≡ Menu

Berita Dari Dunia

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Lanun Somali membebaskan tiga rakyat Syria yang ditawan selepas 2 tahun. Menurut Mohamed Aden Ticey, pembebasan itu berlaku tanpa sebarang pembayaran dibuat kepada lanun-lanun tersebut.

     

    Tiga rakyat Syria yang dibebaskan itu adalah antara 21 orang krew kapal MV Orna,sebuah kapal milik syarikat yang berpusat di Emeriah Arab Bersatu. Salah seorang dari tawanan kapal MV Orna telah ditembak mati oleh lanun pada bulan Ogos sebagai tanda protes akibat kelewatan pembayaran tebusan. Kapal MV Orna telah ditawan kira-kira 400 batu nautika timur laut pada bulan Disember tahun 2010 dan dibebaskan pada 22 Oktober 2012.

     

    Siri kegiatan lanun Somali dikatakan telah berkurangan sejak beberapa tahun yang lalu disebabkan kerana beberapa buah kapal kini membawa pengawal keselamatan yang lengkap dengan senjata dan juga kawalan keselamatan Tentera Laut Antarabangsa untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang serbuan lanun.

     

    Manakala di Bmako, Mali, hampir 11 orang telah terbunuh manakala 60 lagi cedera selepas kerajaan negara itu melancarkan serangan tentera terhadap Al-Qaeda yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pemberontak di negara tersebut.

    Menurut Ousmane Sy, Sekreteriat Am, seramai 11 orang terbunuh di Bandar Konna, yang mana pihak pemberontak telah menawan bandar tersebut sejak hari Khamis lalu. Penawanan itu menyebabkan kerajaan Perancis membuat keputusan untuk melancarkan serangan udara dalam usaha membantu kerajaan Mali mendapat kembali jajahan mereka.

    Manakala Mayor Konna, Sory Diakite, seramai 3 orang kanak-kanak dijumpai mati lemas di sungai selepas cuba untuk menyelamatkan diri daripada serangan udara tersebut. Manakala 8 yang lain pula ditemui mati di rumah mereka dan di jalan raya.

     

    Namun begitu, keadaan lebih parah berlaku di Nairobi, Kenya, apabila Persatuan Palang Merah memberitahu kira-kira 200 orang telah terbunuh dalam siri keganasan di tenggara Kenya. Siri keganasan itu bermula sejak Ogos dikatakan menpunyai kaitan dengan tekanan pilihan raya yang akan berlangsung pada bulan Mac nanti.

     

    Menurut Sekreteri Am Persatuan Palang Merah, Abbas Gullet, sejak Sabtu minggu lepas lagi berlaku pertempuran antara kaum separa nomad Orma dan komuniti pertanian Pokomo di Delta Tana, akan tetapi keganasan terkini dikatakan luar jangkaan. Menurutnya lagi, kira-kira 36000 orang penduduk dikatakan telah berpindah dan sekolah juga telah ditutup.

     

    Menurut pihak polis Kenya, motif di sebalik keganasan yang berlaku mungkin dikatakan mempunyai kaitan antara kaum berikutan pilihan raya yang bakal berlangsung. kira-kira 18 orang telah terbunuh dalam minggu ini akibat pertempuran antara dua kaum ini. Manakala pemimpin kawasan tersebut telah bertemu untuk membincangkan mengenai keamanan pada Sabtu lalu.

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment