≡ Menu

Penipuan Menggunakan Pusat Tahfiz Amal

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • pusat

    BIASA LIHAT RESIT INI DI MANA2? BIASA TERJUMPA DENGAN ORANG YANG MINTA DERMA DAN PAKAI RESIT INI? BACA…

    Beberapa minggu yang lalu, aku baru sahaja keluar dari balai ketibaan selepas kembali dari Singapura. Dalam perjalanan pulang, aku berhenti di sebuah restoran di Seremban. Sudah lama aku tak makan di situ. Sedang aku menjamu selera, aku di datangi seorang budak lelaki yang aku rasakan usianya sekitar 10 atau 12 tahun.

    Budak : Assalamu alaikum Pakcik. Harap dapat beramal dan beri sumbangan untuk Pusat Tahfiz.

    Aku melihat budak itu. Sambil tersenyum dia menunjukkan buku resit bagi setiap sumbangan yang diberi oleh orang ramai. Aku tenung wajah budak tersebut.

    Aku : Datang dari mana ?

    Budak : Dari Kedah. Saya datang buat jualan amal, kutip derma.

    Aku : Jauuuuhhhnyaaaaa. Ni Seremban taw dik. Kedah ke Seremban ni, dekat 600km. Apasal sampai jauh sangat adik kutip derma. Orang Kedah sana takkan bakhil bakhil tak mahu beri sedekah ?

    Budak : Kami kutip derma banyak tempat pakcik. Kedah ada juga.

    Aku : OooooOoooo. Adik kutip derma apa ?

    Budak : Kami kutip derma untuk sekolah tahfiz kami di Kedah.

    Aku : OooOoooo … ishhhh ….. sekarangkan musim budak-budak sedang bersekolah, bukan musim cuti. Apasal adik tak masuk kelas belajar ?

    Budak : Kami sekolah swasta pakcik. Kami tak ikut sistem sekolah kerajaan.

    Aku : Isshhhh adik ni. Nak buat lawak lak. Sekolah swasta pun, kena apply permit dengan Kementerian Pelajaran dan kena ada sistem belajar dan ko-kurikulum. Ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

    Budak : Kami sekolah tahfiz pakcik. Kami belajar Al Quran saja.

    Aku : Oh ye ke ? ermmmm … OK laaa … memandangkan awak ni belajar sekolah tahfiz … Pakcik nak baca ayat Al Quran, lepas tu nak suruh awak sambung ayat tu OK ….

    Aku pun membaca 3 ayat dari surah Al Baqarah dari ayat 20 hingga 23.

    Aku : OK adik , sila sambung ayat yang pakcik baca tu. Kalau belajar tahfiz, tentu boleh sambungkan ?

    Budak tu dah cuak. Wajahnya dah pucat. …. Ermmm … ermmm … Saya belum hafal surah tu lagi pakcik.

    Aku : Isshhh … itu surah Al Baqarah, ayat 20 hingga 23. Takkan awak tak hafal ? sekali lagi saya nak tanya, sekolah awak ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

    Budak : Sekolah tahfiz pakcik. Kami mula baca dan hafal muqaddam saja.

    Aku : OK, kalau macam itu, cuba baca surah As Syams. pakcik nak dengar.

    Budak tu semakin pucat …… Saya belum hafal lagi pakcik.

    Aku tak puas hati. Aku pegang tangan budak tu agar dia tak lari ….. OK kalau macam tu, tolong baca surah Al Fatihah …

    Budak tu terkedu. Perlahan dia baca Surah Al Fatiha sampai habis.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Aku : Astaghfirullahalazim. …. Awak baca Al Fatihah pun tak betul. Makhraj Siin dengan Shad tak betul, tajwid lintang pukang. Sekali pakcik nak tanya, sekolah adik ni sekolah Tahfiz atau sekolah Tipu ? Sebelum adik jawab pakcik nak ingatkan. Orang yang menipu, ALLAH akan humban dalam api neraka. Kalau adik nak menipu, siapkan diri adik untuk masuk neraka.

    Budak tu dah menangis … tak terjawab.

    Aku : Adik nak masuk neraka ?

    Budak tu geleng kepala.

    Aku : Sekolah ni sekolah tipukan ?

    Budak tu angguk kepala.

    Aku : OK nanti adik bagitahu Ustaz, cakap Pakcik TAIKO pesan, takutlah dengan neraka ALLAH. Orang yang berdusta atas nama agama,mereka adalah orang munafik dan tempatnya lebih hina dari orang kafir di neraka.

    Berikut adalah maklumat berkenaan Pusat Tahfiz Amal yang aku perolehi dari resit budak tu :

    Pusat Tahfiz Amal
    Km. 17. Jalan Yan Kuala Kedah
    Mkm. Kangkong
    06600 Alor Setar,
    Kedah.
    No. Telefon : 04-7647640 / 019 3893544

    Bila aku google berkenaan Pusat Tahfiz Amal ni, rupa-rupanya sudah banyak kes. Tapi aku hairan mengapa pihak berkuasa KHUSUSNYA DI KEDAH tidak mengambil tindakan.

    Antara aduan dan rungutan yang aku temui ialah :

    1. Pusat Tahfiz Amal ? http://penaummi.blogspot.com/2011/04/pusat-tahfiz-amal.html

    2. Guru Pusat tahfiz Ditangkap http://www.mazidulakmal.com/2011/08/guru-pusat-tahfiz-ditangkap.html

    3. Pelajar Kutip Derma http://www.info-gallery.org/2012/01/peralat-pelajar-kutip-derma-main-perlu.html

    4. Peminta Derma http://ummi-iman.blogspot.com/2012/04/peminta-derma.html

    5. Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja http://ondscene.my/isuanalisis/pusat-tahfiz-pergunakan-remaj

    6. Paksa Anak Yatim Cari Dana http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

    7. 4 Guru Ditahan Jual Nama Anak Yatim Untuk Raih Simpatihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

    Seandainya operator Pusat Tahfiz Amal ini ada membaca posting aku ni, aku menyeru kepadanya agar bertaubatlah. Mempergunakan agama serta memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan wang ringgit adalah satu perbuatan yang BUKAN dari ajaran Islam. Malah perbuatan Pusat tahfiz Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana masyarakat akan meragui aktiviti pusat tahfiz/anak yatim yang sebenar.

    Tulisan ini tiada Copyright. Sila sebarkan jika ada manfaat demi menyedarkan masyarakat agar tidak timbul fitnah ke atas Ma’had Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang benar-benar menjalankan operasi berlandaskan syariat. -HAMBA ALLAH-

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment