Senaman
Apabila sebut sahaja soal berat badan, pasti masing-masing akan resah dengan berat badan masing-masing. Bagi mereka yang kurus akan memikirkan bahawa perkara sebegini tidak penting. Akan tetapi, bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan, pasti akan merasa gelisah atau runsing kerana berat badan yang lebih.Namun begitu, berat badan itu tidak diukur melalui gemuk atau kurus seseorang itu. Akan tetapi ianya diukur melalui perkiraan BMI.
BMI atau Body Mass Index merupakan sistem pekiraan yang digunakan untuk mengetahui masalah berat badan seseorang itu. Sistem BMI digunakan seluruh pelusuk dunia untuk mengetahui kadar risiko seseorang itu mengidap penyakit jantung.
BMI = Berat (dalam kg)/Tinggi (dalam cm)
Namun begitu, perkiraan BMI ini tidak digunakan terhadap kanak-kanak, wanita yang mengandung dan ahli bina badan. Nilai BMI ini sering digunakan untuk golongan dewasa. Hasil perkiraan BMI juga berbeza antara orang Asia dan orang Barat kerana perbezaan cara hidup dan permakanan. Namun begitu, untuk orang Asia, perkiraan BMI terbahagi kepada empat kategori:
Kurang dari 14.9 = Sangat Kurus
15 –> 18.4 = Kurus
18.5 –> 22.9 = Normal
23 –> 27.5 = Gemuk
27.6 –> 40 = Kegemukan
40 –> ke atas = Obesiti
Angka diatas itu telah disusun mengikut standard yang telah ditetapkan oleh WHO. Jika mereka yang mula mencapai paras gemuk, pasti akan mula memikirkan untuk menurunkan kembali berat badan ke paras yang normal. Malah ada yang sanggup berhabiskan duit semata-mata untuk menurunkan kembali berat badan dengan pelbagai produk makanan menguruskan berat badan.
Memang betul bahawa produk menguruskan badan mampu memberikan anda berat badan yang sesuai. Akan tetapi, ianya mengandungi sibutramine, sejenis bahan kimia yang digunakan dalam produk menguruskan badan termasuk steroid. Sibutramine mengakibatkan peningkatan tekanan darah dan mengakibatkan sakit jantung yang boleh membawa maut.
Sibutramine juga telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2010 dibawah Akta Racun 1952 dan temasuk dalam ‘Group B Poison List’.
Cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan ialah dengan cara semulajadi iaitu bersenam. Bersenam merupakan aktiviti yang jarang dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Menurut kajian, lebih 70% rakyat sesebuah negara tidak bersenam dan mengambil permakanan secara berlebihan.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Rata-rata mengidap penyakit yang boleh membawa maut seperti sakit jantung, jantung tersumbat dan sebagainya.
Oleh sebab itu, masyarakat dinasihatkan supaya bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 ke 4 kali seminggu. Ini kerana bersenam mampu menguatkan otot,tulang dan sendi. Otot yang kuat menghasilkan tonus dan postur seterusnya menghasilkan bentuk badan yang menarik.
Disamping mendapat bentuk badan yang menarik, ianya juga meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Organ jantung mengepam darah menerusi saluran darah. Orang yang gemuk lebih banyak menyimpan lemak yang boleh menyekat saluran darah. Senaman membantu membuang lemak dan mengelakkan saluran darah daripada tersekat. Senaman juga memberikan tenaga,membantu mengurangkan stress dan membantu tidur lebih lama. Tidak hairanlah mereka yang sering mengalami masalah stress dilihat jarang bersenam.
Bersenam juga menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung. Kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung menjadikan jantung lebih sihat dan kuat.
Bersenam membantu mengurangkan paras gula dan lemak dalam badan. Dengan bersenam seperti berjoging, ianya membakar kira-kira 374 kalori dalam badan. Lebih banyak kalori yang dibakar hasil bersenam, menjadikan tubuh badan dan minda anda semakin sihat.
Melalui bersenam, anda mampu mengawal berat badan anda disamping dapat membina stamina. Antara contoh yang boleh diambil ialah Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton nombor satu dunia. Meskipun sudah berumur 29 tahun, Datuk Lee Chong Wei mampu mengekalkan berat badannya dan memanjangkan tempoh staminanya.
Rata-rata mereka yang mencapai umur 23 tahun ke atas tidak mengambil berat tentang kesihatan dan dilihat jarang sekali bersenam.
“Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati” – Hadis riwayat Imam Ahmad.
Nearly organisation really should have some form of supporting. cheap ugg boots on sale
cheap beats by dr dre sale beatsbydrebydr.com beats by dre for sale cheap
It is appropriate time to make some plans for the future and it’s time to be happy. I’ve read this post and if I could I wish to suggest you few interesting
things or advice. Perhaps you can write next articles referring to this article.
I wish to read more things about it!
Hello Zalee,Kenapa tak makan pagi? Kurangkan berat badan bukan soal kekerapan makan atau semaann semata2. Yang penting adalah kawalan jumlah pengambilan kalori berbanding jumlah yang keluar over time.Di sini, Zalee perlu mahir dalam membina pelan diet yang sesuai dengan:Keperluan unik ZaleeObjektif kurangkan berat tersendiri ZaleeGaya hidup unik ZaleeUntuk bantu Zalee memahami perkara-perkara di atas, saya sangat2 syorkan Zalee dapatkan my ebook yang terangkan everything in detail.Hope this helps 0Was this answer helpful?