by:Muhamad Mumtaz Harun
PRESIDEN MESIR MOHAMED MORSI DIGULINGKAN, JAWATAN PRESIDEN DIPEGANG OLEH KETUA HAKIM MAHKAMAH TINGGI, MENTERI PERTAHANAN (KETUA TENTERA) PENGKHIYANAT BESAR.
Bangun seawal pagi.. Ku lihat siaran Al-jazeera misr sudah berubah wajah.. semalam saluran TV ini menyiarkan gambaran seluruh mesir, terbanyak adalah suasana setiap negeri yang mana kedapatan himpunan berjuta-juta bahkan puluhan juta mungkin diseluruh negara, menyokong dan mendokong pimpinan Presiden mursi. penentang morsi hanya kelihatan di dataran tahrir dan istana ittihadiyah, hanya sekitar 2 juta orang.
Tetapi baru sebentar tadi, Al-jazeera misr juga sudah tidak berani mengeluarkan gambaran dan liputan seperti sebelum ini (kerana Morsi sudah jatuh). liputan di fokus ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah. kalau Al-jazeera mesir masih berani beri liputan kepada pihak penyokong mursi di seluruh negara, pasti mereka juga mendapat padah seperti beberapa stensen TV lain.
Stesen Misr25 telah di tutup oleh junta tentera mesir. dan beberapa stesen lain. stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin “Misr25” Salafi, “Rahmah” dan “An-Nas” ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi. Stesen TV ini ditutup sejurus selesai ucapan ketua tentera di media (menteri pertahanan mesir yang dilantik mursi/pengkhiyanat).
Berita dari ikhwan, menyebut, timbalan menteri KDN mesir, merangkap ketua polis kaherah, telah ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah bersama gerombolan polis, untuk memberi air mineral dan jus kepada puak tamarrud/golongan mubarak. sedangkan di himpunan masjid rabaah (penyokong mursi) dikepung tentera, dan amaran tembakan ke udara diberikan untuk menakut-nakutkan penyokong presiden mursi.
Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi (tentera) adalah menteri pertahanan yang dilantik Presiden mesir Mohamed Morsi, menggantikan tontowi yang dipecat (kemudian diangkat menjadi penasihat presiden).
Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi:
1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Ini bermakna, mursi digulingkan, kuasa presiden diberi kepada ketua hakim. umum ketahui, didalam badan kerajaan, jawatan-jawatan tinggi masih dikuasai oleh puak mubarak. sudah pasti perancangan jahat dan licik ini disusun rapi, demi memastikan mesir diperintah oleh jenama Mubarak. mubarak berpotensi bebas, sekali dengan sekutu-sekutunya.
Perancangan ini disusun oleh amerika syarikat dan barat, serta beberapa negara arab, untuk memastikan rejim mubarak/sekutu Bashar kembali berkuasa.
Berdasarkan kepada 3 perkara penting disebut oleh menteri pertahanan/ketua tentera di atas, perlembagaan yang baru diluluskan pasti terbatal, maka perlembagaan mubarak kembali berkuasa, presiden rakyat tidak diiktiraf maka presiden rejim mubarak/sekutu Bashar diangkat semula dan kuku besi wajib rakyat terima, dekri rakyat dibatalkan dan dekri jenama mubarak akan bertahta semula.. semuanya ini Jalan hendak mematikan pergerakan islam, dan mengangkat semula pentadbiran menjahanamkan islam/rejim mubarak.. Betapa berjayanya kerja-kerja amerika dan barat serta pihak yahudi untuk menjahanamkan pendokong islam.
Dr. Morsi, Presiden Republik Arab Mesir mengesahkan bahawa apa yang diumumkan melalui Perintah Ketua Angkatan Tentera adalah suatu yang tidak boleh diterima dan merupakan suatu rampasan kuasa tentera yang ditolak secara total bagi sebuah negara yang bebas dan bagi yang berjuang untuk menjadikan Mesir sebuah negara sivil demokratik.
Presiden Dr. Morsi yang merupakan Presiden Republik Arab Mesir dan juga Komander Tertinggi Angkatan Tentera, menegaskan bagi tentera dan rakyat awam supaya mematuhi perlembagaan dan undang-undang dan menolak rampasan kuasa yang membawa Mesir kembali kepada kemunduran dan mengekalkan keamanan dan mengelakkan pertumpahan darah.
Dan bagi semua mestilah memelihara tanggungjawab mereka di hadapan Allah, bangsa dan sejarah.
Sementara Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh digulingkan melalui tiga cara:
1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri.
2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.
3) Pengkhianatan terbesar.
Malam ini (waktu mesir), terbuktilah hakikat sebenar taktik golongan sekular extrem sekutu bashar di mesir. taktik ketiga digunakan. Pengkhianatan terbesar oleh Abdul Fatah As-Sisi dan pakatannya.
Sumber Keselamatan: Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara.
Antara mereka ialah Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed Badik (Mursyidul Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni)
DIHARAPKAN MORSI DAN BARISANNYA DAPAT BERTAHAN DAN DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH UNTUK MENCABAR SERTA BERTARUNG MENJAHANAMKAN KERJA JAHAT PENENTANG ISLAM DARI JUTA TENTERA SERTA PENGKHIYANAT ISLAM DARI GOLONGAN TAMARRUD, BARADAE, AHMAN SYAFIQ, HAMDEN SOBAHI, AMR MUSA DARI GOLONGAN SEKUTU BASHAR, AMERIKA, BARAT DAN YAHUDI..