
Kini, kadar perbelanjaan kahwin saban tahun kian meningkat. Peningkatan kadar belanja kahwin ini bukanlah berada di paras berjaga-jaga, tetapi kini berada di paras yang membahayakan. Rata-rata kos perkahwinan sahaja pada abad ini hampir mencecah RM30000 setiap perkahwinan dan kian meningkat saban tahun.
Menurut statistik yang dikeluarkan dalam akhbar, nilai hantaran yang dibincangkan di lama sosial di facebook ada yang mencecah RM30000. Ini kerana kadar nilaian tersebut meningkat mengikut taraf akademik. Ada juga yang mengatakan bahawa lagi cantik dan lagi bijak seorang wanita itu, lagi tinggilah nilai hantarannya. Perkara ini sering menjadi masalah kepada pihak lelaki dalam usaha menyediakan hantaran untuk dihantar kepada pihak perempuan.
Terdapat satu kes penceraian dimana seorang suami itu terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin kerana keluarga pihak perempuan menetapkan nilai hantaran yang terlalu tinggi. Dan akhirnya, lelaki itu menanggung hutang yang banyak sehingga dia terpaksa menjual keretanya dan akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan penceraian.
Sebenarnya, perkara yang berlaku sekarang ini boleh menjebakkan anak-anak gadis kepada zina dan maksiat. Bayangkan, sekiranya si lelaki, yang bekerja hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM1500 sebulan, setelah ditolak bayar rumah dan kereta,bakinya tinggal RM900. Apabila dia hendak berkahwin dengan seorang gadis, kemudian ibu bapanya meletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi, dimana si lelaki itu hendak mencari duit? Jika tidak bernikah dengan segera, akan membawa kepada maksiat. Akhirnya timbullah isu tangkap basah dan sebagainya. Perkara sebegini berlaku di negara lain yang mana nilai hantarannya terlalu tinggi. Akhirnya pernikahan itu yang sepatutnya menjadi detik-detik indah, bertukar menjadi detik-detik kesusahan membayar hutang.
Perkahwinan antara lelaki dan wanita itu merupakan ibadah dan sunnah Rasulullah S.A.W. Hadith Rasulullah S.A.W ada menyebut mengenai perkahwinan:
“Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.
Hadith ini menerangkan kepada kita bahawa perkahwinan itu merupakan suatu ibadah dan sunnah Rasulullah S.A.W. Kita mungkin tidak mampu melaksanakan semua sunnah Rasulullah S.A.W. Kita tidak mampu untuk bangun beribadah setiap malam seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Jadi, eloklah jika kita memudahkan perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita itu kerana perkahwinan itu merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan ianya juga merupakan antara perkara yang perlu disegerakan. Sabda Rasulullah saw, ·
“Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”
Hadith diatas menyeru kepada kita supaya segera berkahwin apabila sampai serunya. Jika pihak perempuan menyusahkan urusan perkahwinan, apakah yang akan berlaku sedangkan ini adalah perkara yang Rasulullah S.A.W menyuruh kita mepercepatkannya.
Perkahwinan ini membawa berkat disamping kita mentautkan tali persaudaraan. Perkahwinan antara lelaki dan wanita ini membawa berkat didalam keluarga kita.
“Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)
Hadith ini menyeru supaya kita memudahkan perkahwinan itu kerana perkahwinan itu berkat. Jika kita meletakkan nilai hantaran, mahar dan sebagainya tinggi, ianya menjadi kesusahan bagi pihak lelaki. Jadi, pernikahan itu tidak mempunyai berkat. Jika perkahwinan itu tidak mempunyai berkat, maka ianya boleh berakhir dengan penceraian.
Banyak kes penceraian pasangan yang berkahwin muda bercerai kerana hutang perkahwinan masih belum selesai dan ianya bukan ditanggung oleh pihak isteri, tetapi ditanggung oleh pihak suami, bukan ibu bapa mertua atau ibu bapa kandung.Sebaiknya, kita memudahkan perkahwinan itu kerana ianya merupakan ibadah. Jika kita menyusahkannya, maka kita juga mendapat ‘saham maksiat’ kerana kita menyusahkan perkahwinan itu.
Oleh itu, janganlah kita hendak mementingkan betapa grandnya majlis perkahwinan itu. Lebih baik kita memudahkan perkahwinan itu kerana itulah yang sebaik-baiknya. Jangan kita meletakkan mahar dan nilai hantaran yang terlalu tinggi kerana dibimbangi akan menjadi masalah kemudian hari.
I actually wanted to construct a small message in order to express gratitude to you for all of the magnificent ideas you are showing at this site. My prolonged internet research has at the end been honored with high-quality know-how to exchange with my best friends. I ‘d assert that many of us site visitors are truly lucky to dwell in a perfect site with many marvellous professionals with helpful guidelines. I feel quite blessed to have seen your weblog and look forward to tons of more cool times reading here. Thanks once again for all the details.