≡ Menu

Kehebatan dan Kecemerlangan Personaliti al-Siddiq

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • pemerintahan
    Tatkala Rasulullah s.a.w. dalam kesusahan, dialah yang membantu Baginda. Tatkala Baginda dalam kesedihan, dialah yang menggembirakan. Tatkala Baginda menyatakan sesuatu perkara, dialah yang sentiasa membenarkannya. Inilah personaliti hebat bergelar al-Siddiq.
     
    Al-Siddiq bererti membenarkan. Inilah sifat yang ada pada insan bemama Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah bin Uthman bin ‘Amir bin ‘Amru bin Ka‘ab bin Sa‘ad bin Taym bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ay al-Qurashi al-Taymi. (Tabaqat Ibn Sa‘ad, jil. 3, hlm. 125- 126)
     
    Beliau merupakan seorang sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah s.a.w. Peribadinya terserlah melalui sifat pemalu, tegas, pengasih, pemurah dan bersih daripada noda jahiliah dan kegelapan. Dialah teman Rasulullah s.a.w. yang mengakui Baginda tidak pernah berdusta kepada manusia lain lantaran sifatnya yang jujur dan amanah.
    Sayidina Abu Bakar al-Siddiq merupakan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah s.a.w. Jaminan ini  berdasarkan kehebatan personaliti dan pengorbanannya yang terus-menerus mempertahankan Islam sehingga ke penghujung kehidupannya.
     
    Suatu hari, Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Adakah terdapat sesaorang yang dipanggil dari semua pintu syurga?”
     
    Baginda s.a.w. lantas menjawab, maksudnya: “Ya. Aku berharap engkaulah salah seorang daripada mereka wahai Abu Bakar.” (Riwayat al-Bukhari, no 3666 dan Muslim, no. 1027)
     
    Personaliti Unggul
     
    Insan yang benjaya selalunya mempunyai kualiti diri yang unggul. Personaliti Abu Bakar yang hebat telah melayakkannya menjadi khalifah pertama selepas Rasulullah s.a.w. wafat. Apakah rahsia kecemerlangan pemilik gelaran al-Siddiq ini?
     
    1. Mulia dan hebat semasa jahiliah
    Kehebatan Sayidina Abu Bakar terserlah sebelum beliau memeluk Islam lagi. Antara kemuliaan dan kehebatannya ialah:
     
    i. Akhlak baik.
     
    Abu Bakar seorang lelaki yang disukai dan disayangi oleh kaumnya kerana mempunyai akhlak yang baik.
     
    ii. Ahli pemiagaan yang hebat.
     
    Beliau juga merupakan seorang yang pakar dalam perniagaan di samping sikapnya yang peramah dan mudah bergaul dengan masyarakat pada ketika itu.
     
    iii. Kenal susur-galur kaumnya.
     
    Selain itu, beliau ialah orang Quraisy yang paling mengetahui nasab Quraisy serta kebaikan dan keburukan kaumnya.
     
    iv. Mengharamkan arak.
     
    Walaupun meminum arak merupakan satu kebiasaan bagi masyarakat jahiliah, namun beliau telah mengharamkan minuman keras atas dirinya. Beliau tidak pemah sesekalimenyentuh arak pada zaman jahiliahnya apatah lagi setelah memeluk Islam.
     
    v. Tidak menyembah berhala.
     
    Beliau tidak pernah sekali pun sujud kepada berhala. Beliau pemah berkata di hadapan beberapa orang sahabat Nabi s.a.w.: “Aku tidak pernah sujud kepada berhala walaupun sekali.” (Mahmud Shakir, al-Tarikh al-Islami, jil. 3, hlm. 31)
     
    2. Berani menyatakan keimanan
     
    Abu Bakar merupakan seorang lelaki yang beriman kepada Allah dan berani menyatakan keimanan tersebut secara jelas. Ketika diajak kepada Islam, beliau sama sekali tidak ragu-ragu dan bimbang untuk menerimanya. Bahkan beliau sanggup untuk menzahirkan keislamannya walaupun menyedari ancaman bahaya sedang menantinya. Iriilah salah satu kualiti diri hebat yang ada padanya. Walau apa jua yang mendatang, pasti ditempuhinya tanpa rasa gundah-gulana kerana cintakan Allah dan RasulNya.
     
    3. Kaya tetapi pemurah
     
    Walaupun mempunyai kemewahan yang melimpah ruah lantaran kepintarannya dalam perniagaan, namun ia tidak menjadikan beliau seorang yang angkuh, sombong atau bongkak. Sebaliknya harta yang dimilikinya diinfakkan untuk memperjuangkan Islam. Ketika Abu Bakar memeluk Islam, terdapat wang bernilai 40,000 dirham bersama dengannya. Wang tersebut telah diinfakkan pada jalan Allah, di samping memerdekakan hamba seperti Bilal, ‘Amir bin Fuhayrah, Zunayrah dan ramai lagi. (Ibn al- Athir, Usud al-Ghabah, jil. 3, hlm. 325)
     
    Sebab itulah Nabi s.a.w. mengagumi Abu Bakar sebagai sahabat yang setia ketika Baginda s.a.w. senang dan susah. Sabda Nabi s.a.w., maksudnya: “Sesungguhnya, orang yang paling berjasa kepadaku dalam persahabatan dan hartanya ialah Abu Bakar. Seandainya aku boleh mengangkat seorang kekasih selain Tuhanku, nescaya aku mengangkat Abu Bakar (sebagai kekasihku), akan tetapi (yang ada adalah) persaudaraan Islam dan kasih sayangnya.” (Riwayat al-Bukhari, no. 3654 dan Muslim, no. 2382))
     
    Baginda s.a.w. juga mengiktiraf Abu Bakar sebagai seorang yang berjasa kepadanya dan Islam, maksudnya: “Tidak seorang pun yang lebih besar jasanya kepadaku daripada Abu Bakar. Beliau telah membantuku dengan jiwa dan hartanya.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir)
     
    4. Sangat mencintai Nabi s.a.w.
     
    Antara sahabat yang paling rapat dengan Nabi s.a.w. ialah Abu Bakar. Beliau amat menyayangi Baginda dengan kecintaan yang telah meresap ke dalam jiwa dan sanubarinya sehingga sanggup mengorbankan diri, harta dan seluruh kehidupannya untuk Nabi s.a.w.
     
    5. Amanah dalam menjaga rahsia
     
    Abu Bakar antara orang yang paling banyak tahu tentang Rasulullah s.a.w. Beliau sering bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam setiap perancangan dan tindakan. Di mana ada Nabi s.a.w., pasti di situ ada Abu Bakar. Oleh sebab itu, beliau amat memahami
     
    6. Merendah diri
     
    Abu Bakar merupakan seorang pemimpin yang sangat tawaduk. Walaupun memegang jawatan yang tinggi dalam pentadbiran, namun itu bukanlah alasan jiwa dan perasaan Rasulullah s.a.w. untuk beliau tidak berkhidmat kepada masyarakat.
     
    Sebelum menjadi khalifah, Abu Bakar selalu memerah susu untuk penduduk di sekitar tempat tinggalnya. Pada suatu hari (setelah dilantik menjadi khalifah), seorang gadis kecil telah merungut: “Tiada lagi orang yang memerahkan susu untuk kami sekarang.” Rungutannya itu didengari oleh Abu Bakar, lalu beliau menjelaskan, ‘Tdak, demi Allah aku tetap akan memerahkan susu untuk mereka. Aku berharap agar apa yang dipikul ini tidak mengubah apa-apapun daripada akhlakku selama ini.” (Usud al-Ghabah, jil. 3, hlm. 325-326)
     
    Lihatlah sikap merendah diri yang telah ditunjukkan oleh Abu Bakar. Jawatan, dan kedudukan yang tinggi bukanlah tiket untuk kita bersikap sombong dan bongkak kepada orang Iain. Sebaliknya, nikmat yang diberikan itu untuk disyukuri dan bukan untuk dikufuri.
     
    7. Takutkan Allah
     
    Sikap takutkan Allah menyinar dari dalam diri Abu Bakar. Pada suatu hari, seorang hamba yang bekerja untuknya telah membawa pulang makanan ke rumah lalu Abu Bakar memakannya.
     
    Hamba: “Tahukah engkau apakah ia?”
     
    Abu Bakar: “Apa?”
     
    Hamba: “Tadi aku berlakon menjadi seorang dukun untuk seseorang, padahal aku bukanlah seorang dukun. Aku hanya menipunya, lalu dia memberikan upah kepadaku.”
     
    Setelah mendengar jawapan hambanya Abu Bakar terus memasukkan tangannya ke dalam mulut, lalu memuntahkan segala apa yang ada di dalam perutnya. (Riwayat al-Bukhari,no.3842)
     
    8. Proaktif melakukan kebaikan
     
    Sayidina Abu Bakar adalah seorang yang sangat proaktif dalam melakukan kebaikan. Sikap ini dapat kita lihat melalui perbualannya dengan  Rasulullah s.a.w. Rasulullah: “Siapa antara kamu yang berpuasa pada hari ini?”
     
    Abu Bakar: “Saya.”
     
    Rasulullah: “Siapa antara kamu yang menghantarkan jenazah pada hari ini?”
     
    Abu Bakar: “Saya.”
     
    Rasulullah: “Siapa antara kamu yang memberi makanan kepada orang miskin pada hari ini?”
     
    Abu Bakar: “Saya.”
     
    Rasulullah: “Siapa antara kamu yang menziarahi orang sakit pada hari ini?”
     
    Abu Bakar: “Saya.”
     
    Rasulullah: “Semua itu tidak terkumpul pada seseorang kecuali dia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no. 1028)
     
    9. Sentiasa membenarkan
     
    Selepas peristiwa Israk dan Mikraj, orang Musyrikin datang kepada Abu Bakar lalu menyindir: “Kawanmu (Nabi s.a.w.) telah mengaku bahawa dia telah pergi ke Masjid al-Aqsa pada malam hari semalam, sedangkan kami menunggang unta ke sana dalam masa satu bulan.” Abu Bakar lantas menjawab: “Jika Baginda berkata demikian, Baginda pasti jujur.”(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jil. 3, hlm. 108)
     
    Sikap Abu Bakar yang membenarkan peristiwa yang diceritakan oleh Nabi s.a.w. telah membolehkannya menerima gelaran istimewa daripada Allah s.w.t. iaitu al-Siddiq. Ibn Hajar menyatakan dalam al-Fath (jil.11,hlm. 7) bahawa ia diriwayatkan oleh al-Tabarani dan para perawinya thiqah.
     
    10. Pemimpin yang bersifat magnetik
     
    Dari sisi Iain, Abu Bakar merupakan seorang pemimpin yang luar biasa. Kepimpinannya telah mendahulukan rakyat dari segala aspek. Baginya, menjadi seorang pemimpin bukanlah untuk disanjung, sebaliknya bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pelkhidmatan yang diberikan perlulah secara adil dan saksama
     
    Ketika pemerintahannya, Abu Bakar telah memberi bantuan kepada rakyat secara adil. Tidak ada perbezaan antara orang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan serta anak kecil dan orang dewasa. Mereka semua mendapat jumlah bantuan yang sama. (Riwayat al-Bukhari, no. 3092 dan 3093)
     
    Sikap yang ditunjukkan dalam kepimpinan menjadikannya disukai oleh rakyat. Personalitinya pula menarik orang yang
    mengenalinya untuk turut mempertahankan Islam.
     
    Hanya Seorang Abu Bakar
     
    Kini, tiada lagi Abu Bakar yang kedua. Hanya seorang Abu Bakar yang memiliki kehebatan setelah menerima tarbiah secara langsung dan tidak langsung daripada Allah dan RasulNya. Namun, perkara yang boleh kita lakukan kini adalah menterjemahkan personalitinya dalam kehidupan kita. Kecemerlangan diri yang ada padanya perlu dicontohi dan diaplikasikan dalam penghayatan danpengamalan hidup seharian.
    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment