Untuk menghasilkan sebuah buku tentulah Iebih sulit tetapi tetap bukan sesuatu yang mustahil anda lakukan. Apa yang anda periukan hanya:
• Tabah dan bersungguh-sungguh menyiapkan skrip.
• Tulis tentang bahan yang paling banyak telah anda kumpul.
• Sasarkan setahun hingga dua tahun untuk menyiapkan skrip pertama anda.
• Cari penerbit yang sanggup menerbitkan skrip anda sejak awal penulisan lagi.
• Minta pandangan dan bantuan penulis ternama.
Tip Menggoda Penerbit
Jangan tergesa-gesa hendak menerbit-kan buku anda. Buat gerak gempur terlebih dahulu seperti menulis rencana atau cerpen. Apabila anda sudah ada nama, anda mudah mendapat “bargaining power.
Kalau anda penulis baru, tawarkan diri anda untuk berkongsi nama dengan penulis terkenal. Paling tidak anda minta mereka menulis kata pengantar, kata sisipan, endorsement, komentar atau testimoni.
■ Hantar skrip dengan kemas dan menarik.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
■ Menghantar skrip hardcopy lebih berkesan daripada skrip softcopy. Paling baik hantar kedua-duanya sekali.
■ Bercakap dan berkenalan secara peribadi dengan Editor Pemerolehan sesebuah syarikat penerbitan.
■ Selepas tiga minggu hingga sebulan anda menghantar skrip, telefon editor bertanyakan status skrip anda.
■ Tanya apakah perlu ditambah atau dibaiki? Bahagian mana? Aspek apa?
■ Bercakaplah dengan intonasi suara dan bahasa yang merendah diri.
■ Kalau skrip anda ditolak, tanya alasan penolakan dan mohon dibaiki dan dihantar semula.
■ Apabila skrip anda diterima, segera minta surat hitam putih penerimaan atau menandatangani Surat Perjanjian Penerbitan, antara butirannya:
■ Kadar royalti.
■ Cara dan tempoh pembayaran royalti.
■ Tempoh masa perjanjian.
■ Keterbatasan anda menghantar karya kepada penerbit lain.
■ Hak menerbitkan skrip dalam bentuk lain seperti drama, filem, VCD, komik dan sebagainya.
■ Komisen apabila anda menjual buku tersebut.
■ Bilangan naskhah penulis yang anda akan terima pada cetakan pertama dan cetakan ulangan.
■ Hak penterjemahan kepada bahasa lain.
Bagaimana sekarang? Apakah anda sudah ada idea untuk menghasilkan tulisan pertama anda?