≡ Menu

Delima Umat Islam Masa Kini

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Delima Umat Islam Masa Kini
    Dalam satu seminar Makarimul-Akhalq baru-baru ini, seorang peserta telah membangkitkan satu persoalan yang amat menarik, iaitu: ”Adakah kelemahan umat Islam kini angkara musuh-musuh lslam atau disebabkan mereka sendiri yang mengabaikan solat dan perintah Allah s.w.t.?”
    Persoalan ini amat baik untuk kita renungi kerana inilah antara dilema umat Islam masa kini sama ada kelemahan diri sendiri atau pihak luar. Yang mana satu punca sebenar yang melemahkan umat ini?
     
    Ada sekelompok yang memang suka menuding jari kepada pihak luar atau mengalihkan pandangan ke luar rumah untuk melupakan masalah dalam rumah tangga sendiri. Memang dalam ilmu politik, ini salah satu strategi yang baik iaitu mengalihkan fokus daripada masalah dalaman dengan menyerang atau mengalihkan perhatian kepada pihak lain. Tetapi adakah ia seperti persoalan yangdiajukan oleh peserta tersebut? Beliau seolah-olah ingin mengajak kita menilai kembali ke dalam diri kita sendiri. Adakah kelemahan umat kerana faktor dalaman atau luaran?
     
    Iman dan Amal Soleh
     
    Ada pelbagai dimensi untuk menghuraikan persoalan ini. Dari satu sudut pandang, memang ada beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. yang mengaitkan pengaruh dan peranan solat dengan agama. Antaranya firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al- Ankabut 29: 45)

    Begitu juga sabda Nabi Muhammad s.a.w. dalam’hadis yang bermaksud: “Solat itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya maka dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa meninggalkannya, maka dia (telah menghancurkan agama.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
     
    Benar, terdapat kesan langsung antarapelaksanaan ibadah kepada Allah s.w.t.dengan urusan kehidupan dan nilai agama seseorang. Bahkan, bukti keimanan ituadalah dengan amal soleh kerana ia gandingan yang sering kita temui dalam al-Quran al-Karim. Sering kali kita temui ayat al-Quran yang menyebut “orang beriman” digandingkan dengan “dan yang beramal soleh seperti yang terdapat dalam surah al-‘Asr.
     
    Manakala di awal surah al-Baqarah sendiri, Allah s.w.t. menyertakan “orang beriman” dengan “perkara ghaib, mendirikan solat dan menunaikan zakat”.
     
    Nah, perkaitan antara iman dengan amal soleh itu sentiasa beriringan. Iman tanpa amal, maka akan diragui keimanannya. Amal soleh ialah buah iman, manakalamelaksanakan amal soleh merupakan petanda keimanan seseorang.
     
    Kualiti iman pula menjelma pada kualitiamalan seseorang Mukmin. Adalah suatu yang tidak logik jika seseorang mendabik dada sebagai Mukmin, tetapi tidak mengutamakan perintah dan arahan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Malah sewenang-wenangnya melanggar dan mengabaikannya.
     
    Mukmin ialah individu yang meyakini dan mengiktiraf Allah s.w.t. sebagai Ilah,Rasulullah s.a.w. sebagai kekasihnya dan mengimani segala rukun iman. Bukti keimanan itu terbukti pada ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul, mengutama dan membesarkan syiar-syiar Allah s.w.t. serta merealisasikan cinta Allah dan Rasul dalam kehidupannya.
     
    Lantaran itu, jika kita teliti ayat-ayathukum dalam al-Quran, maka setiap perintah  Allah s.w.t. yang mewajibkan sesuatu amalan, maka pasti Allah akan mulakandengan seruan “wahai orang beriman”. Perhatikan ayat yang terkandung perintah berpuasa, solat, zakat, jihad, perang,sabar, selawat dan sebagainya nescaya ia diseru kepada orang beriman.
     
    Hanya orang beriman sahaja yang memahami dan merasai seruan dan panggilan Allah s.w.t. untuk beramal kerana amal soleh itu ciri-ciri Mukmin. Ibadah dan amalan harian itulah yang membina keimanan dan menguatkan keyakinan seorang Muslim. Muslim yang tidak beramal belum menepati sifat seorang Mukminkerana amal soleh hanya mampu ditunaikan oleh mereka yang telah mempunyai benih iman.
     
    Allah sebagai Pelindung
     
    Apabila iman benar-benar tertanam dalam hati dan sanubari kita, maka siapapelindung kita? Lihatlah beberapa firman Allah s.w.t. berikut yang bermaksud: “Allah ialah Pelindung (Pembela) orang beriman,yang mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (keimanan).” (Surah al-Baqarah 2: 257)
     
    Maka, jika kita ingin perlindungan dan naungan Allah s.w.t., maka kita perlu melengkapi diri kita sebagai Mukmin, tidak memadai sekadar Muslim sahaja. MenjadiMuslim belum memadai untuk mendapatperhatian dan pengiktirafan daripada Allah s.w.t. Allah berfirman yang bermaksud: “Orang Arab Badwi itu berkata: ‘Kami telah beriman.’ Katakanlah: ‘Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: ‘Kami telah tunduk,” kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun pahala amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 49:14)
     
    Muslim belum pasti terjamin dan aman kerana Allah hanya menjamin perlindungan atas orang Mukmin. Apabila ingin menjadi Mukmin, maka semua perintah Allah s.w.t. yang diperintahkan kepada Mukmin perlu ditunaikan. Ini termasuklah perintah solat,puasa, zakat, haji, berselawat kepada NabiMuhammad s.a.w. dan banyak lagi.
     
    Berselawat kepada Rasulullah
     
    Perintah berselawat ini, kadangkala diambil ringan oleh sesetengah pihak sedangkan salah satu rukun khutbah Jumaat ialah seruan untuk berselawat seperti ayat al- Quran yang biasa dibaca oleh para khatib, maksudnya: “Sesungguhnya, Allah dan para  malaikatNya berselawat atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kamu berselawat atasnya dan ucapkan salam yang sempurna.”
     
    Amalan selawat adalah petanda sifat seorang Mukmin. Dia pasti akan segera menyahut seruan Allah s.w.t. melalui ayat di atas yang saban minggu dilaungkan di mimbar Jumaat untuk memperbanyakkan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan ada ulama yang menyatakan bahawa petanda kelemahan iman seseorang adalah apabila kurangnya takzim, selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.
     
    Bukankah telah jelas hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yangberselawat kepadaku satu selawat, Allah Taala berselawat kepadanya 10 kali selawat.”(Riwayat Muslim)
     
    Ini bermakna, sekali kita mendoakan dan mengucapkan salam sejahtera kepada kekasih kita Rasulullah s.a.w., maka 10 kali Allah mendoakan dan menjamin salam sejahtera kepada kita. Apa yang lebih menenangkan kita selain 10 kali jaminan kesejahteraan daripada Allah s.w.t.?
     
    Jika Allah sendiri memberi kesejahteraan kepada kita sebanyak 10 kali, maka apakah kita masih mengharapkan perlindungan dan pertolongan kuasa selain daripadaNya?
     
    Justeru, para salafussoleh zaman-berzaman menjadikan amalan selawat sebagai wirid harian kerana ia amalan yang berganda-ganda kebaikan dan ganjarannya di sisi Allah s.w.t. Semakin banyak kita berselawat, semakin berganda keselamatan dan  pemeliharaan Allah s.w.t. atas kita. Inilah mafhum hadis tersebut.
     
    Berbalik kepada persoalan dalam seminar  tersebut, maka kelemahan dan keadaan yang melanda umat kini adalah apabila musuh Islam berjaya menjauhkanumat ini daripada Rasulullah s.a.w. Musuh-musuh berjaya menzahirkan role model palsu, qudwah dan contoh ikutan yang lain, scdangkan Allah s.w.t. sendiri mengiktiraf bahawa pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan terbaik (uswah hasanah).
     
    Apabila umat tidak lagi melihat Baginda sebagai role model, qudwah dan contoh terbaik yang perlu diikuti, maka mereka pasti terdedah kepada kelemahan demi kelemahan serta kerosakan demikerosakan.
     
    Apabila amalan selawat tidak lagi dititikberatkan, di mana bukti keimanan kita? Apabila iman kita semakin lemah,adakah Allah s.w.t. akan menjadi pelindung kita? Marilah berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga Baginda…
    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment