Sesiapa yang melalui highway senai ke tiram perlu berhati-hati…
terdapat sekumpulan remaja berkumpul berdekatan ditepi highway bersebalah
perumahan ditiram, membaling batu kearah kenderaan yang melalui jalan
tersebut.
TEMPAT: HIGHWAY SENAI TO TIRAM
TIME: 8.20pm
Sekiranya berlaku kepada anda diharap jagan berhenti dan terus buat
laporan di balai polis berhampiran kerna ditakuti terjadi sebarang yang
tak dingini..
tolong sebarkan terutamanya kepada penduduk johor dan pengguna haighway
senai ke tiram.. ini kisah benar dan bukan rekaan!!!!!
Tips Selamat Di Lebuhraya
Antara Beberapa tips yang saya sediakan untuk mengelakkan dari berlaku
kemalangan.
Tips 1 : Kurangkan Had Laju Yang Ditetapkan
Terburu-buru dan lambat untuk ke tempat kerja mahupun belajar adalah
salah satu punca terjadinya kemalangan. Masing-masing terkejar-kejar
untuk sampai tepat pada waktu yang ditetapkan. Nasihat saya supaya kepada
pengguna jalan raya supaya tidak terburu-buru jika lewat. Lewat tetap
lewat kan? Jadi patuhi had laju yang ditetapkan. Sebaiknya kurangkan dari
had laju yang ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan. Awas! Perangkap Had
Laju Tetap. Jika pemanduan lebih daripada had yang ditetapkan silap-silap
surat saman sampai ke rumah. Hahha.
Tips 2 : Pastikan Anda Berada Pada Jarak Yang Selamat
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Jarak antara sesebuah kenderaan dengan kenderaan lain yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan ditulis dalam peraturan 2
saat. Dua saat, mengikut kajian pakar-pakar, memadai bagi mengelak dan
berhenti di belakang kereta depan dalam situasi kecemasan. Semasa waktu
hari hujan pula, keadaan jalan basah serta licin. Tidak sesuai lagi di
amal peraturan 2 saat lagi. Dalam keadaan sedemikian, pemandu-pemandu di
nasihatkan menggunakan kaedah peraturan 4 saat, iaitu 2 kali ganda
peraturan 2 saat tadi.
Tips 3 :Beri Isyarat Kenderaan Sebelum Menukar Laluan
Tidak memberi isyarat kenderaan sebelum menukar laluan adalah salah satu
punca berlakunya kemalangan. Penulis melihat banyak kenderaan yang ingin
menukar laluan tidak memberikan isyarat lampu terutamanya kereta-kereta
mewah seperti BMW tak kira series, Toyota dan honda Civic. Padahal sistem
yang digunakan dalam kenderaan tersebut berteknologi tinggi kan? Hal ini
menyusahkan pengguna jalan raya lain. Terpaksa mengelak dan kadang-kadang
menggunakan brek kecemasan. Sebaiknya beri dahulu isyarat supaya pengguna
jalan raya lain dapat memberi laluan dan melancarkan perjalanan di jalan
raya.
Tips 4 :Jangan Gunakan Laluan Kecemasan Jika Tiada Kerosakkan
Pernah dulu iklan keselamatan di jalan raya di kaca television mengatakan
laluan kecemasan hanya untuk kecemasan sahaja. Sekarang nie tak tahu la
ada ke tak lagi. Hehhe.. Tapi jika dilihat hari ini, laluan kecemasan ini
digunakan oleh segelintir pihak sebagai jalan pintas untuk ke sesuatu
destinasi. Walau hanya kesilapan sedikit, ia boleh mengundang bahaya.
Elakkan daripada menggunakan laluan kecemasan. Mungkin kita tidak sedar
kereta yang sedang berhenti untuk tujuan kecemasan.
Sekiranya semua aspek ini diambil kira InsyaAllah kemalangan dan
kecelakaan di jalan raya sebegini dapat dielakkan. Semuanya terserah
kepada takdir. Kita hanya mampu untuk mengambil langkah berhati-hati
semasa memandu tapi jika kita ditakdirkan untuk kemalangan semuanya
terserah kepada-Nya. Harap-harap kita semua lebih berhati-hati untuk ke
mana-mana destinasi.
via : NinSayril Syalif
http://mrchaon.blogspot.com/2011/09/tips-elakkan-kemalangan-di-jalan-raya.html