≡ Menu

Tips Menghilangkan Bintik Hitam Pada Muka

Bintik Hitam Pada MukaBintik hitam atau dikenali sebagai “Black head” menjadi suatu masalah kepada seseorang yang mempunyai bintik hitam di wajah nya. Keadaan tersebut menyebabkan seseorang hilang keyakinan dan merasa tidak selesa. Bintik hitam terjadi kerana terapat liang-liang pori yang tersumbat yang disebabkan oleh debu, kosmetik dan kotoran yang tidak dibersihkan dengan betul. Antara tips yang boleh digunakan untuk menghilangkan bintik hitam adalah:

  • Menggunakan krim penghilang pori

Krim kecantikan seperti pore cleanser senang diperolehi di kedai-kedai yang berhampiran. Pastikan anda membeli pembersih pori yang tulen bukan tiruan untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak di ingini.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

  • Menggunakan telur

Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Kemudian, tampal tisu di di bahagian yang ditumbuhi bintik hitam tersebut. Tanggalkan tisu setelah ia mulai kering. Selepas itu, basuh muka dengan bersih serta menggunakan pencuci muka yang bersesuaian. Anda boleh lakukan petua ini sebanyak dua kali dalam seminggu.

  • Beras pulut dan kayu manis

Petua tradisional juga berkesan untuk menghilangkan pori di wajah. Caranya, campurkan kulit kayu manis dengan beras pulut. Setelah itu, goreng tanpa menggunakan minyak sehingga ia nampak kekuningan. Cara penggunaannya, kisar lalu gosokkan pada muka dua kali dalam seminggu.

  • Daun nangka

Cara menggunakan nya adalah dengan melumutkan sehelai daun nangka yang tua dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian, setelah siap sapukan pada muka yang dibersihkan. Setelah itu, bersihkan bahagian muka dengan air suam.

  • Pencuci muka

Gunakan pencuci muka yang bersesuaian untuk anda sebagai langkah penjagaan muka dan mengelakkan pertumbuhan pori. Amalkan dua kali sehari mencuci muka iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Selamat mencuba…

{ 8 comments… add one }
  • AUC 01/05/2014, 1:24 pm

    hmmm kenal amalkan ni
    tq bro atas perkongsian ni

  • Bagitau 04/05/2014, 7:24 pm

    Saya dah cuba dah, boleh guna di lutut juga.

  • ezzati 10/06/2014, 8:03 pm

    klau ade kesn tompok hitm2 sikt kat mulut nie bleh gena jugk ker……… minx penjelsn pless 🙂

  • afedatul sahadah 09/12/2014, 2:38 pm

    tq akhirnya menjadi gak

  • Farina Al-Khareid 17/06/2015, 11:23 am

    satu tips yang bagus. skrg ni banyak produk yang dapat menghilangkan bintik hitam ni. ambil la vitamin c kerana ia bagus umtuk kulit.

  • Martha patrick 08/02/2016, 10:48 am

    Betul ke dgn cra ni dpt brkesan

  • mya 13/05/2016, 11:15 am

    Menjadi💕

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.