≡ Menu

Motor Dinamik – Modenas

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Motor Dinamik - ModenasMenunggang di jalanraya dengan kelajuan yang menyaingi Yamaha 125Z. Itulah dia motosikal Dinamik keluaran Modenas pada awal tahun 2000. Motosikal berkuasa 2 lejang ini menjadi buah mulut orang ramai di pasaran tempatan kerana bukan sahaja ianya satu-satunya motosikal berkuasa 2 lejang keluaran tempatan, malah ia juga mempunyai kelajuan yang memuaskan iaitu sehingga 205km/j.

    Akan tetapi, amat mengecewakan apabila keluaran baharunya hanya mampu mendapat kelajuan maksima 140km/j sahaja. Hal ini kerana Modenas telah membuat sedikit pengubahsuaian terhadap enjin dan juga pendikit Dinamik untuk memastikannya selamat dan melepasi piawaian jalanraya di Malaysia. Motosikal Dinamik telah ditetapkan pengehadan kuasa sehingg 12,000 pusingan per minit sahaja agar ianya lulus untuk dipasarkan di Malaysia.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Dinamik pernah merasai zaman kegemilangannya pada awal tahun 2003 apabila pasarannya memasuki pasaran jualan di Greece. Apa yang lebih menarik ialah, ianya mendapat permintaan yang sangat tinggi di Greece. Namun begitu, tidak lama sehinggalah ianya dihentikan di Greece kerana spesifikasi Dinamik gagal melepasi standard piawaian pasaran kenderaan bermotor di Greece.

    Harga sebuah Dinamik tidak mahal dan ianya merupakan antara motosikal mampu milik di Malaysia. Sebuah motosikal Dinamik berharga dari RM5,749 tidak temasuk kos cukai jalan, pendaftaran dan juga insurans. Selain itu, Modenas turut menawarkan jaminan satu tahun untuk jarak perjalanan dibawah 10,000km. Secara keseluruhnnya, bukan sahaja kosnya mampu milik, malah penyelenggaraannya juga tidak mahal.

    Dinamik mempunyai potensi yang tinggi dalam pasaran tempatan dan luar Negara. Sudah tentu beberapa tahun lagi, motosikal keluaran Modenas ini akan mendapat permintaan yang berpanjangan dan juga mampu menembusi pasaran antarabangsa sepertimana ianya pernah dipasarkan di Greece.

    { 1 comment… add one }

    Leave a Comment