≡ Menu

Hukum menziarahi kubur bagi wanita

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Setiap manusia pasti akan merasai kematian. Itulah yang sudah tercatat di dalam Al-Quran. Kubur merupakan destinasi pertama permulaan kehidupan seorang hamba selepas kematian.Kehadiran orang untuk menziarahi kubur sering menjadi isu lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kaum wanita. Timbul satu persoalan: Ziarah kubur adalah hal yang disunnahkan, apakah hal ini khusus bagi lelaki atau juga bagi wanita? 

    I. KEBENARAN UNTUK ZIARAH KUBUR (TERMASUK BAGI WANITA)

    Rasulullah s.a.w pernah melarang kaum wanita daripada menziarahi kubur suatu ketika dahulu. Tetapi larangan itu ditarik selepas beberapa sebab yang membenarkan kaum wanita menziarahi kubur. Rasulullah S.A.W bersabda:

    “Sesungguhnya dahulu aku melarang kalian berziarah kubur, maka sekarang ziarahilah kubur kerana yang demikian itu dapat mengingatkan kalian akan akhirat] [dan dengan ziarah kubur dapat menambah kebaikan. Barangsiapa yang berkehendak untuk menziarahinya, maka ziarahilah, dan jangan kalian mengucapkan kata-kata yang batil.”(HR. Muslim, Abu Daud, Al-Baihaqi, An-Nasai dan Ahmad)
    II. MENGAPA WANITA TERMASUK DALAM MEMBENARKAN UNTUK ZIARAH KUBUR ?

    Kebenaran tersebut bersifat umum,samada bagi  lelaki ataupun wanita. Terdapat beberapa sebab mengapa dibolehkan kaum wanita menziarahi kubur:

    (1). Keumuman sabda Rasulullah tersebut diatas (tidak dibezakan antara lelaki & wanita)

    (2). ‘Illah (sebab) disyariatkannya ziarah kubur iaitu sabda Nabi: ” ..Kerana yang demikian dapat melembutkan hati, membuat menitiskan air mata, serta mengingat akhirat”. Yang demikian ini perlu bagi lelaki dan wanita.

    (3). Nabi telah memberi izin kepada kaum wanita untuk melakukan ziarah kubur, seperti dalam hadis yang dikisahkan Ummul Mukminin Aisyah ra.

    Dari Abdullah bin Abi Malikah r.a berkata: “Suatu hari aku menjumpai Aisyah dari perkuburan, lalu aku bertanya: Wahai Ummul Mukminin, dari manakah engkau? Ia menjawab, Dari kubur Abdurrahman bin Abi Bakar ra. Lalu aku bertanya lagi: Bukankah dahulu Rasulullah melarang menziarahi kubur? Aisyah menjawab: Sesungguhnya Rasulullah telah membolehkan untuk menziarahi kubur (HR. Ibnu Majah)

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    (4) Taqrir (persetujuan sikap/perbuatan) Nabi saw ketika baginda melewati  perkuburan dan dilihatnya seorang wanita tengah menangis di atas kuburan, kemudian baginda menasihati:

    “Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah.” (HR. Bukhari dan lainnya)

    Rasulullah saw tidak mengingkari perbuatan ziarah kubur wanita tersebut, baginda hanya menasihatkan agar bertakwa dan bersabar, kerana wanita tersebut mengalami kesedihan yang teramat.

    III. LARANGAN BAGI WANITA UNTUK TERLALU SERING ZIARAH KUBUR

    Diriwayatkan hadits dari banyak sahabat bahwa Rasulullah melaknat wanita-wanita yang sering melakukan ziarah kubur. (HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ahmad dan lainnya)

    Imam Al-Qurthubi mengatakan:

    “Laknat yang tercantum dalam lafadz hadits itu ditujukan bagi wanita yang SERING melakukan ziarah kubur, melihat lafadz hadits tersebut menggunakan bentuk shiighat mubalaghah (bentuk penyampaian).

    Jadi kebenaran untuk ziarah kubur berlaku umum bagi lelaki maupun wanita. Adapun larangan wanita untuk terlalu sering ziarah kubur dapat diambil hikmahnya antara lain kerana wanita biasanya kurang sabar dan lemah dalam mengawal jika mengalami gangguan perasaan yang berat sehingga menimbulkan pelanggaran syariat.
    IV. ZIARAH KUBUR SESUAI SYARIAT DAN ZIARAH KUBUR BID’AH

    Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menerangkan bahwa ziarah kubur ada 2 iaitu ziarah kubur yang sesuai syariat dan ziarah kubur bidah.

    (1) Ziarah kubur yang sesuai syariat, iaitu dengan dengan mengucapkan salam bagi ahli kubur dan mendoakannya.

    (2) Ziarah kubur bid’ah, iaitu dengan mendatangi kubur para nabi, orang-orang soleh kemudian berdoa kepada mereka, minta tolong kepada mereka dan yang sejenisnya. Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para Sahabat bahkan hal ini dilarang oleh para ulama-ulama muslimin.Perkara ini berbeza dengan perbuatan bertawassul.

    V. LARANGAN BAGI WANITA MENGIRINGI JENAZAH

    Adapun hukum wanita mengiringi jenazah adalah terlarang (larangan ini lebih bermakna penyucian). Sebagaimana hadith dari Ummu Athiyah ra:

    ” Dahulu kami dilarang (dalam riwayat lain, telah melarang kepada kami Rasulullah) untuk mengiringi jenazah.”(HR. Bukhari, Muslim dan lainnya)..

     

    Wallahu A’lam

    { 1 comment… add one }
    • Rahsia Hebat Diranjang 10/09/2013, 9:19 am

      Dah banyak kali saya ambil imput dari blog awak untuk tesis saya …
      rasanya kurang sopan kalau x minta izinkan ? maaf
      kerana baru nak minta izin .. anyway .. tahniah ..

      idea awak memang terbaik 🙂

    Leave a Comment