Percaya Kepada Malaikat : Wajib bagi orang Islam mengetahui kejadian-Nya iaitu Malaikat adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah daripada cahaya berjisim dengan jisim yang halus dan boleh berupa dengan berbagai-bagai rupa, sentiasa taat akan perintah Allah dan tidak sekali-kali derhaka kepada Allah.
Malaikat juga tidak bersifat dengan sifat lelaki atau perempuan, tidak makan dan minum, tidak tidur, tidak berkahwin dan tidak beranak. Tempatnya di langit dan mereka diperintah oleh Allah menjalankan beberapa pekerjaan yang telah ditugaskan.
“Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.”
an-Nisa’ (4) : 136
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Bilangan malaikat yang wajib diketahui adalah 10:
– Jibrail (dikenali juga sebagai Ruh al-Qudus) tugasnya membawa wahyu.
– Mikail tugasnya membawa rezeki dan rahmat.
– Israfil tugasnya meniup sangkakala.
– Izrail (malaikat maut) mengambil nyawa.
– Malik tugasnya menjaga neraka.
– Redhuan tugasnya menjaga syurga.
– Raqib tugasnya menulis kebaikan.
– ‘Atid tugasnya menulis kejahatan.
– Munkar tugasnya menyoal di dalam kubur.
– Nakir tugasnya menyoal di dalam kubur.