Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
Pada tahun 2009 , saya diundang untuk memberi ucaptama dalam majlis perasmian bangunan baru Fakulti Pendidikan di Universiti Islam Yala yang terletak di selatan Tailand. Universiti ini mengambil model Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai model pengajiannya.
Integrasi dan islamisasi ilmu menjadi misi utama universiti ini. Ia merupakan suatu tajdid menarik yang cuba dilaksanakan oleh Universiti Islam Yala dengan memperkenalkan konsep major dan minor yang memberi ruang kepada para pelajarnya mengikuti dua bidang ilmu iaitu ilmu konvensional dan juga ilmu agama.
Dalam ucaptama yang saya sampaikan, saya lebih banyak memfokuskan keperluan tajdid ilmu dan pendidikan serta memberi penekanan tentang kepentingan pendidikan pondok dan madrasah, seterusnya perlu diperkasakan supaya ia mampu masuk ke arus perdana. Saya memahami situasi di selatan Thailand yang secara politiknya mengalami keresahan yang boleh mencetuskan krisis berpanjangan. Secara bijaksana dan berstrategi, pendidikan pondok dan madrasah juga mengambil pendekatan integrasi untuk rnembolehkan lulusan pondok dan madrasah memilih Universiti Islam Yala sebagai sebuah universiti Islam yang penting. Dalam jangka masa panjang, ia membolehkan lulusan pondok di Yala memasuki arus perdana dalam pentadbiran dan ekonomi negara.
Ia menuntut tekad ilmu dan perjuangan pendidikan yang tinggi. Agenda untuk membawa mereka menuju model arus perdana adalah sesuatu yang amat mustahak supaya tajdid ilmu dan pendidikan Islam berkembang sesuai dengan perubahan zaman dan cabaran lingkungan.
Integrasi llmu
Saya memulakan ucaptama dengan memberikan senario bahawa usaha memperkasakan umat Islam di selatan Thailand mesti melalui perubahan dan orientasi ilmu. Sifat ilmu yang diajar di pondok dan madrasah harus seimbang dalam memantapkan ilmu naqliah dan juga memperkenalkan ilmu yang bersifat akliah yang berorientasikan ilmu sains, teknologi, vokasional dan seumpamanya.
Ia penting bagi masyarakat Islam di Pattani, Yala, Narathiwat, Satun dan banyak lagi tempat mengalami proses pendidikan yang Iebih baik dan membolehkan lebih ramai para pelajarnya memasuki universiti arus perdana dan juga universiti-universiti luar negara.
Yang kedua, aku menjelaskan mengapa integrasi ilmu ini penting bagi umat Islam. Di kebanyakan negara Islam, telah sekian lama menghadapi dualisme dalam orientasi ilmu dan pendidikan. Dalam bahasa mudahnya, isu binaan epistemologi dan tasawur adalah sesuatu yang terutama. Membiarkan orientasi dualisme berlaku menyebabkan umat Islam mengalami konflik pemikiran yang berterusan dan menjadikan kefahaman terhadap Islam sempit dan terbatas.
Berhadapan dengan globalisasi yang sedang berlaku, Barat menawarkan ilmu dan pendidikan yang sifatnya mekanistik iaitu tidak terdapat roh dan etika yang membimbing manusia ke arah watak islami. Aspek agama dan etika tidak menjadi sandalan utama yang menyebabkan sifat ilmu itu memiliki kegunaan, tetapi etika dan nilai guna tidak dijadikan pedoman.
Integmsi bermakna cara menghubungkan kefahaman terhadap ilmu-ilmu mengenai al-Quran dan hadis, fiqah, sirah, syariah dan ibadah umpamanya diberi lonjakan baru supaya aspek ilmu mengurus sistem tidak diketepikan. Begitu juga cara ilmu mengurus sistem seperti sains, teknologi dan vokasional perlu diberi orientasi baru supaya aplikasi sains, teknologi dan vokasional dihubungkan dengan etika dan nilai yang baik.
Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hariLIHAT SINI <<==
Etika dan Nilai yang lslamik
Integrasi ilmu dan pendidikan akan menjadi lebih bermakna sekiranya aspek-aspek perbandingan dalam ilmu mengurus sistem yang bermanfaat dikembangkan dalam orientasi etika dan nilai yang islamik supaya penerimaan terhadap ilmu mengurus sistem diserasikan dengan corak nilai guna dalam kehidupan. Pembelajaran mengenai komputer umpamanya ialah faktor ilmu mengurus sistem yang bermanfaat, tetapi input, perisian dan program dalam komputer tidak semuanya selari dengan nilai- nilai keinsanan.
Input, perisian dan programnya amat dituntut agar dibuat berasaskan orientasi yang lebih insani dan islami. Ia bukan sesuatu yang mudah dan itulah cabaran integrasi dan islamisasi. Langkah permulaan harus dibuat supaya dalam jangkamasa panjang umat Islam bakal menjadi penyumbang penting kepada usaha ini dan paling kurang pun pengguna media baru mempunyai pilihan menuju ke arah nilai yang islamik.
Hakikatnya, teknologi selamanya alat dan bukannya matlamat. Matlamat dalam aplikasi ilmu mengurus sistem bukan sahaja menghasilkan kemahiran berteknologi tinggi (high tech), bahkan kualit keinsanan (high touch) supaya mendapat keseimbangan yang baik terhadap kehadiran teknologi dan upaya aplikasi yang baik dan mempunyai pedoman.
Justeru, pendekatan integrasi dalam pengilmuan dan pendidikan, serta islamisasi dalam pengisian, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sekiranya pendidikan Islam ingin dijadikan pendidikan yang bersifat sezaman serta mampu menjadi tunjangan kepada aspek- aspek ilmu yang lain.
Islamisasi dalam Ilmu
Islamisasi itu penting. Ada orang berpendapat bahawa ilmu-ilmu yang ada khususnya dari Barat tidak perlu mengalami proses islamisasi kerana ilmu barat itu sudah bermanfaat. Lalu, digunakannya sahaja dan lahirlah kemajuan dan perubahan.
Namun begitu, Islam tidak mengambil pendekatan sedemikian. Ilmu itu perlu dihubungkan dengan Pencipta. Ilmu wahyu atau al-Quran umpamanya mengandungi petunjuk untuk memahami perkara yang nyata dan hubungannya dengan perkara yang ghaib. Pendekatan empiris melalui pemerhatian dan uji kaji belum cukup untuk membuat suatu hipotesis atau kesimpulan mengenai sesuatu perkara. Ia memerlukan hubungan rohaniah dan sumber petunjuk daripada Pencipta supaya tidak sahaja bahan-bahan ciptaan Allah yang dikaji, tetapi pasti ada maksud dan hikmah sesuatu itu dijadikan oleh Allah.
Proses islamisasi aqidah telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Aqidah yang syirik dan jahiliah yan dianuti oleh umat manusia pada waktu itu mendekatkan mereka dengan Allah yang Esa apabila diturunkan al- Quran yang mendukung islamisasi ilmu, dan diri Nabi itu sendiri menjadi lambang watak qur’aniyyah selepas mengalami proses tarbiah rabbaniyyah.
Puncak proses islamisasi disambung oleh para sahabat, tabi tabiin, para ulama dan umara sehingga lahirnya zaman Abbasiyyah dan Andalusia yang mampu melonjakkan Islam ke paras tamadun dan memberi manfaat kepada Eropah dalam bidang ilmu dan tamadun. Hari ini, Eropah menjadi kuasa utama dunia dan umat Islam menjadi pengguna kepada kekuatan mereka terutama dalam bidang sains dan teknologl walaupun mereka menterjemahkan ilmu-ilmu matematik, sains dan perubatan umat Islam ke dalam bahasa Latin, Ibrani dan Hebrew.
Keunikan Universiti
Islam Yala Universiti Islam Yala amat unik kerana memperkenalkan pengajian ilmu perubatan dan lain-lain dengan memperkasakan sumber modal insan masyarakat Islam Thailand, dan ia adalah suatu permulaan yang tepat. Kecenderungan untuk bersikap ekstremis dan separative bukanlah jawapan yang terbaik untuk mengatasi kemelut yang ada. Jalan terbaik adalah dengan memperkasakan umat Islam di Thailand dengan kekuatan ilmu dan keterampilan sains, vokasional dan politeknik supaya ia dapat membangunkan jiwa mandiri dalam kalangan umat Islam. Ketahuilah, pertentangan yang berlaku sekian lama tidak memberikan jawapan yang terbaik. Di tengah-tengah cabaran globalisasi kini, umat Islam tidak harus terpinggir daripada arus perubahan. Umat Islam mesti tampil sebagai penyumbang yang berkesan ke arah membina integriti dan wibawa yang dihormati.
Secara jangka panjangnya, harus wujud lebih banyak model Universiti Islam Yala di seluruh Thailand terutama di bahagian selatan. Jihad ilmu seharusnya menjadi jawapan yang terbaik. Pendekatan tradisional harus diperkasakan. Ilmu mengurus diri yang berkaitan dengan aqidah, ibadah, fiqah, syariah, sirah, tafsir dan akhlak amat penting dipelajari dalam orientasi tajdid yang menjadi landasan kepada perkembangan ilmu mengurus sistem.
Inilah kaedah cemerlang yang berlaku dalam sejarah Andalusia apabila integrasi dan islamisasi ilmu berlangsung dengan begitu baik sekali. Tokoh tersohor seperti Ibn Sina, al-Khawarizmi, Abu Qasim al-Zahrawi dan ramai lagi tokoh yang telah menghafaz al-Quran sejak muda dan mampu mengintegrasikan sumber al-Quran untuk memiliki kepakaran dalam bidang
perubatan, matematik, ilmu surgeri dan lain- lain lagi.
Kecenderungan yang ditampilkan oleh Univerisiti Islam Yala adalah sesuatu yang unik untuk Thailand. Pendekatan wasatiyyah yang diambil dalam mendekati sesuatu isu dan senario amat menarik untuk dijadikan pedoman.Persaingan sebenar umat Islam di sana adalah persaingan kekuatan ilmu dan keterampilan.
Meskipun isu politik tidak mudah terlerai, tetapi fokus terhadap jihad ilmu suatu perubahan yang baik kerana penampilan ilmuwan yang berkualiti dengan pengkhususan masing- masing membolehkan mereka berperanan dengan berkesan kepada umat Islam dan negara Thailand.
Memahami Realiti
Perubahan Namun demikian, perkara yang dibimbangi oleh umat minoriti ialah suasana peminggiran dan pemencilan akibat kegagalan memahami realiti dan perubahan yang didorong oleh idealisme yang kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata. Jelasnya, umat Islam memiliki Islam sebagai sumber agama dakwah yang pernah menempa sejarah membangunkan tamadun.
Memiliki ilmu dan imej pengkhususan yang baik ialah imej terbaik untuk mengembangkan Islam di mana-mana sahaja. Pihak lain sengaja mewujudkan imej negatif terhadap umat Islam itu sendiri. Islam sebagai agama rahmah li al-‘alamin harus mengambil tempat dalam suasana minoriti dengan imej yang stabil.
Sekiranya ini dapat berlaku terhadap umat Islam yang berpotensi di selatan Thailand dengan kekuatan ilmu dan dakwah bagi mengukuhkan kehadiran mereka di Thailand, ia dapat menyumbang untuk pembangunan negara itu sendiri dan menjadi kelompok yang dihormati dan disegani dengan imej keilmuan yang baik dan daya juang yang tinggi untuk membawa pendekatan wasatiyyah.
Seharusnya, mereka perlu mencari jalan yang bijaksana dan berstrategi supaya jihad ilmu dan dakwah dijadikan agenda utama untuk memahami masalah yang timbul. Universiti Islam Yala dengan keunikan yang ada merupakan salah satu strategi bijaksana untuk mengangkat martabat umat Islam di Thailand.
PROF. DATO’ DR. SIDEK BABA
Saya imgin kaji sejarah Kesutanan Pattani. Adakah bahan sejarah atau orang yang membantu usaha saya ini?