by: Syeikh Dr Akli Ahmad
Luahan kata Syeikh Dr Akli Ahmad
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un.
La Haula Wa La Quwwata Illa Billahi.
Kesemua yang berlaku adalah ketentuan Allah dan sememangnya ia mempunyai hikmah buat hambaNya yang beriman. Bukan hendak mengulas tetapi hiba di dada perlu diluahkan sekadar merubat jiwa. Sesungguhnya, peristiwa bersejarah hari ini telah mampu untuk melentur hati-hati yang sukar menangis, dan telah mengguris hati-hati yang sabar menantikan keputusan yang dilihat akan mempertahankan dustur yang diperjuangkan kuasa majoriti, dan ia adalah keputusan yang mempunyai pelbagai persoalan di sebaliknya. Secara fizikal keputusan ini nampak macam berat sebelah sedikti, iaitu pada mekanisma dan kayu ukur yang digunakan oleh pengadil.
Ini Kerana :
Penunjuk perasaan bukan hanya kumpulan Mu’aradhah yang ingin dijadikan suara mereka sebagai penentu keputusan malam ini.Ini kerana jutaan rakyat yang berteduh di bawah Muayyidin juga adalah rakyat Mesir yang perlu didengari bisikan sanubari mereka. Lagipun masing2 memiliki kerakyatan Mesir yang sah.
Walaupun kaedah yang digunapakai dalam politik ialah Maslahah ‘Ammah, namun apabila berlaku pertikaian antara dua kumpulan yang bertelagah, maka eloklah dirujuk kepada asal masalah iaitu kekalkan Presiden di tempatnya kerana dia telah pun menang dalam pilihanraya umum lalu dengan suara majoriti, tetapi perlu dilakukan pembaharuan dalam kabinet ataupun askar boleh mendesak untuk diwujudkan kerajaan campuran dan sebagainya.Hal ini kerana keputusan ini masih mengiktiraf tuntutan dua kumpulan walaupun Islam dilihat sedikit mengalah.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Namun jika ianya hanya mengambil kira perasaan Mu’aridhin sahaja sehingga boleh menggugurkan Presiden, bimbang keputusan ini akan membakar perasaan jutaan rakyat yang mempertahankan presiden dan akhirnya bertindak dengan sesuatu yang tidak disangkakan (harap ianya tidak berlaku). Bimbang ia akan menyebabkan Dharar yang lebih berat selepas ini.
Andai keputusan ini bersandarkan kepada suara rakyat, maka adakah selepas ini, jika penyokong Dr. Mursi turun ke medan Tahrir menuntut untuk menolak keputusan askar ini, secara aman dengan jumlah yang ramai, adakah suara mereka juga akan dilayan sebagai kehendak rakyat yang wajib didengari. Lalu akan berlaku sekali lagi pembatalan keputusan askar tadi. Jika kali pertama boleh berlaku, maka tidak mustahil ia akan berulang-ulang bila tidak ada persetujuan sebahagian rakyat.
Keputusan ini juga bimbang akan menjadi adat yang diteladani rakyat setelah perlantikan presiden baru kelak.Lalu akan berlaku pertukaran presiden bila ada rakyat tidak setuju dan menunjuk perasaan. Terpikir juga, andai Dr. Mursi bertanding dalam pilihanraya presiden akan datang dan menang, adakah puak Mu’aradhah sekarang akan menerima keputusan atau akan berlaku sekali tunjuk perasaan.
Berikutnya, kalaulah siaran TV yang menyokong presiden ditutup kerana tidak selari dengan kehendak tentera semasa ini, kenapa tidak pula ditutup siaran TV pembangkang sebelum ini yang juga tidak selari dengan kerajaan Mursi supaya tidak menimbullkan perpecahan dalam kalangan rakyat. Tapi sayangnya situasi akhir ini tidak berlaku.
Akhirnya: Bagaimana mampu untuk kita menjadi pengadil yang adil lagi jujur yang tidak mengabaikan maslahah terbanyak buat dua pihak yang tellibat. Susahkan untuk membuat keputusan yang hampir diterima semua..
Pemikiran ini hanya sekadar cebisan lintasan hati yang barangkali ada yang tidak bersetuju dengannya. maka berhak untuknya memberi pandangan berbeza. sekurang-kurang ia sebahagian daripada tanggungjawab terhadap sesama manusia. Wallahu Alam ….