dan pelbagai karamah. Yusuf bin al-Husin meriwayatkan kisah mengenai Abu Turab seperti berikut: Suatu hari, beliau berada di Makkah bersama-sama Abu Turab. Tiba-tiba, Abu Turab berkata: “Saya perlukan wang dirham pada waktu ini.” Tidak lama kemudian, seorang lelaki datang lalu meletakkan sekantung wang dirham di pangkuannya. Lalu, Abu Turab mengagihkan wang tersebut kepada orang yang berada di sekitarnya. Antara mereka, terdapat seorang lelaki fakir yang berusaha menunjukkan dirinya, namun Abu Turab seo|ah-olah tidak melihatnya. Dia mencuba berkali-kali, namun hampa. Lelaki tersebut tidak mendapat sedikit pun daripada wang itu sehingga ia habis. Apabila semua orang telah bersurai, lelaki tersebut berkata kepada Abu Turab: “Berkali-kali aku menunjukkan diriku kepadamu, mengapa engkau tidak memberikannya kepadaku?” Abu Turab menjawab: “Sebenarnya, engkau tidak mengetahui siapa yang memberi.” Kisah ini juga terdapat dalam kitab Siyar A‘lam aI-Nubala’karya Imam al-Zahabi dan kitab muridnya; Tajuddin al-Subki yang bertajuk Tabaqat al-Sha?‘iyyah al-Kubra. Pemberi yang Sebenar Mata kita sering kali menipu diri kita sendiri. Kita menyangka apa-apa yang kita lihat itulah hakikat yang sebenar. Namun, hakikatnya tidak sama seperti yang kita lihat. Sebatang pensel yang dimasukkan ke dalam air kelihatan sedikit bengkok, padahal ia lurus. Sebuah bintang kelihatan sangat kecil, padahal besarnya ratusan kali ganda dari bumi ini. Begitu juga pandangan kita ketika melihat kehidupan ini. Kita sering kali menyangka rezeki kita di tangan syarikat, sihat kerana ubat dan doktor, berilmu kerana sekolah dan buku, begitulah seterusnya. Kita terlalu asyik memerhati apa-apa yang kelihatan sehingga lupa bahawa semua itu sebenarnya hanya perantara sahaja. Pemberi sebenar ialah Allah s.w.t. Dialah yang benar-benar memberi manfaat atau mudarat. Dia juga Penggerak hakiki setiap perubahan yang berlaku; Allah yang menggerakkan hati manusia untuk memberi atau menolak penyakit, memberi ilmu dan mengurniakan kemahiran ataupun selain itu. Sesiapa yang melihat perkara ini secara hakiki, maka dia tidak akan bergantung harapan melainkan hanya kepada Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Jika engkau hendak meminta, memintalah kepada Allah. Jika engkau hendak meminta bantuan, mintalah kepada Allah.” (Riwayat al-Tirmizi) Hakikat Bahagia Kita juga sering menyangka kebahagiaan terletak pada harta, jawatan dan lain-lain kebendaan duniawi. Kita menjadi iri hati apabila melihat jiran mempunyai kereta mewah, rakan baru sahaja membeli sebuah rumah yang besar dan pelbagai bentuk iri hati disebabkan harta benda yang mereka peroleh. Sedangkan kebahagiaan hakiki terletak dalam hati. Semakin jernih hati seseorang dan damai hatinya bersama-sama Allah, di situlah letaknya kebahagiaan hakiki. Dia menjadi seseorang yang paling bahagia hidupnya di dunia dan paling indah hidupnya di akhirat. Sesiapa yang melihat perkara ini secara hakiki, maka dia tidak akan berasa iri hati apabila melihat kekayaan yang dimiliki orang lain. Dia hanya berasa iri apabila melihat seseorang mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah lantas dia berusaha untuk “meniru” perbuatan tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak boleh iri hati kecuali kepada dua jenis manusia. Mereka ialah seseorang yang diberikan harta, lalu dia menghabiskan semuanya di jalan kebenaran. Dan seseorang yang diberlkan ilmu, lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Orang yang paling miskin ialah orang yang hanya memiliki harta benda duniawi sahaja tanpa memilikl iman dan sahabat yang menunjukkan jalan kepadanya untuk menuju Allah. Abu al-Darda’ berkata: “Sesiapa yang tidak mengenali nikmat Allah selain makanan dan minuman sahaja, maka sungguh sedikit ilmunya dan telah datang azab kepadanya. Sesiapa yang tidak pernah puas dengan dunia, maka tidak ada dunia baginya.” Kekayaan dan Kemasyhuran Harta benda dan kejayaan duniawi sering kali tidak seindah yang terlihat secara zahir. Ia bukan lagi nikmat, malah mungkin sebuah azab. Kadang-kadang Allah menyeksa hambanya di dunia dengan membukakan pintu kekayaan dan kemasyhuran baginya. Sesiapa yang melihat perkara ini secara hakiki, dia akan selalu berhati-hati. “Nikmat” daripada Allah tidak semestinya nikmat yang sebenar, ada kalanya Allah sebenarya menimpakan “nikmat” tersebut sebagai azab. Allah berfirman, maksudnya: “Maka, janganlah engkau mengagumi harta benda dan anak-anak mereka. Sesungguhnya, Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya (harta dan anak-anak) di dunia dan kelak nyawa mereka akan dicabut dalam keadaan ka?r.” (Surah al-Tawbah 9:55) Semakin banyak kekayaan yang diberikan, semakin banyak bentuk seksaan batin yang mereka rasakan. Mereka menjadi sangat mencintai harta benda, lalu hidup dalam ketakutan. Mereka tidak mahu kehilangan benda-benda mewah tersebut, padahal maut pasti menjemput mereka. Pada saat itu, mereka akan melepaskan semua kemewahan duniawi dengan hati yang sangat berat dan perih. Fenomena Istidraj Jika kita melihat orang kafir atau fasiq hidup dalam limpahan nikmat, ia hanya satu bentuk tipuan. Semakin banyak dosa yang dilakukan, semakin lebar pintu dunia diberikan kepadanya. Pemberian ini bukan kemuliaan daripada Allah, tetapi sebuah perangkap dan kehinaan baginya. Fenomena ini disebut sebagai istidraj. Hamba yang diperlakukan dengan istidraj ialah orang yang sangat dibenci oleh Allah. Dia dibiarkan “terlena” dengan pelbagai Kenikmatan dan tidak disedarkan untuk bertaubat sehingga saat kematian. Pada saat itu, dia akan mati dalam penyesalan yang sangat perih. Orang yang melihat dengan mata hakikat selalu sedar dan berhati-hati dengan nikmat yang diperoleh. Kenikmatan hidup daripada Allah tidak akan membuatnya lalai dan terlena dengan maksiat. Malah, dia akan terus bermuhasabah diri dan berusaha menjadi hamba yang lebih baik. Abu Hazim berkata: “Jika engkau melihat Allah selalu memberimu nikmat, dan pada masa yang sama engkau terus membuat maksiat kepadanya, maka berhati-hatilah.” Dunia yang Membawa ke Akhirat Sufyan al-Thawri menyatakan: “Semua manusia sedang tertidur. Apabila mati, mereka baru terjaga.” (Riwayat Abu Nu‘aim dalam kitab Hilyah al-Awliya’) Sungguh, benarlah kata-kata ini. Seluruh kehidupan kita di dunia ini bukanlah sebuah kehidupan yang hakiki kerana ia hanya berlaku sementara. Kesedihan dan kegembiraan yang kita rasai kini akan berakhir suatu masa nanti. Sesiapa yang berjaya pada hari ini belum tentu berjaya pada fasa kehidupan selepasnya. Kehidupan hakiki adalah kehidupan kita di akhirat nanti. Kesedihan atau kegembiraan yang berlaku akan berterusan selama-Iamanya tanpa pengakhiran. Pada saat itu, semua manusia seolah-olah baru terjaga daripada tidur panjang yang melalaikan. Mereka akan mengeluh: “Tiada gunanya harta yang kami kumpulkan. Tidak bermanfaat jawatan yang kami sandang.” Orang yang pandai ialah mereka yang “terjaga” sebelum tiba masa tersebut. Mereka juga telah menyiapkan bekalan yang cukup sebelum meneruskan perjalanan di akhirat yang sangat panjang. Wallahu a’lam. “Jiran” di Kiri Kanan Di kiri kanan kita ada “jiran” yang tidak pernah berenggang dengan kita. Antara kita dengan mereka tiada dinding atau hijab. Antara kita dan mereka juga tiada rahsia. Mereka tahu segala nawaitu, ucapan dan perbuatan kita. Belum lagi sempat kita kemas kini status di dinding Facebook, mereka terlebih dahulu mencatat. Pantas. Apabila hati baru merancang ingin melakukan kebaikan, mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat. Belum buat sudah diambil kira. Hebat sungguh komitmen mereka memastikan segala diari hidup kita direkodkan secara sistematik dan tiada satu pun yang tertinggal. Jika kita mampu ber?kir sejenak, agak-agaknya “jiran” kita yang mana lebih sibuk? Jiran di sebelah kanan ataupun kiri? Jiran yang mencatat amalan yang baik ataupun buruk? Jiran yang bernama Raqib ataupun Atid? Ada satu cadangan menarik yang boleh dikongsi bersama. Boleh kita sama-sama berazam melakukannya? Apa kata kita bagi malaikat Atid “bercuti” atau buat kerja yang paling minimum? Malaikat Raqib memang lebih molek bekerja keras dan lagi bagus kalau tiada masa rehat. Kenapa? Kerana itu tanda kita sedang mencari bahagia di dunia dan insyaAllah akan terus bahagia di akhirat kelak.
Menyedari Hakikat Bahagia Sebenar

{ 0 comments… add one }
Next post: Selamat Biarpun Dicampak ke dalam Kandang Singa
Previous post: Taufan Buat Kaum ‘Ad