≡ Menu

Kepentingan Copywriting Dalam Perniagaan

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Apa Itu Copywriting

    Barangkali anda tertanya-tanya, apa itu copywriting dan adakah ia penting bagi sesebuah perniagaan. Sekarang, cuba anda fikirkan mengenai mana-mana perkhidmatan, makanan, mahupun produk kesihatan yang anda beli baru-baru ini. Bagaimanakah anda mula mengenali mereka, hinggakan anda menempah perkhidmatan atau barangan mereka?

    Apa yang anda baca, itulah yang dipanggil sebagai copywriting. Ia adalah satu cara penulisan yang memberi satu perasaan ingin tahu yang kuat kepada pembacanya hinggakan mereka ingin mengambil tindakan, iaitu sama ada membeli atau bertanya lebih terperinci mengenai produk tersebut. Dalam erti kata lain, copywriting ini yang akan mengandungi call to action serta menjadi leads generation.

    Sedikit Fakta Mengenai Copywriting

    Tahukah anda, ‘cangkuk’ terbaik bagi menarik perhatian prospek adalah dengan mempunyai tajuk berita (headline) yang menarik? 8 dalam 10 orang akan memilih untuk membaca hanya berdasarkan tajuknya sahaja. Selain itu, ayat penggesa (Call to Action) yang berbentuk peribadi adalah 202% berkesan dalam mempengaruhi prospek untuk membeli sesuatu produk. Akhir sekali, 74% pembaca amat menitikberatkan tatabahasa dalam karangan iklan. Kesemua ini menunjukkan betapa copywriting mampu memberi kesan besar dalam pengiklanan produk dan perkhidmatan seseorang.

    Cara Buat Copywriting

    Terdapat pelbagai cara untuk membuat copywriting yang menarik. Ada yang menghasilkannya dalam bentuk menjawab persoalan, ada yang menghasilkannya dengan meyakinkan pembaca bahawa ia solusi terbaik sesuatu masalah, dan ada yang melakukannya dengan penceritaan bombastik dan diluar bayangan akal. 

    Secara asasnya, copywriting ini mempunyai beberapa bentuk. Ada yang berbentuk slogan, sesuai diguna dalam poster atau pengiklanan yang mementingkan gambar. Ada pula yang dihasilkan dalam bentuk karangan, sesuai untuk landing page. Bagi yang berbentuk karangan, ia mempunyai beberapa segment; Ayat pembuka ,pengenalan, pengisian, dan pengakhiran. Ayat pembuka, atau headline, adalah ‘mata kail’ pertama yang ‘menyangkut’ seseorang pembaca. Pengenalan membuatkan mereka ingin mengetahui lebih mendalam, pengisian memberitahu ciri-ciri perkhidmatan atau produk, dan pengakhiran haruslah memiliki intipati Call To Action , yang menukarkan seorang pembaca itu kepada prospek.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Kelihatan Mudah. Masihkah Copywriter Diperlukan?

    Namun begitu, copywriting tidak harus dipandang enteng. Penulisannya harus mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat target pembaca.Selain itu, kita harus cerdik dalam menjangkakan persoalan-persoalan serta kata-kata kunci yang akan digunakan prospek dalam pencarian, agar iklan produk kita akan muncul  dalam carian mereka. Kemudiannya, gaya penulisan haruslah mengikut arus terkini agar tidak terlalu terpisah dengan kehidupan seharian prospek. Jika ia tidak dapat dikaitkan, mereka tidak akan terdetik untuk membaca, apatah lagi membeli.

    Akhir sekali, kemahiran yang dibina dengan latihan yang berterusan. Mari kita membuat satu latihan menggunakan segantang beras. Cuba anda ingat balik, apa yang anda ingat mengenai beras? Apa jenama beras yang anda beli, dan apa yang menyebabkan anda membelinya?

    Sekarang cuba baca ayat ini,”Belilah beras yang saya jual ini. Ia bagus.” Bandingkan dengan ayat ini pula,”Beras ini amat berbaloi untuk dibeli. Sudahlah ia murah, ia gebu dan berkhasiat juga. Rugi kalau tak beli, melepas untuk dipuji isteri!” 

    Yang manakah lebih menarik perhatian untuk mengetahui lebih dekat apa beras yang sedang dijual itu? Malahan, yang mana lebih menarik hati untuk dibeli, hanya berdasarkan ayat-ayat itu sendiri?

    Seorang copywriter  memiliki pemikiran yang telah diasah berkali-kali, menjadikan mereka dapat menangkap idea penulisan yang kebanyakan jarang dapat sehinggalah ia dipamerkan di lampiran-lampiran pengiklanan. 

    Dimanakah Saya Boleh Mencari Copywriter Yang Sesuai?

    Sekiranya anda mahukan secara tetap, anda boleh paparkan jawatan kosong di laman-laman pekerjaan seperti Freelancer, Upwork, Fiverr, dan banyak lagi. Atau anda juga boleh menghubungi mereka melalui laman mereka, contohnya NorLiana.com. Lazimnya mereka akan ada laman mereka sendiri sebagai tempat pameran hasil kerja (portfolio).

    Dengan ini, anda tidak perlu tertanya-tanya lagi apa teknik pemasaran yang paling berkesan.

     

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment