Antara masalah paling krifikal yang anda akan hadapi pada tahap awal anda merancang untuk melibafkan diri dalam bidang perniagaan adalah mencari pegangan perniagaan dan memastikan keberkesanan idea anda itu.
Prinsip peniagaan bagi pemiagaan kecil milik seorang lelaki yang membimbit sebuah baldi berisi air sabun dan span untuk membasuh kereta di tempat letak kereta tentunya berbeza dengan prinsip pemiagaan milik seorang lelaki yang mempunyai puluhan pekerja dan mesin serta peralatan yang bernilai jutaan ringgit.
Sudah tentu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengurus kedua-dua jenis skop perniagaan ini jauh berbeza.
Namun demikian, untuk berjaya dalam kedua-duanya, mereka perlu mempunyai satu prinsip yang serupa iaitu pegangan
perniagaan.
Masalah paling kritikal yang anda akan hadapi pada tahap awal anda merancang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan adalah mencari pegangan perniagaan dan memastikan keberkesanan
idea anda itu.
Perniagaan dan Undang-Undang
Seorang usahawan memang tidak diharapkan menjadi seorang peguam tetapi setiap usahawa mesti mempunyai pengetahuan asas undang-undang yang berkaitan dengan bidang perniagaan. Sesebuah syarikat harus melantik seorang peguam daripada
syarikat guaman untuk menjadi penasihat yang berkaitan dengan persiapan dokumen dan aspek-aspek perundangan lain.
Antara undang-undang yang berkaitan
ialah:
1. Pihak berkuasa tempatan atau dewan bandar raya.
2. Jabatan Buruh.
3. Percukaian.
4. Hak cipta harta intelek.
5. Permit atau lesen perniagaan yang berkaitan.
6. Jabatan Kesihatan.
7. Jabatan Bomba.
8. Barang kawalan atau berbahaya.
9. Mesin dan jentera.
Perniagaan anda perlu dilindungi dari segi keselamatan dan insurans. Beberapa kategori perlindungan risiko adalah seperti kebakaran, kecurian, rompakan, salah laku awam, bencana alam dan kemalangan.Sebelum membuat apa-apa keputusan muktamad, anda perlu membuat rundingan dengan beberapa ejen insurans.
Premis Perniagaan
Bangunan perniagaan merupakan nukleus atau pusat operasi sesuatu urusan perniagaan. Memilih bangunan yang tepat banyak membantu kejayaan perniagaan anda.
Sebagai seorang ahli pemiagaan, utarakan soalan berikut kepada diri anda:
1. Adakah anda telah mendapat bangunan yang sesuai dengan skop dan keperluan perniagaan anda dari segi kapasiti
2. Adakah lokasi bangunap perniagaan anda mendapat kemudahan komunikasi dan rangkaian yang selesa?
3. Adakah lokasi bangunan perniagaan anda selesa bagi pelanggan yang akan mengunjungi?
4. Adakah bangunan tersebut boleh diubah
suai kepada keperluan perniagaan jika perkembangan mendesak? Dan adakah kosnya munasabah?
5. Adakah anda telah memikirkan untuk menyewa atau memajak dengan pilihan untuk membeli?
6. Adakah anda telah melantik peguam syarikat atau perniagaan anda dan mengarahkannya untuk meneliti undang-undang yang berkaitan.
Lokasi Premis Pernigaan
Berikut merupakan beberapa panduan dalam menentukan lokasi premis perniagaan anda:
1. Tentukan kedudukan Iokasi premis perniagaan.
2. Senaraikan kelebihan membeli bangunan berbanding menyewanya.
3. Sebelum anda membuat keputusan untik membeli bangunan perniagaan, lakukan perancangan ruang da kosnya.
4. Ambil kira pengembangan dan pengecilan operasi perniagaan anda pada masa akan datang.
5. Pertimbangkan perkaitan antara kepentingan dan peluang pelaburan dengan keperluan perniagaan anda.
6. Mengetahui kepentingan pemasaran dengan bangunan anda. Mungkin anda perlu mencari permasaran pilihan.
7. Adakah pelaburan anda untuk membeli bangunan akan melonjakkan keuntungan?
8. Dapatkan perkhidmatan profesional untuk mengelakkan kerugian besar kerana mereka dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat.
Apabila Tersalah Pilih Bangunan
Terdapat seorang ahli perniagaan yang baru membeli sebuah bangunan rumah kedai tiga tingkat lot sudut di salah sebuah kawasan perindustrian dengan harga RM1.7 juta. Beliau berasa sangat bertuah kerana mendapat sebuah bangunan yang luas, selesa dan cantik dengan harga yang rendah. Beliau berpuas hati dengan keadaan bangunan tersebut. Selain mempunyai kawasan letak kereta yang luas, keluasan lantai dalam bangunan itu dua kali ganda daripada unit bangunan rumah kedai biasa. Cat bahagian luar dan frontal look sudah sedia cantik. Malah, tuan punya bangunan asal melahirkan rasa kesal kepada beliau kerana melepaskan bangunan tersebut dengan harga terlalu rendah.
Sebulan selepas memasuki bangunan tersebut, masalah mula timbul. Koloni tikus bermaharajalela di atas siling tingkat dua. Semasa mula-mula pindah masuk, hanya beberapa tikus yang kedengaran berlari dan berdecit di siling.
Lama-kelamaan, koloni tikus itu membiak dan membentuk populasi yang banyak. Haiwan perosak itu mula menggigit salur
penyaman udara dan membuang pelbagai sampah ke dalam ruang pejabat melalui lubang penyaman udara di siling.
Beberapa orang pekerja diminta memasang perangkap tikus. Malangnya, ada tikus yang mati dan tidak dijumpai bangkainya.
Akhirnya, seluruh pejabat berbau busuk dan memualkan sehingga memaksa semua staf memakai topeng mulut. Ini mengganggu kerja para pekerja dan tetamu yang datang turut gelisah.
Akhirnya, rahsia penjualan bangunan dengan harga yang rendah tersebut terbongkar.
1. Pemilik asal bangunan menjual bangunannya kerana tidak tahan dengan serangan tikus yang berterusan.
2. Pemilik asal bangunan berniaga pakaian dan sudah tentu tikus menjadi musuh utamanya.
3. Pemilik asal bangunan terpaksa menanggung kos mengupah syarikat anti makhluk perosak iaitu dua bulan sekali.
Justeru, sebelum membeli sesebuah bangunan untuk premis perniagaan yang akan anda jalankan, kajilah dengan lebih mendalam tentang bangunan tersebut dari sudut luaran dan dalaman, juga dalam tempoh jangka panjang. Jika ia adalah sebuah bangunan lama, kenal pasti punca pemilik asal mahu meninggalkan bangunan tersebut.