≡ Menu

Jenayah Kolar Putih, Manis Di Bibir, Kejam di Hati

 

Kini jenayah kolar putih kian berleluasa di mana-mana. Pelbagai sindiket jenayah kolar putih kian bercambah umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kemunculan sindiket jenayah kolar putih yang melibatkan kes penipuan kian meningkat sehingga ramai yang terkena akibat percaya kepada kata manis mereka.

Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaan. Ianya bertindan dengan jenayah korporat kerana melakukan penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, penyelewengan kuasa, dan pemalsuan lebih mudah apabila dibuat oleh pekerja kolar putih. Ianya dilalukan secara berprofessional dan tanpa kekerasan.

Pada zaman sekarang, kebanyakan jenayah kolar putih lebih bersifat penipuan. Antaranya ialah:

1. Urusan Jual Beli Tanah

Modus: Mereka datang mengatakan bahawa ingin menjual tanah. Mereka akan bercerita mengatakan bahawa tanah yang ingin dijual itu berpotensi tinggi untuk dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Apabila mangsa mula terpaut hati, mereka akan menjual dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran tanah.Mereka juga akan menunjukkan geran dan apabila mangsa bersetuju, mereka  meminta mangsa membuat pembayaran secara tunai. Penipuan ini disedari setelah pemeriksaan dibuat di pejabat tanah. Mangsa mendapati bahawa geran yang diserahkan itu adalah geran palsu dan tanah yang ditawarkan itu sebenarnya milik orang lain.

2.Pakej Haji dan Umrah

Modus: Mereka datang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Tabung Haji atau agen syarikat perlancongan. Mereka akan menawarkan pakej haji serta umrah dengan cepat dan murah. Mangsa akan tersedar bahawa mereka telah ditipu selepas membuat pembayaran dan mendapati bahawa pakej yang ditawarkan itu tidak wujud.  Ada juga yang menyedari apabila berada di lapangan terbang untuk memulakan perjalanan. Mangsa yang terkena adalah golongan warga tua yang kurang berupaya dari segi kewangan.

3.Perkhidmatan bomoh buang sial.

Modus: Mereka akan mendakwa bahawa mangsa mempunyai sial dalam kehidupan, roh jahat atau nasib malang. Mereja juga mengatakan bahawa mereka mampu atau berkebolehan untuk membuang sial atau mengubah keadaan mangsa jika mangsa bersetuju untuk menjalani rawatan membuang badi dan sial itu. Proses rawatan mengambil masa yang lama dan mangsa perlu membuat bayaran mengikut masa dan jumlah yang ditentukan. Selepas beberapa ketika, mangsa akan menyedari bahawa mereka ditipu apabila mendapati dirinya tiada apa perubahan dan bomoh itu kemudian menghilangkan diri. ada juga yang menjadi mangsa cabul dan ditiduri oleh bomoh. Rata-rata mangsa yang terkena adalah wanita.

4. Sindiket jual beli kereta.

Modus: Sidiket ini akan mencari mereka yang memiliki kereta tetapi belum menyelesaikan pinjaman atau mempunyai masalah untuk membuat bayaran ansuran dengan pihak bank. Mereka akan menawarkan bantuan untuk menjual kereta yang kononnya boleh membantu mangsa menyelesaikan pinjaman bank dengan cara menjual kereta. Mangsa akan menyedari mereka tertipu apabila pihak bank terus menuntut bayaran atau menerima saman lalu lintas. Mangsa mendapati kereta tidak dijual selepas membuat pemeriksaan manakala anggota sindiket menghilangkan diri bersama kereta mangsa.

4. Sewa tanah

Modus: Mereka menyewa tanah untuk membuat pencawang komunikasi seperti Celcom atau Maxis.  Mereka datang sebagai wakil syarikat dan ingin menyewa tanah. Mangsa ditawarkan sewa lebih dari RM10000 sebulan. Mereka akan meminta mangsa menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru yang kononnya memudahkan urusan pembayaran sewa. Mereka juga meminta mangsa mengeluarkan semua wang dari bank untuk mengelakkan cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakan mangsa adalah penduduk kampung.

Berikut adalah 5 penipuan  yang sering berlaku di kalangan masyarakat. Oleh itu, kita perlulah berhati-hati apabila didatangi beberapa pihak yang mengaku wakil syarikat atau agen. Jangan mudah percaya dengan dakwaan mereka bak kata pepatah “Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment