Dua bulan sejak rampasan kuasa yang menyaksikan penggulingan presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokrasi, Presiden Muhammad Mursi, penasihat maklumat bagi presiden kerajaan sementara Ahmed al-Maslamani berkata: “Mesir sedang mengalami krisis ekonomi”.
Bahkan akhbar mingguan Britain The Economist telah meletakkan Mesir di tangga tercorot dalam senarai 140 negara sekitar dunia berkaitan taraf hidup buat kali pertamanya.
Krisis ini memaksa Mahmoud Badr (gambar), jurucakap Tamarrud, gerakan yang membawa tindakan terhadap Presiden Mursi, menyeru kerajaan sementara untuk lebih menumpukan perhatian terhadap situasi ekonomi dan mencari jalan keluar dari krisis yang sedang melanda ini.
Walau bagaimanapun, para pendukung utama kudeta dalam kalangan negara-negara Teluk telah menarik balik bantuan kewangan kepada Mesir. Pegawai kanan Bank Pusat Mesir menyebut Arab Saudi mahupun UAE tidak memberi suntikan kewangan seperti yang telah dijanjikan setelah rampasan kuasa. Beliau turut menafikan Kuwait telah mengotakan bantuan sebanyak $4 bilion. Qatar juga telah menghentikan fasa kedua dan ketiga bon $4 bilion, seperti yang telah diwar-warkan pada awal Ogos dan September. Mereka tidak pula memutuskan tarikh tawaran yang baru.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Menteri Luar Saudi, Saud al-Faisal memberitahu Fox News, negaranya telah terlalu banyak menghulurkan bantuan kepada Mesir sejak pengalihan Mursi. Beliau menasihatkan agar Mesir menetapkan mekanisma rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan pinjaman sesegera mungkin.
Turki dan beberapa syarikat dari pelbagai negara telah menarik diri dari pasaran Mesir. Menteri Perdagangan Mesir, Munir Fakhri menyalahkan media massa yang bersikap keras dalam membentuk pandangan Turki terhadap kudeta.
Komen jurnalis pro-kudeta yang terkenal sendiri telah mengkritik keadaan ekonomi semasa dan berterus terang dengan mengatakan ekonomi Mesir di bawah Mursi jauh lebih baik.
Pakar-pakar ekonomi menjangkakan defisit dalam bajet umum sekitar EGP 240 bilion pada akhir tahun ini.
Ketua Jabatan Kereta Api Nasional menyebut, pendapatan mereka jatuh susut 60% sejak pertengahan Ogos. Jurucakap Kementerian Bekalan Elektrik menyatakan bantahan awam mengakibatkan kerugian kerana mereka berhenti membayar bil elektrik.
Industri pelancongan yang menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan Mesir, Menteri Hisham Zazou pula mengakui pelancongan semasa era Mursi lebih baik berbanding ketika ini. “Sebagai contoh, minggu lalu hanya seorang sahaja pelancong yang melawat Ma’bad(kuil) Abu Simbel, antara pusat pelancongan yang paling popular di Mesir, dan membelanjakan EGP 4.50, bernilai kurang dari $1”.
~ Middle East Monitor
~ mesirkini
~ R4BIA