≡ Menu

Bahaya Minum 3 Dalam 1

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Kesibukan setiap hari memaksa kita melakukan setiap perkara dengan cepat dan segera. Hal ini memaksa kita melakukan apa jua kerja yang mudah dan tidak memeningkan kepala termasuklah makan minum harian. Di balik kesibukan itu, ramai yang mengambil jalan mudah dalam soal makan minum dengam mengambil makanan dan minuman segera 3 dalam 1. Akan tetapi, terdapat beberapa bahaya terkandung dalam minuman 3 dalam 1 ini.

    Antara bahaya minuman 3 in 1, ianya mengandungi kandungan gula melebihi 3 sudu teh setiap pek. Tujuan kandungan gula ini dilebihkan kerana untuk menghilangkan rasa pahit dalam minuman tersebut. Sering kali terpampang di televisyen akan bahayanya gula berlebihan didalam makanan dan minuman. Gula yang berlebihan boleh menyebabkan peminum mengidap penyakit karies gigi, kencing manis, kerosakan pada gigi dan sebagainya. Namun perkara ini ditolak tepi atas alasan sibuk dan tidak ada masa. Antara bahan yang terkandung didalam minuman 3 in 1 ialah krimer. Hampir kesemua minuman 3 in 1 mengandungi krimer. Kebanyakan krimer yang digunakan ialah krimer susu bukan tenusu, iaitu sejenis lemak tepu yang terhasil dari minyak kelapa sawit. Pengambilan secara tidak terkawal boleh menyebabkan saluran arteri darah tersumbat dan menyebabkan berlakunya penyakit jantung koronari dan angin ahmar.

    Tidak disangkal lagi bahawa minuman 3 in 1 turut mengandungi kafien. Kafien ialah alkaloid yang tergolong dalam keluarga methylxanthine bersama sama sebatian tefilina dan teobromina. Kafien terkenal denganrasa pahitnya, tetapi bertindak sebagai peransang kepada sistem saraf pusat, jantung dan pernafasan. Pengambilan kafien terlalu banyak menyebabkan berlakunya kemabukan akibat kafiena. Ianya menyebabkan berlakunya keresahan, kerisauan, insomnia, kerap kencing (diuresis) dan masalah gastrointestial. Pengambilan melebihi 1 g sehari menyebabkan sentakan otot, kekusutan fikiran dan sebagainya. Turut diingatkan bahawa kafien ini merupakan sejenis dadah yang tidak diketahui ramai.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Kira-kira 200 kalori terkandung didalam setiap pek dan kandungannya sama sekiranya kita mengambil 2 keping roti atau sepinggan nasi. Pengambilan sebanyak 3 pek menjadikan jumlah kalori yang terkumpul ialah 600 kalori. Kalori yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya obesiti atau berat badan berlebihan. Ianya boleh menyumbang kepada berlakunya masalah jantung, kencing manis, aterosklerosis, angin ahmar dan sebagainya.

    Ada yang mengatakan bahawa minuman 3 in 1 mengandungi kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng. Hakikat sebenarnya, kandungan tersebut amat sedikit kerana setiap bahan tersebut sangat mahal dan sangat sukar untuk diperolehi. Adalah tidak logik sekiranya satu paket minuman 3 in 1 itu dijual dengan harga 50 sen ke RM1 sekiranya kandungan bahan tersebut banyak.

    Oleh itu, haruslah kita sedar bahawa nilai kesihatan itu amat tinggi jika dibandingkan dengan wang. Ramai di kalangan kita lebih mementingkan nilai wang dari kesihatan sendiri sekaligus melupakan aspek kesihatan. Memang tidak disangkal, kesibukan memaksa kita, tetapi perlu diingatkan bahawa janganlah kita memandang rendah terhadap kesihatan kita bak kata pepatah sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

    Dunia Maklumat

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment