Pada 17 Ramadhan 1424 bersamaan 12 November 2003 Parti Pembangkang Negara telah melancarkan Dokumen Negara Islam bertempat di Markaz Tarbiah Taman Melewar Gombak. Pelancaran tersebut merupakan satu usaha konsep Negara Islam yang diperjuangkan mengikut panduan-panduan wahyu yang berdasarkan kepada al-Quran, Sunnah Rasul, ijmak ulama dan qias menurut pendapat Parti tersebut. Menurutnya juga, usaha ini merupakan satu tugas dan tanggungjawab parti Islam bagi memenuhi hasrat memperkenalkan konsep negara Islam kepada masyarakat moden di dunia khususnya rakyat Malaysia. Tanggungjawab itu bukan sekadar bagi menjawab cabaran dan kekeliruan musuh-musuh politik bahkan merupakan intisari dari memorandum Negara Islam untuk rakyat sejagat amnya dan Islam khasnya, malah ia juga merupakan satu amanah dan tuntutan dari Allah SWT.
Pelancaran yang mendapat liputan hangat Negara itu menjadi isu utama di dada-dada akhabar dan perbualan di kalangan berbagai lapisan rakyat hingga artikel ini ditulis. Berbagai pihakjuga memberi respon terhadap pelancaran hersebut malah bagi pihak kerajaan sendiri memberi pandangan tersendiri ber’nubung isu ini. Walaupun bagi pihak kerajaan beranggapan bahawa usaha tersebut hanyalah satu propaganda politik Pembangkang, namun kita selaku mahasiswa Islam tidak tahu sejauh mana ketulusan dan ‘kejahilan’ manusia.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Pemaparan isu ini sebagai bahan bacaan kepada mahasiswa merupakan satu kajian ilmiah kepada kita sama ada kita mengetahui hakikat konsep Negara Islam yang sebenar ataupun hanya satu pengetahuan am yang tidak berpijak di bumi nyata. Inilah yang perlu kita kaji dalam mengenal pasti antara kebenaran dan kebatilan, antara ketelusan dan kepura-puraan. Benarkah kewajipan menegakkan Negara lslam adalah sama penting dengan kewajipan melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain? Benarkah pengumuman Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia sebuah Negara Islam menepati kehendak sebenar syariat Islam? Benarkah pelancaran Dokumen Negara Islam PAS merupakan propaganda politik semata-mata? Persoalan-persoalan inilah yang perlu dijawab dengan jawapan sebagai seorang mahasiswa Islam yang berilmu.
Jesteru, pelancaran Dokumen Negara Islam oleh parti Pembangkang tidak boleh dilihat dari kacamata politik semata-mata. Biarpun banyak pihak yang mempertikaikan kesohihan Dokumen tersebut dengan berbagai-bagai hujah dan alasan, namun selaku mahasiswa kita perlu menilai dan tidak boleh berpihak di mana-mana. Kemungkinan terdapat kebenaran di dalam dokumen tersebut yang boleh diterimapakai lantas dapat dilaksanakan di dalam Negara Malaysia. Dalam masa yang sama juga kita tidak lagi menerima apa-apa manhaj ataupun kertas kerja pelaksanaan Negara Islam yang dibuat oleh pihak kerajaan. Konsep manakah yang benar, dasar manakah yang betul? Hanya yang benar-benar berlandaskan al-Quran, Sunnah, ijmak ulama dan qias sahaja yang boleh diterima sebagai manhaj hidup. Jesteru, dengan konsep dan dasar yang benar itulah akan mewujudkan sebuah pemerintahan yang terlaksana di dalamnya aturan dan peraturan Islam serta mewujudkan sebuah kerajaan berkebajikan bagi masyarakat semua kaum dan semua agama sebagaimana yang telah dibuktikan pada zaman pemerintahan Rasullullah S.A.W di Madinah 1400 tahun lalu.