Kadangkala, kita sering berasa tidak bahagia dengan apa yang kita miliki. Baikdari segi rumah tangga mahupun dari segi kewangan. Ramai yang sering merungut bahawa setiap apa yang dilakukan tidak mencukupi keperluan hidup sedangkan pendapatannya mengguning tinggi. Dari situ, timbullah isu salah menyalah sesama sendiri sehingga berlakunya pergaduhan yang tidak diingini.
Walaubagaimanapun, sedarkah kita bahawa punca hati kita tidak bahagia bukanlah disebabkan kekurangan dari sudut material. Sebenarnya, puncanya ialah sifat mazmumah atau sifat buruk yang ada pada diri kita yang mempengaruhi pemikiran dan minda kita. Perkara ini bukan sahaja merbahayakan diri sendiri,tetapi merbahayakan aspek-aspel kehidupan yang lain seperti sumber pendapatan, pekerjaan dan sebagainya. Terdapat beberapa sifat yang menyebabkan hati tidak berasa bahagia. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah –
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam –
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
**Dendam ni sebenarnya suatu sikap yang kerap menjadi anak panah syaitan yang kategori utama, jadi, siapa yang ade sifat pendendam di dalam hatinya,belajarlah buang sikap ni.
3. Hasad dengki –
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.
4. Bakhil –
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain.
5. Tamak –
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga…lagipun orang tamak selalu rugi..
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar –
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja)
**Selalunya banyak orang tak sabar dengan apa yang diuji oleh Allah dengan ujian, namun walau bagaimanapun,sikap tidak sabar ini akan menjerumuskan ia ke dalam kesusahan, orang yang bersabar akan merasakan ianya sedikitpun tidak susah walaupun berat di mata orang.
7. Ego –
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak –
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada…
9. Cinta dunia –
Tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. ..
** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
**Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka Dengan dunia … buruklah padahnya…
“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.”
orang yg hebat adalah org yg sabar. hati yg tenang membuatkan kita bahagia dan tenang membuat keputusan. banyakkan amalan soleh dan selawat. berfikir sebelum bertindak.