≡ Menu

Syed Qutb, Ulama yang Disegani….

  • Murah Giler barang-barang ni Jom Tengok dulu !!
  • Al-Maqhfurulahu al-‘Arif billah as-Syahid Sayyid ibn Qutb Ibrahim
    telah dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Musyah, daerah Asyut, Egypt
    dalam satu keluarga yang kuat mematuhi ajaran agama dan mempunyai
    kedudukan yang terhormat di kampung itu.
    Bapanya Haji Qutb Ibrahim seorang yang disegani umum dan banyak
    berbakti kepada orang-orang miskin. Setiap tahun beliau menghidupkan
    hari-hari kebesaran Islam dengan mengadakan majlis-majlis jamuan dan
    tilawah al-Quran di rumahnya terutama di bulan Ramadhan. Ibunya juga
    seorang yang bertaqwa dan menyintai al-Quran. Ketika majlis-majlis tilawah
    al-Quran diadakan di rumahnya, ia mendengar dengan penuh khusyu’,
    dengan seluruh perasaan dan jiwanya. Pemandangan ini begitu melekat
    dalam ingatan anaknya Sayyid Qutb yang masih kecil di waktu itu dan
    menjadi kenangan yang manis dalam usia selanjutnya sehingga beliau pernah
    berangan-angan mempunyai suara yang merdu dan lunak seperti para qari
    untuk memperdengarkan tilawah al-Qur’an kepada ibunya yang menyintai
    al-Qur’an, tetapi beliau tidak sedar bahawa takdir ilahi tidak melahirkannya
    untuk menjadi seorang qari yang bersuara emas, malah untuk menjadi
    seorang muffasir yang agung di zamannya.
    Beliau telah menghafal al-Qur’an sejak dalam usianya yang belum
    mencecah sepuluh tahun dan dengan itu beliau telah merealisasikan cita-cita
    dan impian ayah dan ibu yang dikasihi dan beliau telah merakamkan hutang
    budi keduanya yang telah menanam benih-benih kecintaan kepada al-Qur’an
    di dalam kata persembahan dua buku karya sulungnya yang terkenal di
    dalam pengajian al-Qur’an.Di sepanjang zaman kanak-kanak dan remajanya beliau telah memperlihatkan petanda-petanda kecerdasan yang tinggi dan bakat-bakat yang cemerlang yang menarik perhatian para guru dan pendidiknya, di samping memperlihatkan kegemaran membaca yang lahap, keberanian mengemukakan pertanyaan-pertanyaan dan mengeluarkan pendapatpendapat yang bernas.

    Beliau sentiasa mendampingi al-Quran sehingga beliau memasuki
    Kuliah Darul ‘Ulum sebuah institusi pengajian tinggi Islam dan sastera Arab
    yang terkenal di seluruh dunia Islam, di mana kefahaman al-Qur’aniyah dan
    pemikiran Islamiyah beliau semakin subur dan terserlah. Setelah
    menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri di bidang
    keguruan dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran
    Kementerian Pelajaran di Qahirah.
    Kini nama beliau begitu terkenal selaku seorang penulis yang prolifik
    yang bukan sahaja menulis dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah
    ilmiyah yang terkemuka, malah menerbitkan majalah-majalah yang lebih
    berwawasan dari majalah-majalah yang wujud masa itu hingga
    menggugatkan pihak-pihak yang tertentu. Penulisan-penulisan beliau diminati ramai terutama generasi muda. Mereka tertarik dengan penjelasanpenjelasan yang tajam, pendedahannya yang berani dan analisisnya yang mendalam.
    Setelah merasa cukup matang, maka pada tahun 1945 beliau
    memutuskan untuk memulakan penulisan buku-buku. Ketika itu usia beliau
    menghampiri empat puluh tahun. Dan sejak tahun itu hingga ke tahun 1950
    beliau telah berjaya menghasilkan dua puluh enam buah buku yang bermutu
    dalam berbagai-bagai bidang penulisan sastera Islamiyah.
    Pada tahun 1948 beliau dihantar ke Amerika untuk mempelajari sistem
    pengajian dan pembelajaran di negeri yang termaju itu dan selama hampir
    dua tahun berada di sana beliau telah membuat kajian yang lebih mendalam
    dalam bidang yang menyangkut pendidikan dan pelajaran di negeri itu, iaitu
    beliau telah melakukan pengamatan-pengamatan yang luas mengenai
    kehidupan Amerika yang banyak mengecewakannya. Kini beliau telah
    melihat dan mengenal tamadun Amerika dari dekat. Kemudian dalam
    suratnya kepada pujangga Taufiq al-Hakim beliau menulis: “Amerika
    mempunyai segala sesuatu kecuali roh.”
    Sekembalinya dari Amerika beliau memutuskan untuk menumpukan
    seluruh hayatnya kepada pengajian lslamiyah dan harakat Islamiyah dan
    meninggalkan gelanggang sastera yang menjadi gelanggang peminatannya di
    zaman silam. Sewaktu merakam titik peralihan ini beliau menulis:
    “Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yang hidup membaca
    selama empat puluh tahun genap.

    Kegiatannya di peringkat pertama ialah
    membaca dan menelaah kebanyakan hasil-hasil pengajian dalam berbagaibagai bidang pengetahuan manusia termasuk kajian yang menjadi bidang ikhtisasnya dan kajian-kajian yang menjadi bidang kegemarannya. Dan pada akhirnya ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang kepada sumber ‘aqidah (alQur’an), pandangan dan kefahamannya. Dan di sana ia dapati bahawa
    seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan
    potensi-potensi ‘aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat
    agungnya. Walau bagaimanapun ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya
    selama empat puluh tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu ia
    berjaya mengenal hakikat jahiliyah, mengenal penyelewengnya,
    kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiaannya dan
    dakwaan-dakwaannya yang karut. Sejak itu ia sedar dengan penuh
    keyakinan bahawa seorang Muslim tidak boleh menyatukan dua sumber
    ilmu pengetahuan yang berlainan itu untuk diterima olehnya.
    Tahun 1951 – 1964 merupakan masa peralihan beliau kepada
    penulisan-penulisan Islamiyah yang serius dan cemerlang di samping
    merupakan tahun-tahun yang amat produktif di mana lahirnya karya-karya
    agung yang menjadi buku-buku warisan Islamiyah yang penting di zaman ini
    dan di zaman-zaman mendatang. Dan karya yang menjadi mercu tanda daya
    penghasilan intelektualnya ialah tafsir “Fi Zilalil-Qur’an” dan juzu’ pertama
    dari tafsir ini muncul pada tahun 1952 dan beliau telah menyelesaikan penulisan tafsir ini sebanyak tiga puluh juzu’ pada akhir tahun lima puluhan, iaitu mengambil masa kira-kira hampir lapan tahun.

    Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

    Tafsir Fi Zilalil-Qur’an adalah ditulis dengan bersandarkan kepada
    kajian-kajian beliau yang mendalam, yang ditimba secara langsung dari alQur’an dan as-Sunnah, di samping bersumberkan kepada kitab-kitab tafsir
    yang mu’tabar. Beliau memasuki ke dalam penulisan tafsir ini setelah
    melengkapkan dirinya dengan pengalaman-pengalaman dan kajian-kajian
    yang kaya di bidang penulisan, keguruan, pendidikan dan pengamatannya
    yang luas dan tajam dalam perkembangan-perkembangan sosial dan politik
    dunia semasa. Beliau telah menghabiskan lebih dari separuh usianya dalam
    pembacaan dan penela’ahan yang mendalam terhadap hasil-hasil intelektual
    manusia di dalam berbagai-bagai bidang pengajian dan teori-teori, berbagaibagai aliran pemikiran semasa dan berbagai-bagai kajian mengenai agama-agama yang lain.
    Di samping itu tafsir Fi Zilalil-Qur’an adalah ditulis dengan tinta derita
    dan sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila
    kuasa yang zalim di zaman itu. Beliau telah menjalani penyeksaan fizikal
    yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan dan seluruh kesengsaraan ini
    telah membuat seluruh entiti beliau tertumpu kepada Allah dan kepada
    penghayatan al-Qur’an, di mana beliau hidup di bawah bayangan al-Qur’an
    dengan seluruh jiwa dan perasaannya dan hidup sebagai seorang penda’wah
    yang ‘arifbillah, sabar, gigih, redha, tenang, tenteram, berserah bulat kepada
    Allah, tidak mengenal kalah dan putus asa. Semuanya itu merupakan faktorfaktor penting yang melahirkan tafsir “Fi Zilalil-Qur’an” di dalam bentuknya yang unik yang mengatasi tafsir-tafsir yang lain.
    Sebelum memasuki ke dalam pentafsiran isi kandungan al-Qur’an beliau
    telah membuat kajian yang mendalam selama beberapa tahun untuk
    mencungkil rahsia-rahsia struktur pengungkapan al-Qur’an dan uslub
    penyampaiannya yang indah dan penuh mu’jizat. Hasil kajian Qur’aniyahnya
    yang ulung itu telah dibukukan dengan jodol “ﺍﻟﻘﺮﺃﻥ ﰲ ﺍﻟﺘﺼﻮﻳﺮﺍﻟﻔﲎ“
    (Penggambaran Yang Seni Di Dalam Al-Qur’an) diterbitkan pada tahun 1945
    kemudian diiringi pula dengan buku ”ﺍﻟﻘﺮﺃﻥ ﻣﺸﺎﻫﺪﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔﰲ” (Pemandanganpemandangan Qiamat di Dalam Al-Quran) diterbitkan pada tahun 1947
    sebagai huraian dan pelengkap kepada bukunya yang pertama. Hasil kajian
    yang gemilang ini telah disifatkan oleh para pengkaji sebagai anak kunci
    yang dikurniakan Allah kepada beliau untuk membongkarkan rahsia-rahsia
    keindahan al-Qur’an yang unik itu. Dan buku-buku inilah yang banyak
    dirujukkan oleh beliau dalam tafsirnya, yang lahir kira-kira tujuh tahun
    selepas lahirnya bukunya yang pertama itu.
    Tafsir Fi Zilalil-Qur’an berbeza dari tafsir-tafsir yang lain apabila
    beliau menggunakan satu methodologi pentafsiran yang membersihkan
    pentafsiran al-Quran dari pembicaraan-pembicaraan sampingan dan selingan
    yang tidak disarankan oleh nas-nas al-Quran. Justeru itu beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan-perbahasan bahasa dan tata bahasa, perbahasanperbahasan ilmu al-kalam dan ilmu fiqah dan dari cerita-cerita dongeng israeliyat yang lumrah dalam kebanyakan tafsir termasuk tafsir-tafsir yang terkenal sebagai sumber-sumber rujukan. Di samping itu beliau juga menjauhkan tafsirnya dari menundukkan nas-nas al-Qur’an kepada penemuan-penemuan dan pendapat-pendapat sains yang sering dilakukan oleh orang-orang yang terlalu ghairah untuk mendampingkan pentafsiran alQur’an dengan pentafsiran sains, sedangkan sumber kedua-dua tafsir itu adalah berlainan iaitu al-Qur’an bersumberkan wahyu dari Allah pencipta yang mengetahui segala sesuatu sementara sains bersumberkan intelektual manusia yang tidak syumul, tidak mantap dan sering berubah-ubah.

    Beliau telah menyifatkan perbahasan-perbahasan sampingan itu
    sebagai campuraduk yang merosakkan jalan penyampaian al-Qur’an yang
    indah, lurus dan jelas dan seterusnya menyifatkan perbahasan-perbahasan itu
    sebagai halangan-halangan “yang melindungkan al-Qur’an dari jiwa saya
    dan melindungkan jiwa saya dari al-Qur’an.”
    Walaupun tafsir Fi Zilalil-Qur’an telah selesai ditulis dan walaupun
    masih meringkuk di dalam penjara, namun beliau masih belum puas
    menimba lautan kalamullah. Ufuk-ufuk pemikirannya yang meluas, gagasangagasan Islamiyah yang segar dan baru, pandangan-pandangan dan
    perasaan-perasaan kesedarannya yang lebih halus merangsangkan hati dan
    jiwanya, justeru itu pada awal tahun 1960 beliau sekali lagi tampil dengan
    penuh dedikasi mengemaskinikan tafsir Fi Zilalil-Qur’an dengan
    menokokkan huraian-huraian tambahan yang baru dan penghalusan-penghalusan yang perlu untuk menjadikan tafsir itu sebuah tafsir haraki yang sempurna. Usaha ke arah itu menjadi lebih lancar apabila beliau dibebaskan dari penjara dengan campurtangan Presiden Republik Iraq Abdul Salam ‘Arif pada masa itu. Dalam kesempatan ini beliau telah berjaya membuat pembaharuan tafsir itu hingga ke juzu’ yang ketiga belas di mana tamatnya Surah Ibrahim, tetapi beliau tidak sempat mengemaskinikan juzu yang baki, kerana beliau tiba-tiba ditangkap kembali atas tuduhan-tuduhan yang palsu dan zalim.
    Setelah diundang ke alam para syuhada’ tafsir Fi Zilalil-Qur’an
    merupakan satu-satunya tafsir yang paling luas tersebar di seluruh dunia
    Islam di zaman ini, di samping menjadi bahan-bahan kajian dan rujukan
    utama para ulama’ dan para mufassirin. Ujar Dr. Hasan Farahat: “Tafsir Fi
    Zilalil-Quran” telah menjadi begitu terkenal dengan sebab Sayyid Qutb
    (Rahimahullah) telah menulis tafsir ini sebanyak dua kali; kali pertama ia
    menulis dengan tinta seorang alim dan kali kedua dia menulis dengan darah
    syuhada’. Ujar Yusof al-‘Azym” “Tafsir Fi Zilalil-Qur’an” adalah wajar
    dianggap sebagai suatu pembukaan Rabbani yang diilhamkan Allah kepada
    penulisnya. Beliau telah dianugerahkan matahati yang peka yang mampu
    menanggap pengertian-pengertian, gagasan-gagasan dan fikiran yang halus
    yang belum dicapai oleh mana-mana penulis tafsir yang lain. Adalah jelas
    sekali bahawa keimanan beliau yang tulen, pembacaan beliau yang luas, pengalamannya yang mendalam dan bakat-bakat semulajadinya yang gemilang telah menjadikan tafsir Fi Zilalil Qur’an sebuah tafsir yang unik dan secara adil dapat diletakkan di kemuncak tafsir-tafsir yang lama dan yang baru, di mana terkumpul penjelasan-penjelasan yang syumul, himpunan ilmu pengetahuan, huraian yang citarasa dan da’wah yang lantang ke arah mengulangi semula hayat Islamiyah”, sementara Dr. Saleh Abdul Fatah alKhalidi pengkaji karya-karya Sayyid Qutb dan penulis biografinya yang terkenal telah berkata: “Sayyid Qutb dalam tafsir “Fi Zilalil-Quran” adalah dianggap sebagai mujaddid di dalam dunia tafsir, kerana beliau telah menambahkan berbagai-bagai pengertian dan fikiran haraki, dan berbagaibagai pandangan tarbiyah yang melebihi tafsir-tafsir yang lalu, juga dianggap sebagai pengasas pengajian baru dalam ilmu tafsir, di mana beliau telah memperkenalkan aliran tafsir haraki.”

    Itulah liku-liku hidup yang penuh bersejarah yang dilalui oleh al-alim
    ar-Rabbani Sayyid Qutb dalam perjalanan menamatkan pengembaraannya
    yang jauh di bawah bayangan al-Qur’anul-Karim dan meninggalkan hasil
    pengembaraannya yang kekal abadi kepada umat Muslimin.
    Kemudian di waktu fajar hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan
    29 Ogos 1966 beliau telah menemui syahadatnya di tiang gantung setelah
    didapati bersalah oleh “Mahkamah Tentera” yang telah ditubuhkan oleh
    kerajaan revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah
    pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang-orang yang tidak
    berdosa. Hukuman gantung itu telah dilaksanakan secara mendadak ke atas
    al-Marhum tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan menolak secara
    tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Al-Marhum Faisal ibn
    Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari
    hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut
    oleh Kerajaan Mesir.

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    %d bloggers like this: