Perbezaan antara nilai kasih sayang antara manusia dengan binatang amat ketara dan siapa kata binatang tiada ibu susuan dia salah kerana ibu susuan binatang lebih hebat dari segi kasih sayangnya berbandin manusia…
MANUSIA : Kebanyakan manusia hanya mengungkapkan kata SAYANG dari bibir sahaja tetapi hatinya kosong…??
BINATANG : Kasih sayangnya tidak diungkapkan melalui mulut tetapi diungkapkan melalui hatinya yang dipenuhi dengan kasih sayang yang indah walaupun hatinya hanya sekecil tapak tangan bayi..!!!!
Anda sendiri dapat melihat perbezaannya..!!
Contohnya :
Anjing : Baru-baru ini Ana mendapat berita daripada adik Ana di SM Teknik Sejingkat bahawa berlaku satu keajaiban yang amat besar bagi dirinya. Kita dari kecil lagi sudah tahu bahawa ANJING & KUCING bermusuhan & hanya berkelahi bila bertemu antara satu sama lain. Tetapi berbeza dengan apa yang terjadi di SM Teknik Sejingkat dimana anjing menyusui seekor anak kucing yang telah ditinggalkan oleh ibunya serta menjilat (TANDA SAYANG) & memeluknya ketika ia tidur dengan erat & kasih sayang.
Kambing : Peristiwa ini berlaku di depan mata Ana sendiri ketika Ana & rombongan Kelab Kesetiausahawan pergi melawat ke ladang ternakan kambing & lembu F.G MultiFarm, Mukah, Sarawak, Seekor kambing baru sahaja melahirkan seekor anaknya tetapi pekerja ladang tersebut mendapati susu ibunya dijangkiti bakteria yang boleh membunuh anaknya. Bimbang dengan hal itu maka pekerja ladang terbabit terpaksa memindahkan anak kambing tersebut ke dalam kandang kambing yang lain yang baru melahirkan anak yang berusia 4 minggu untuk mendapatkan susu kerana anak kambing hanya dapat hidup melalui susu ibunya yg asli,
Pada mulanya ibu kambing tersebut enggan menyusui anak kambing tersebut tetapi pada keesokkan harinya pekerja ladang tersebut terkejut beruk melihat kambing tersebut menyusui anak kambing angkatnya & menjilat bulunya dgn kasih sayang… Selain itu ia juga menghalang kami untuk mendekati anaknya..
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Buaya : Kita semua sudah tahu bahawa buaya adalah binatng yang terbuas sekali di dunia & makan apa sahaja di hadapannya, Berbeza dengan satu video yang telah Ana saksikan di dalam channel 550 Net Geo Wild (ASTRO) Ana telah melihat seekor buaya betina yg baru sahaja menetaskan telurnya di darat & dalam perjalanan untuk kembali semula ke sungai, Dalam perjalanan tersebut ia terlihat beberapa ekor anak kura-kura keluar dari sarang untuk menuju ke sungai dengan keadaan perlahan, lemah & tidak tahu apa-apa,
Buaya tersebut memasukkan semua anak kura-kura tersebut ke dalam mulutnya tetapi bukan untuk memakannya walaupun anak kura-kura tersebut adalah makanannya, Ia membantu anak kura-kura tersebut pergi ke sungai dan dengan perlahan-lahan buaya tersebut membuka mulutnya yang besar & melepaskan anak kura-kura tersebut ke dalam sungai untuk berenang-renang & belajar cara untuk meneruskan kehidupan..
Babun : Kita juga tahu bahawa babun tidak hebat ganasnya kerana ia jug memakan spesis monyet yang lain jika perlu.. Berbeza dengan rancangan yang sama telah Ana saksikan bahawa babun berkawan dgn tupai & berkongsi makanan bersamanya..
Singa : Singa betina menjadi teman kepada anjing pengesan yang dimiliki oleh pegawai perhutanan di Afrika Selatan & membantunya untuk mengesan jejak pemburu-pemburu haram, Sungguh indah Ana melihat video tersebut sehingga Ana tersenyum sambil menangis melihat telatah 2 ekor singa tersebut bermain-main bersama anjing pengesan tersebut, makan & tidur bersama sambil berpelukan antara satu sama lain,
Bagaimana pandangan anda terhadapt artikel ini ? Adakah anda dapat melihat perbezaannya & membuat rumusan anda sendiri..?? Ana berharap kita semua dapat mencontohi kasih sayang binatang tersebut & mengambil iktibar daripadanya kerana Ana tidak mampu lagi untuk menangis di dalam hati melihat bayi yang kecil, comel & tidak berdaya di buang dan dibunuh oleh kita sendiri..
Pesanan akhir daripada Ana : berbuat baiklah kita kepada binatang kerana ia akan mendoakan kita di dunia dan memudahkan urusan kita di akhirat kelak & janganlah kita berbuat jahat kepada mereka kerana sekali kita berbuat jahat dengan mereka, 1000 kali mereka akan membalasnya dengan izin ALLAH S.W.T sehingga mereka puas…………!!!!!