Impian anda untuk memiliki jam tangan yang berfungsi sepenuhnya sebagai alat perhubungan kini tidak mustahil lagi. Samsung Galaxy S Gear dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut. Ianya merupakan jam tangan pintar yang keenam dikeluarkan oleh Samsung. Kelebihannya berbeza dengan modelnya yang terdahulu.
Gear S mempunyai paparan terang besar yang melengkung. Paparan skrin berukuran 2 inci AMOLED HD ini bukan sahaja mempunyai sistem paparan yang laju, malah ianya juga dilengkapi dengan jangka hayat bateri yang tahan lebih lama berbanding model yang sebelumnya. Didatangi dengan ruangan simkad yang tersendiri, Gear S kini mampu membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan ringkas tanpa memerlukan telefon pintar sebagai jaringan utama perhubungan. Walaupun saiznya lebih besar berbanding model yang terdahulu, sistem wifi dan data 3G nya yang tersendiri sudah cukup menjadikannya hebat dan unik.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Dengan harganya yang murah dan berpatutan, ia sudah cukup menjadikan Gear S seolah-olah memiliki sebuah telefon pintar di pergelangan tangan. Namun begitu, Gear S juga mempunyai kelemahan. Ia masih memerlukan sebuah telefon pintar Samsung untuk memuat turun aplikasi. Ciri-ciri tersendirinya juga tidak sama dengan sistem android kerana sistem perisiannya ialah Tizen OS. Selain itu, disebabkan ianya berkonsep kecil dan padat, menaip sms adalah sedikit sukar berikutan saiznya yang kecil. Namun ianya tidak menjadi masalah kerana gadget Samsung mempunyai S Pen yang boleh dibeli secara berasingan.
Jika dibandingkan dengan telefon pintar yang agak besar dan berat, Gear S sememangnya bukan tandingan bagi gadget tersebut. Kesimpulannya, tidak semua kelebihan telefon pintar boleh didapati di dalam Gear S. Namun, Samsung telah mencuba yang terbaik untuk memenuhi kehendak pengguna di samping berusaha meningkatkan populariti produk mereka. Gear S adalah inisiatif terbaik bagi mereka yang mahukan gaya dan kelainan.