Perbahasan negara Islam terus diperkatakan. Dari segenap lapisan masyarakat hangat membicarakan berkenaan identiti sebenar sebuah negara Islam. Dari dua pendapat yang menyatakan keberadaan sesebuah Negara itu sendiri. Samada dari segi pengistilahan Negara Islam dan negara umat Islam. Pentakrifan yang sememangnya tepat, tetapi bagaimanakah hubungan makna dan kaitan dengan negara berkaitan.
Pengasas pertama kepada tertubuhnya Negara Islam sudah tentu Khatimul-Anbia’, nabi kita Saidina Muhammad s.a.w. Terbitnya Madinah al-Munawwarah di bawah pemerintahan baginda Rasulullah menandakan bermulanya era pemerintahan daulah Islamiah.
Begitu banyak dijelaskan di dalam al-Quran berkenaan Negara Islam itu sendiri. Contohnya di dalam surah al-Hajj ayat 40-41 :
Maksudnya :
“Sesungguhn ya Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamaNya. Seseungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Iaitu orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi kerana mereka mendirikan sembah dirikan sembah yang, menunaikan zakat, menyuruh bebuat makkuf dan mencegah dari kemungkaran dan kepada Allah dikembalikan segala urusan . (al-hajj: 41-42)
Beberapa ciri atau sifat disebutkan di dalam ayat tersebut bagi menjelaskan keadaan sebuah negara Islam iaitu solat didirikan, zakat dibayar dan suruhan melakukan kebajikan dijalankan dan dipraktikkan, begitu juga larangan melakukan perbuatan maksiat dan segala larangan di dalam agama Islam. Dengan tertegakny akalimah Allah di muka bumi ini, sudah tentu tiada masalah untuk menjalankan suruhanNya.
Ulama’ juga berbeza pendapat dalam menjelaskan kedudukan Negara Islam. Al-Imam Abu Yusof menjelaskan:
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
“Negara yang dikira Negara Islam adalah Negara yang terlaksana Hukum Islam di dalamnya walaupun kebanyakan penduduknya adalah dari kalangan orang kafir. Dan dikira sesebuah Negara Kufr apabila terlaksananya hukun kafir padanya walaupun kebanyakanpenduduknya adalah dan kalangan orang Islam.”
Sementara Al-Alamah Abu Qadir pula menjelaskan:
“Setiap negara yang menjalankan dakwah Islamiah tanpa sekatan dan tanpa meminta kelainan terlebih dahulu maka negara tersebut adalah Negara Islam. Begitulah juga negara yang menjalankan hukum Islam kepada golongan kafir Zimmi jika di dalam negara tersebut mempunyai penduduk Zimmi. Sesebuah negara juga dinamakan Negara Islam sekiranya ahli-ahli bid’ah tidak dapat menekan ahli Sunnah. Jika perkara tersebut adalah berlawanan dengan apa yang kami (penulis) sebutkan, maka negara tersebut adalah negara kafir.”
Bagi pendapat As-Suna’ pula telah menyatakan bahawa :
“Negara Islam adalah negara yang dapat menzahirkan dua kalimah syahadah dan mengerjakan sembahyang, dan kafir zimmi tidak menzahirkan kekufuran kecuali dengan keizinan.” Dan juga As-Suna’ menjelaskan lagi bahawa negara Islam sebagai: Yang diambil kira adalah penguasa. Jika penguasa adalah kafir, maka negara tersebut adalah negara kufar walaupun suara rakyatnya adalah Islam. Jikalau penguasa tersebut adalah beragama Islam, maka negara tersebut adalah negara Islam walaupun semua rakyatnya adalah kafir.”
Seterusnya banyak pendapat yang berkaitan dalam menjelaskan kedudukan Negara Islam. Oleh kerana perbezaan pendapat inilah timbulnya satu dokumen Negara Islam yang dilancarkan oleh parti pembangkang di Malaysia dalam menjelaskan masalah ini. Adakah dokumen ini sebagai salah satu taktik politik yang dijalankan oleh pihak pembangkang untuk menewaskan kerajaan Barisan Nasional ataupun dokumen tersebut benar-benar menjelaskan kedudukan Negara Islam yang kita idamkan. Bukan niat atau hasrat untuk menyebelahi mana-mana pihak, akan tetapi, dengan kewarasan akal kurniaan Allah, gunakanlah akal kita untuk menilai kebenaran yang diselindungkan.
Adakah dokumen ini sebagai salah satu taktik politik yang dijalankan oleh pihak pembangkang untuk menewaskan kerajaan Barisan Nasional ataupun dokumen tersebut benar-benar menjelaskan kedudukan Negara Islam yang kita idamkan.