan dan papan tanda diaturkan disepanjang perjalanan, kemalangan tetap terjadi dan kesesakan sering berlaku lalu
menyebabkan perjalanan ke destinasi terhalang. Berbilion cakerawala dan galaksi di angkasa bergcrak tcrlalu laju. Ia bergerak dengan teratur dan tersusun rapi. Tidak berlaku perlanggaran kerana takdirNya. Tidak berlaku kesesakan hingga menyebabkan 300 bilion galaksi bertembung. Maha Besar Allah yang menciptakan dan mengaturkan semua itu dengan tertib. Allah mencipta ikan-ikan di lautan. Tidak ada campur tangan manusia memberi rezeki kepada ikan-ikan tersebut. Ikan dipukat oleh manusia dan dinaikkan ke daratan sebagai sumber rezeki. Pada ikan itu terdapat rezeki untuk manusia dan makhluk lain. Allah menjamin rezeki kepada setiap makhluk yang diciptakan. Ikan tersebut dibeli di pasar, kemudiandisiang dan diasingkan perut, sisik dan insangnya. Kita menganggap ia sebagai bahan terbuang, tetapi bagi kucing, anjing, semut, lipas dan lalat “bahan terbuang” itu amat berharga baginya kerana ia adalah
sumber rezeki. Lalu, ikan tersebut dimasak dan dijadikan gulai. Kita makan isinya dan asingkan tulang-temulang daripadanya. Tulang-
temulang tersebut adalah rezeki makhluk lain. Tidak scmua isi yang dimakan menjadi darah daging kerana esok lusa kita akan
buangnya sebagai najis dan menjadi rezeki ulat. Maha Besar Allah mencipta sesuatu untuk manusia dan makhluk. Kisah di atas membawa jalan berfikir buat seseorang. Betapa kejadian Allah membawa rahmat dan nikmat terhadap makhluk lain. Berfikir mengenai limpahanrahmat dan nikmat serta rezeki dan kurniaan bukan semuanya milik insan, betapi milik makhluk lain juga. Asas Berfikir daripada al-Quran Kita melihat air sungai yang mengalir. Tidak semuanya jemih untuk mcngalir ke laut. Air laut yang masin memberi kesan
proses yang menakjubkan hingga menimbulkan wap yang naik ke udara membentuk awan. Awan berat akan membentuk air. Air itu turun semula ke bumi dalam bentuk hujan dan menghidupkan sumber-sumber yang Allah ciptakan. Ini terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 164 sebagai renungan buatmanusia, maksudnya: “Sesungguhnya, pada penciptaan
langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang berguna
kepada manusia, dan air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu dengan air itu Allah hidupkan tumbuh-tumbuhan di bumi
sesudah mati (kering)nya. Allah sebarkan di bumi ini segala jenis haiwan, dan penyebaran angin dan awan yang dikendalikan
di antara langit dengan bumi. Sesungguhnya, (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang
memikirkan.” Ayat ini secara jelas memperlihatkan elemen saintifik yang membawa kita merenung mengenai kebesaran Allah, keteraturan dan ketertiban perjalanan alam ini mendatangkankebaikan terhadap umat manusia dan persekitaran. Inilah asas al-Quran yang memberi petunjuk kepada manusia khususnya orang yang berjiwa takwa (muttaqin-huda Ii al-nas dan huda li al-muttaqin). Petunjuk bukan sekadar penerimaan maklumat dan suluh atau ilmu yang memberi kecerahan kepada jalur hidup, malah memberi manusia pedoman tentang faktor fikir dan zikir. Apabila ditautkan, ia tidak sahaja terhubung dengan hal-hal yang nyata dan tangible, tetapi juga terhubung dengan hal-hal yang ghaib. Faktor akliah (berfikir tentang alam dan persekitaran) dan faktor naqliah menghubungkan faktor akal dengan upaya
berfikir, berhkir secara mendalam dan melakukan kajian dan penelitian tidak sahaja secara empins tetapi juga terhubung
hal-hal yang nyata dengan Allah s.w.t. sebagai Pencipta. Ia terkandung dalam surah al-‘Alaq yang memberi asas kepadamaksud “baca” atau budaya ilmu. Allah berfirman dalam ayat
pertama, maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).” Maksud “baca” di sini bukan sekadar membaca al-Qumn secara harfiah, tetapi sekaligus mengajak manusia “membaca” alam ini dalam maksud pemerhatian, kajian dan penyclidikan. Alam ini tidak terjadi begitu sahaja kerana ia ada Penciptanya. Al-Quran bukan sifatnya tekstual semata. Ia terhubung dengan hal-hal yang kontekstual atau realiti. Terdapat ribuan ayat al-Quran mengenai sains. Upaya akal manusia merenung dan mengkaji, lalu dihubungkan dengan al- Quran. Maka para saintis Islam mampu mengolah dan mengkaji mengenai alam dan hikmah dijadikan sesuatu untuk manfaat manusia dan makhluk. Dalam ayat kedua, Allah berfirman yang bermaksud: “Allah menciptakan manusia daripada segumpal darah.” Ayat ini
mengandungi ilmu mengenai permulaan penciptaan manusia. Ia memberi asas mengenai ilmu embriologi. Manusia terjadi
daripada seketul darah dan berkembang menjadi daging dan tulang-temulang, bersusuk dan berbentuk sehingga roh
ditiupkan ke dalam diri bayi dan seterusnya lahir ke dunia menjadi insan bernyawa dan bernafas. Allah menyebut dalam al-Quran, maksudnya: “Katakanlah: ‘Roh itu daripada urusan Tuhanku. Kamu tidak diberikan ilmu
pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah a!-Isra’ 17: 85) Bayangkan jasad tanpa roh, ia tidakmembolehkan akal berfikir, hati merasa atau daya membuahkan amal. Sehebat mana pun akal fikiran manusia, ia tidak akan mampu menjana ilmu jika roh tercabut daripada dirinya. Tidak mungkin hati dapat merasai sesuatu kerana tanpa roh, hati tidak memberi apa-apa makna. Lebih-lebih lagi tidak mungkin daya boleh digerakkan untuk melakukan amal tanpa kekuatan roh padanya. Roh rnilik Allahlah yang menjadi sumber segala-galanya. Satu-satunya Masiid di Hobart Asas berfikir yang berasaskan fikir dan zikir ini aku sampaikan kepada hadirin bertujuan mengajak mereka membina fikrah yang bersepadu. Sesuatu tidak terjadi secara mekanistik semata-mata, tetapi ia memiliki nilai guna yang mendekatkan manusiadengan Allah. Sesuatu itu tidak terjadi dengan sendiri melainkan ada hubungannya denganAllah. Dan setiap sesuatu yang diciptaNya terkandung rahmat dan nikmat bagi orang merenung, berfikir, memahami serta bersyukur
atas pemberianNya. Walaupun pendekatan ceramah ini agak berlainan daripada biasa, para pelajar yang memiliki latar belakang sains dan ilmu
perubatan memberi perhatian yang baik terhadap ceramah yang disampaikan. Masyarakat Islam di Hobart turut mengemukakan beberapa pertanyaan yang menarik. Moga-moga ziarahku ini memberi makna kepada masyarakat Islam di Tasmania. Satu-satunya masjid yang terdapat di bandar Hobart bakal berkembang di tempat lain supaya Islam yang mementingkan akal dan ilmu mampu membangunkan fikrah insan dan dapat menghubungkan alam dengan kehidupan dan kehidupan dengan Pencipta iaitu Allah. Aku meninggalkan Hobart dengan harapan untuk datang lagi.