≡ Menu

Tentera Mesir dan Israel Bekerjasama Di Sinai

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Mesir dan Israel hari ini sedang menyelaras keselamatan yang terbesar dalam dekad di Kaherah dalam menentang pengganas di Sinai menurut seorang jurucakap tentera dalam kenyataannya yang pertama mengenai perkara komunikasi antara negara jiran.

    Kolonel Ahmed Mohamed Mohamed Ali berkata dalam sidang akhbar di Kaherah pada hari Sabtu, bahawa terdapat 32 penjenayah telah terbunuh manakala 38 lagi ditangkap yang terdiri daripada warga Mesir dan bukan warga Mesir sejak operasi itu dimulakan pada 7 Ogos.
    “Mesir sedang menyelaraskan dengan Israel tentang kehadiran tentera Mesir yang lengkap bersenjata di Sinai, dan mereka tahu tentang pekara ini,” katanya lagi.

    “Penempatan kawasan tentera di semua wilayah Sinai tidak melanggar perjanjian antara Mesir dan Israel.”

    Menurut sumber diplomatik Israel yang meminta untuk tidak dikenali,ianya mengesahkan akan kenyataan Ali dan memberitahu agensi berita bahawa terdapat dialog perbincangan antara Mesir dan Israel mengenai isu ini.

    Kolonel Ahmed Mohamed Mohamed Ali turut menambah bahawa operasi di Sinai tetap diteruskan sehingga matlamatnya tercapai, akan tetapi ianya bukan sahaja matlamat ketenteraan tetapi juga untuk matlamat pembangunan di Sinai.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Siri serangan di Sinai bermula selepas pihak pengganas membunuh seramai 16 orang pengawal sempadan pada 5 Ogos. Ianya juga merupakan antara serangan terburuk sejak peperangan Mesir dan Israel pada tahun 1973.

    Dikatakan golongan puak-puak Badwi selama ini telah mengadu akan pengabaian kerajaan pusat sebelum ini.
    Kira-kira beratus-ratus tentera, kereta kebal, kereta perisai dan helikopter telah diletakkan di Sinai dalam operasi bersama-sama dengan pihak polis dalam usaha menyerang semua tempat persembunyian penjenayah. Dalam operasi itu, pihak polis dan tentera juga telah menyita senjata yang dijumpai dalam operasi yang dijalankan.

    Menurut sumber keselamatan pada minggu ini, pihak tentera Mesir telah menggantikan beberapa buah kereta kebal dan kereta perisai.

    Ali juga menolak idea Mesir untuk menarik keluar peralatan senjata berat sebagai usaha tindak balas tekanan terhadap Israel. Katanya lagi,” Operasi ini telah memasuki fasa baru dan ianya memerlukan peralatan yang berbeza.”

    Dunia Maklumat

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment