Walaupun jutaan rakyat Mesir menentang kudeta, terdapat juga jutaan mereka yang menyokong kudeta. Mereka adalah Tamarod (dalam bahasa Arab yang bermaksud pemberontak) yang menggalakkan rampasan kuasa itu berlaku. Mereka juga harus bertanggungjawab mengadakan perhimpunan pada 30 Jun.
Sejak rampasan kuasa, Presiden Mursi telah ditahan di lokasi rahsia, bersama-sama staf dan pembantunya.
“Dia layak untuk ditangkap,” kata Mohammed El-Helal, salah seorang Tamarod. “Mursi tidak melakukan apa-apa untuk negara. Orang-orangnya merosakkan Mesir.”
“Apa yang kudeta lakukan?” tanya Khaled Hanafy, setiausaha FJP (Freedom & Justice Party, parti politik yang diwakili oleh Mursi).
“Sudah sebulan, dan semua yang kita rasakan adalah tiada apa-apa melainkan penangkapan yang tidak mengikut undang-undang, penjara, hak kebebasan media yang disekat, khabar angin, perintah berkurung dan penguasaan sepenuhnya ke atas negara.” Selepas rampasan kuasa, pencen dikurangkan dari 15 peratus kepada 10 peratus, dan perlembagaan yang dibatalkan.
“Sebaik sahaja Sisi berkuasa, Projek Terusan Suez (projek untuk membuka peluang besar kepada pekerjaan dan perdagangan), telah dihentikan,” kata seorang peserta himpunan Rabaah, Manal Khedr.
“Semua yang dilakukan oleh kerajaan Mursi untuk memulihkan Mesir telah dihentikan.” Undang-undang yang dibuat Mursi untuk membantu dan memberikan bantuan kepada ibu tunggal dan wanita yang tidak bekerja, telah dibatalkan.
“Dan sebab itulah kami berada di Rabaah. Kami ke sini untuk mengambil semula kebebasan kami. Kami rasa dihina,” kata Khedr.
Aku ingat laungan rakyat, “Mati lebih baik daripada hidup tanpa maruah. Kami mahu hidup bermaruah! Kami ke sini bukan untuk mati. Kami mahu hidup!”
Kegigihan peserta himpunan anti-kudeta menjadi tanda tanya kepada orang ramai.
“Kami tidak akan pulang ke rumah dengan mengetahui undian kami telah dibakul-sampahkan!” kata pelajar Universiti Al-Azhar, Yasmin Fahmy, juga antara himpunan Rabaah.
Semasa pilihan raya Mesir yang pertama pada 2012, orang ramai sanggup beratur beberapa kilometer panjangnya, di bawah terik matahari, hanya untuk membuat undian dalam pilihan raya yang pertama kali dalam sejarah. Undian mencecah 64 peratus, walaupun terdapat banyak penipuan yang dilakukan oleh pembangkang.
64 peratus ini lebih besar jumlahnya daripada undian di Perancis, yang hanya mencecah 63 peratus, dan merupakan peratus paling besar di dunia.
Aku ingat lagi pada 19 Julai, aku dan ibuku menyertai himpunan dari Rabaah menuju ke jalan Salah Salem.
Ketika himpunan tersebut, aku melihat tiga kereta, dengan mata aku sendiri, memecut laju ke arah orang ramai, melibas senjata tajam daripada tingkap kereta, memukul dan menyepak sesiapa sahaja yang berada di jalan. Ramai yang mati dan cedera. Adakah mereka ini samseng upahan? Atau rakyat pembangkang? Aku tidak tahu. Tetapi yang pastinya, mereka bukanlah sebahagian dari “pengganas” di Rabaah.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Minggu berikutnya, aku berucap di hadapan jutaan orang di Medan Rabaah, yang ditayangkan secara langsung di beberapa saluran.
Sebaik sahaja berdiri di atas pentas, kamu akan merasai satu kuasa. Ada rasa kasih-sayang dan galakan yang diberikan.
Sebulan selepas itu, tentera telah ‘membersihkan’ Medan Rabaah dan tempat-tempat lain (seperti Medan Nahdah, juga di Kaherah), dengan membakar khemah dan menembak peluru hidup secara rambang ke arah himpunan aman, yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Kanak-kanak yang lahir di Rabaah juga mati di Rabaah.
Selepas sembilan jam dengan asap, gas pemedih mata, kereta kebal, penembak tepat, darah dan tangisan, tentera ‘membersihkan’ Rabaah dan memberi amaran hanya 5 minit. Sesiapa yang masih berada di Rabaah akan dibunuh. Semua orang keluar dengan tangan diangkat ke atas. Tentera mengumumkan penutupan Medan Rabaah. Terdapat perintah berkurung jam 7 malam, sesiapa yang dilihat berada di jalan-jalan akan dibunuh atau ditahan.
Polis/tentera menceroboh masuk ke rumah, malah bilik, untuk menahan ahli politik yang menentang mereka.
Bukan sahaja pemimpin, malah rakyat biasa yang menentang rejim juga ditahan . Aku mempunyai kawan-kawan daripada Ireland (kesemuanya perempuan), yang datang ke Mesir untuk bercuti seperti aku, juga ditahan tanpa sebarang sebab.
Melalui kerajaan sementara, kerajaan yang disokong kudeta, bagi kebanyakan rakyat Mesir perjuangan masih jauh dari pengakhiran.
“Kita kena sabar,” kata Khedr. “Harga kebebasan itu tidak murah dan kita kena buat apa sahaja yang boleh untuk mengembalikan hak kita. Hidup Mesir. Hidup keadilan.”
Sumber: The Eye Opener
Ikuti tulisan Amal Ahmed Albaz sebelum ini, bahagian I: Sini
————————–
Kenali penulis artikel ini di sini:
Facebook: https://www.facebook.com/
Twitter: https://twitter.com/
Blog: http://
Youtube: http://www.youtube.com/