≡ Menu

Cabaran Rakyat Malaysia Untuk Membeli Kereta

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  •  

    By: Akmal Adiosmembeli kereta

     

    Cabaran rakyat Malaysia dalam membeli kereta :

    1. Harga kereta kena bayar rata-ratanya hampir dua kali ganda berbanding harga asal kereta. Ke-2 termahal di dunia di belakang Singapura.

    2. Roadtax dan insurans sangat mahal. Ramai rakyat Malaysia simpan duit bulan-bulan semata-mata untuk bayar roadtax dan  insurans.

    3. Kalau nak selamat, duit kena lebih. Maksudnya kalau nak aksesori keselamatan seperti airbag dan lain2, kena bayar lebih. Kalau yang tak mampu, macam mana?

    4. Dikenakan Tol, dan kebanyakannya dah naik sejak beberapa tahun lepas. Kalau yang jenis tiap-tiap hari ulang alik, terpaksalah bayar. Jadi beban.

    5. Harga minyak RON95 dah naik 20 sen haritu. Bukan 20 sen sekali isi tapi kebaikan 20 sen tambahan kena bayar bagi setiap liter minyak yang diisi.

    6. Pinjaman nak beli kereta dah makin ketat. Kalau cara tak kena cara, tiada taktik dan tiada bantuan mereka berpengalaman, gaji RM1200-1500 belum tentu lepas. Rakyat biasa mana mampu beli tunai. Harga Myvi baru (yang paling cikai) pun dah harga lebih RM 40,000. Kalau nak 2nd hand, kalau ada rosak sana sini, mana ada duit hatta beberapa ribu untuk setel. Bagi orang kaya, beberapa ribu tu murah je Sebab tu ramai beli yang baru je.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    7. Jalan masih jem, banyak rosak dan lampu isyarat di tahap ‘masih perlu dibaiki’. Kalau kemalangan, kita yang kena tanggung walhal kesilapan dari lampu isyarat yang rosak, jalan yang berlubang mahupun kesesakan. Kereta dah bayar mahal, tapu insfrastruktur jalan raya masih dibimbangi di sebahagian kawasan.

    8. Yang nak berjimat, beli moto je. Dengar kata lepas ni, moto pun akan dikenakan tol? Biar betul walaupun masih dalam perbincangan.

    9. Kereta yang lama, contohnya berusia 10 ke atas akan dihalang dari berada di jalan raya. Walaupun masih dalam perbincangan, tapi kalau jadi jugak, masalah lah. Pinjaman kereta ansuran maksimum sampai 9 tahun. Takkan nak tambah hutang lagi dek kena beli kereta baru? Kalau macam tu sampai bila pun tak habis bayar hutang kereja je.

    10. Ada pulak cadangan diwajibkan pemeriksaan puspakom setiap 5 tahun usia kereta. Yang ni baguslah untuk keselamatan. Tapi kalau kena bayar lagi, waduh, pemilik kereta kena tanggung satu lagi jenis bayaran wajib. Pandai ‘deme’ membuat duit.

    11. Servis kereta pun jangan kata murah. Ia perlu untuk keselamatan anda di jalan raya. Namun ia tetap kos perlu ditanggung oleh pemilik kereta. Kadangkala berlaku masalah tak dijangka. Kalau tukar tayar, mesti kena pair. Lepastu harga boleh cecah lebih RM300. Tak kata salah siapa, tapi nak menyatakan ini juga kos perlu dibebani oleh rakyat.

    Rakyat bukannya kaya. Bukan pula meminta-minta. Tapi jika terlalu dibebani, itu maknanya ada unsur kezaliman yang berlaku. Orang kata la. Bukan saya.

    – Akmal Adios
    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment