≡ Menu

Tips Bisnes Internet – Laman Web Hodoh

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Kita seharusnya faham bahawa konsep perniagaan di internet dan perniagaan fizikal tidak terlalu banyak bezanya. Jika perniagaan fizikal memerlukan bangunan atau ruang kedai untuk berniaga, perniagaan internet pula memerlukan laman web untuk mempamerkan produk.

    Cuba bayangkan situasi ini, dimana anda memerlukan sesuatu produk untuk menyelesaikan masalah anda.

    Anda mencari dan terus mencari, dari satu kedai ke satu kedai namun tidak juga menemuinya. Sehinggalah, seorang rakan anda mencadangkan anda pergi ke sebuah kedai di pinggir bandar. Anda pun pergi ke kedai tersebut…tapi, langkah anda tiba – tiba terhenti. Dihadapan anda, sebuah kedai yang sudah uzur, cat bangunannya sudah terkopak, dindingnya ditampal dengan zink dan compang – camping dengan poster yang lusuh. Apabila anda mula mendekati kedai tersebut, anda melihat barang – barang yang dijual diletakkan diatas lantai sahaja tanpa disusun…Dan anda mula terfikir…

    “Teruknya kedai ni…”
    “Biar betul kedai ni, macam kandang kuda je..”
    “Isk…gelilah nak masuk, macam rumah hantu la kedai ni”
    “Bagus cari tempat lain jer…”

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Begitu juga situasinya, apabila laman web kita tidak kemas dan hodoh. Walaupun anda mungkin menjual produk yang baik, namun persepsi awal para pelawat sebaik sahaja melihat laman web anda amat penting. Laman web yang hodoh, dan isi kandungan yang berterabur akan menghilangkan minat para pelwat untuk melayarinya apatah lagi mahu membeli.

    Maka, jadikanlah laman web anda sedap mata memandang dan struktur kandungannya kemas. Gunakan grafik yang ringkas dan jenis tulisan yang senang dibaca. Sebenarnya, tidak perlu menggunakan grafik yang terlalu canggih dengan tulisan yang berkelip – kelip dan berterbangan ke sana sini kerana ia akan mengganggu fokus pelawat website anda.

    Isi kandungannya pula, gunakanlah bahasa yang senang difahami dan struktur ayat serta grafik berkaitan disusun mengikut aturan yang sepatutnya. Highlight kan point – point penting sahaja dan yang penting, nyatakan kelebihan serta faedah produk anda. Ini disebabkan, pelanggan membeli kerana mahukan faedah yang bakal diperolehi.

    Jika anda tidak mahir membina website, bolehlah mengupah designer dan kosnya sekitar RM60 – RM300, bergantung kepada ciri – ciri website yang anda mahukan. Kalau anda mahu belajar buat sendiri, lagi baik tetapi ia mungkin memakan masa.

    Apa yang penting bersabar dan fokus..

    by: Anas Al Muhammad

    { 2 comments… add one }
    • Iskandar 18/07/2014, 5:14 am

      Laman web hodoh sebenarnya dah berkurang. Tapi diganti dengan laman web berat yg sarat iklan.

      • admin 03/08/2014, 11:28 am

        betul tu tuan.. suka sangat kalau laman web tu ringan dan senang nak masuk 🙂

    Leave a Comment