Masalah Haemoglobin Rendah Bagi Wanita Yang Mengandung
Masalah haemoglobin rendah saat hamil bukanlah perkara yang rumit. Ianya permasalahan yang biasa dialami oleh ibu -ibu hamil berikutan rembesan hormon yang tidak stabil serta nutrisi yang berbelah bahagi antara kandungan bayi dan si ibu.
Namun begitu, ianya perlu diambil berat agar ibu dan kandungannya mendapat nutrisi dan kesihatan yang baik demi menjamin perkembangan janin yang sihat. Terdapat beberapa simptom haemoglobin rendah yang boleh diperhatikan agar ianya dapat dicegah supaya komplikasi yang lebih rumit tidak berlaku.
Tanda pertama yang paling ketara adalah keletihan, kulit kelihatan pucat, rasa sejuk atau panas melebihi suhu sekeliling, sesak nafas, pening kepala dan juga boleh membawa kepada gangguan emosi. Haemoglobin terdapat di dalam sel darah merah dan ianya terbentuk daripada zat besi. Tugas haemoglobin adalah untuk membawa oksigen di dalam salur darah untuk sistem peredaran darah manusia.
Kekurangan haemoglobin boleh disebabkan oleh kekurangan asid folik, amalan pemakanan yang tidak sihat sehingga menyebabkan tubuh ibu hamil tidak mendapat nutrisi yang lengkap untuk dirinya dan kandungan, kekurangan vitamin B12 disebabkan oleh rembesan hormon yang tidak stabil dan juga pendarahan serius disebabkan oleh ulser di dalam perut kebiasaannya dikaitkan dengan masalah gastrik yang melampau.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Untuk ibu mengandung, sangat penting untuk menjaga kesihatan dengan sebaiknya agar kandungan juga mendapat perkembangan yang baik. Oleh itu, sekiranya ada ibu hamil yang mendapati mereka mengalami haemoglobin rendah, sebaiknya dicegah awal agar ianya tidak berlanjutan sehingga menyebabkan komplikasi lain.
Untuk mendapatkan kepastian yang tepat, sentiasalah merujuk ke klinik bermula dari awal kehamilan dan mengikuti jadual pemeriksaan kesihatan untuk ibu hamil agar status kesihatan dapat dipastikan dalam keadaan baik. Selain itu, amalan pemakanan yanh sihat mengikuti jadual pemakanan yang bersesuaian untuk ibu hamil perlu dititikberatkan agar ibu mendapat nutrisi lengkap untuk diri sendiri dan perkembangan janin dengan baik.
Bagi si suami pula, dah tahu isteri hamil dan perlu banyak nutrisi untuk menyokong kandungan, janganlah buat tak endah je. Sokongan daripada suami sangat penting bagi memastikan kesihatan isteri dan kandungannya terjamin. Bantu isteri penuhi kemahuannya tambah-tambah lagi kalau bab pemakanan, apa salahnya kalau sekali sekala tolong memasak tak pun dapatkan nutrisi tambahan untuk isteri. Kebiasaannya asid folik dan vitamin tambahan boleh didapati di farmasi untuk melengkapkan nutrisi ibu hamil.
Pakar kesihatan juga bersetuju untuk ibu hamil mengamalkan suplemen tambahan bagi menjaga kesihatan kandungan. Dapatkan juga khidmat nasihat daripada pakar perubatan di klinik atau hospital. Lazimnya ibu hamil bakal diberi ubatan suplemen daripada hospital atau klinik setiap kali menjalani pemeriksaan kesihatan. Sekiranya tidak mencukupi, baharu lah boleh dapatkannya di farmasi berdekatan untuk nutrisi yang lebih lengkap lagi.
Begitulah sedikit sebanyak berkenaan masalah haemoglobin rendah dalam kalangan ibu hamil. Ibu hamil ni memang banyak ragam, tapi bukan mereka mengada. Ianya penting demi untuk menjaga kesihatan diri mereka dan kandungan agar bayi di dalam kandungan dapat berkembang dengan baik sehingga lah mencapai waktu kelahiran mereka.
Kapsul Green Mampu Menaikkan dan menstabilkan HB Anda dengan cepat dan selamat, dah terbukti :
Hubungi ==>> En. Tarmizi 010-5116990