≡ Menu

Kewajipan Kepimpinan Islam Dalam Menjadi Teladan

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna berkata:

    “Seandainya kita mempunyai satu pemerintahan Islam yang mengamalkan Islam secara benar, beriman dengan keimanan yang sejati, merdeka dalam pemikiran dan pelaksanaan, mengandungi keluasan khazanah ilmu yang dikandungi oleh ajaran Islam, menyedari keagungan sistem Islam yang diwariskan sejak berkurun, dan mempercayai bahawa di dalam Ilmu dan sistem Islam itulah terdapatnya penawar dan petunjuk bagi seluruh manusia, nescaya kita dapat memintanya untuk menunjang dunia dengan prinsip-prinsip Islam dan meminta negara-negara lain untuk meneliti kandungan ajarannya. Kita juga dapat meminta pemerintahan Islam itu untuk mengalihkan pandangan negara-negara lain kepada Islam, dengan cara mengutus warkah serta delegasi-delegasi pemerintahan Islam berulang kali, memuaskan hati mereka dengan dalil dan bukti-bukti yang nyata, atau sarana-sarana dakwah lain yang dianggap lebih berkesan.”

    “Dengan mengamalkan Islam secara sempurna, pemerintahan kita akan dicontohi dan diteladani oleh negara-negara lain dari segi pembinaan rohani dan jasmani, atau dari segi amalan kehidupan sehari-hari serta langkah politiknya. Dan dengan cara itu pula pemerintahan kita akan dapat memperbaharui dinamika kehidupan bangsa serta mendorongnya ke arah kemuliaan dan kegemilangan dengan menanamkan semangat, kesungguhan dan kecintaan terhadap kerja dan usaha.”

    Dunia zaman kini ketandusan pemimpin yang mampu bukan sekadar memimpin, tetapi juga menjadi contoh teladan kepada rakyat atau ahli yang dipimpinnya. Lihat sahaja berapa ramai di kalangan perdana menteri dan presiden negara Islam seluruh dunia yang minum arak di khalayak ramai, memberi, menerima dan membiarkan rasuah berleluasa, tanpa segan silu menyentuh dan berpelukan dengan wanita seolah-olah ia bukan satu kesalahan, tidak mendirikan solat, dan berbagai-bagai lagi kebobrokan akhlak. Melihat contoh yang lebih dekat lagi, berapa ramai di kalangan kepimpinan persatuan mahasiswa yang tidak menjaga akhlaknya, ketawa sekuat-kuatnya seolah-olah mahu semua orang mendengar tawanya, tidak menjaga tutur kata, menutur dusta sesuka hati, menghisap rokok, dan berbagai lagi kerosakan akhlak. Malu sebagai ahli melihat pemimpin sebegini. Pemimpin yang sepatutnya membawa ahlinya kepada kebaikan dilihat lebih teruk dari orang bawahannya.

    Melihat realiti inilah, maka menjadi tanggungjawab kepimpinan Islam seluruh dunia untuk menjadi contoh kepada ahlinya. Dalam konteks persatuan mahasiswa, pemimpin haruslah menjadi “role model” kepada semua melalui budi pekertinya yang mulia, kehebatannya dari segi akademik, kemampuannya mengurus masa, dan banyak lagi. Pemimpin yang tidak mampu menjadi contoh ini seharusnya memperbaiki diri kerana mereka mencerminkan ahli. Manusia menilai rakyat sesuatu kawasan melalui kepimpinannya, apabila baik kepimpinannya, baiklah rakyatnya dan begitulah sebaliknya.

    Beberapa kriteria pemimpin yang sepatutnya ada pada setiap kepimpinan, khususnya persatuan pelajar:

    1-Tinggi Ilmunya

    Ilmu yang diperlukan oleh seorang pemimpin merangkumi ilmu pengurusan, ilmu akademik, ilmu pentadbiran, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berkaitan bidangnya dan lain-lain. Justeru itulah Nabi Yusuf AS ketika meminta untuk dilantik untuk menjadi pengurus perbendaharaan Baginda AS bersabda:

    Maksudnya: Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. (Yusuf: 55)

    Pencapaian akademik bukanlah kayu pengukur mutlak ilmu. Banyak kita lihat orang yang akademiknya tidak cemerlang tetapi ilmunya tinggi dan diakui para masyaikh. Untuk mengetahui tahap ilmu seseorang, lihatlah kepada manifestasi ilmu pada dirinya melalui perbuatannya, percakapannya, tingkah lakunya dan ibadahnya kepada Allah SWT.

    2-Mulia Akhlaknya

    Pemimpin haruslah menjaga dirinya dari melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kredibilitinya, seterusnya mengurangkan pengaruhnya dan menyusahkan pentadbirannya. Begitu juga, pemimpin tidak boleh terlalu mesra dengan jantina berlawanan kerana ia boleh mendatangkan fitnah kepada pimpinan tersebut. Selain itu, dalam konteks zaman ini, sikap profesional merupakan salah satu akhlak yang penting dan individu yang profesional lebih dihormati dan disegani berbanding individu yang tidak bersikap sedemikian.

    Firman Allah SWT:

    Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (An-Nahl: 125)

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    3-Dekat dengan Allah SWT

    Dalam mana-mana organisasi, pemimpin merupakan orang yang paling banyak dirujuk berkaitan masalah ahli. Masalah demi masalah yang timbul boleh mendatangkan tekanan yang berat kepada kepimpinan. Ketika ini, sewajarnya pemimpin tersebut mengadu dan merayu kepada Allah SWT. Untuk mendekati Allah SWT, seharusnya juga pemimpin menjaga ibadahnya, banyak mengingati-Nya, menunaikan perintahnya, dan menjauhi larangannya.

    Firman Allah SWT:

    Maksudnya: Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa’: 104)

    Firman-Nya lagi :
    Maksudnya: (Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Yusuf: 86)

    4-Sedia Menerima Teguran Ahlinya

    Kepimpinan bukanlah maksum. Kekurangan haruslah diperbaiki, dan dalam mencari apa yang kurang, tiadalah yang lebih baik dari orang-orang sekeliling kita yang mengenal hati budi kita, sentiasa memerhatikan kita dan tidak malu atau takut untuk menegur kesilapan kita.

    Maksudnya: Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar : 18)

    Setelah mengetahui kesilapan, segeralah bertaubat kepada Allah SWT agar dosa-dosa kita diampunkan.

    Firman Allah SWT:

    Maksudnya: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (Ali Imran: 133)

    Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali Imran: 135)

    Abu Bakr As-Siddiq RA ketika dilantik menjadi khalifah, beliau telah berkata:

    “Wahai manusia, meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa saya yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat saya dalam kebenaran, maka tolonglah saya. Tetapi jika kamu melihat saya dalam kebatilan maka luruskanlah tindakan saya. Patuhlah kepada saya selama saya taat mematuhi perintah Allah SWT. Jika saya telah derhaka kepada perintah Allah SWT, tidaklah perlu kamu mematuhi perintah saya.”

    Inilah contoh yang baik kepada kepimpinan yang harus diikuti.

    5-Berkualiti Kerjanya

    Menjalankan tanggungjawab membolehkan kita menerima ganjaran dari Allah SWT, begitu juga meninggalkan tanggungjawab membolehkan kita mendapat dosa dan kemurkaan-Nya. Justeru, tidak dapat tidak pemimpin haruslah melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengelakkan diri dari dosa. Setiap tugas & arahan yang diberi ialah tanggungjawab yang harus dilaksanakan, walaupun sekecil-kecil arahan seperti menepati masa.

    Begitu juga pemimpin haruslah menepati janjinya. Jika beliau menetapkan perjumpaan bermula pada sekian waktu, hendaklah beliau menjadi orang yang menepati janjinya itu. Selain itu, sifat amanah haruslah wujud dalam diri kepimpinan. Amanah haruslah dijaga agar tiada penyelewengan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan kewangan.

    Firman Allah SWT:

    Maksudnya: Dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya (Al-Maarij: 32)

    Kehilangan nilai-nilai ini dalam diri kepimpinan akan menyebabkan keruntuhan sesebuah persatuan disebabkan hilangnya kepercayaan ahli kepad kepimpinannya. Ahli perlu taat kepada kepimpinan, tetapi kepimpinan juga perlu menjaga diri supaya mudah ditaati oleh ahli. Dengan kata lain, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan penuh berkualiti demi memastikan persatuan Islam yang kita dokong terus bertahan dalam jalan dakwah ini.

    Wassalam…

    Disediakan oleh :

    Muhammad Yazid bin Hanzir

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment