≡ Menu

Zakat Hutang

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Zakat hutang?

    Setahu kita…jika kita berhutang, maka ada la peluang untuk tidak berzakat. Sebab…ada yang kata, kita wajib menjelaskan dulu hutang tu baru kena zakat…maknanya, ada le peluang nak lari dari zakat..ish-ish-ish..tak baik cenggitu, niat tu dah tak betul dah!

    Baiklah, sekiranya anda membuka beberapa kitab, misalnya al-Mufassal karangan Dr Abdul Karem Zaidan..ada disebutkan tentang Zakat Hutang. Zakat Hutang ini bermaksud, harta kekayaan itu milik kita; tetapi berada di bawah tangan atau jagaan orang lain. Jika wang, wang itu kita yang punya, namun diberikan sebagai pinjaman kepada orang lain.

    Para ulama mempunyai pandangan bahawa, seseorang pemiutang (pemberi hutang) wajib mengeluarkan zakat harta yang diberikannya sebagai hutang setelah dia memperolehi kembali hutang itu, berdasarkan jumlah tahun yang wajib dizakatkannya. Inilah pun pandangan As-Syafiee sebagaimana yang telah direkodkan. Ia turut dikongsi oleh imam Hanbali di samping Hanafi yang mengkategorikan pula hutang kepada jenis Hutang Kuat, Hutang Lemah dan Hutang Pertengahan.

    Jadinya..Wang yang kita pinjamkan kepada orang lain tidak wajib dikeluarkan zakat selama wang itu berada dalam tangan peminjamnya. Apabila wang itu diperolehi kembali, barulah wajib dikeluarkan zakat jika cukup nisabnya. Zakat dikeluarkan sebaik sahaja diterima dari peminjamnya dan tidak perlu menunggu genap haul (tempoh setahun) kerana ia tergolong halam al-Mal al-Mustafad yang telah dijelaskan tadi. Selain itu, tidak dituntut mengqadha bayaran bagi tahun-tahun yang lepas. (Fiqh az-Zakah,Dr. Yusuf al-Qaradhawi. 1/157)

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Sebenarnya terdapat pelbagai pandangan ulamak bagi masalah di atas. Pandangan yang kita kemukakan di atas merujuk kepada pendapat sebahagian ulamak semasa hari ini terutamanya Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh Zakatnya. Jika masalah ini dirujuk kepada mazhab Syafi’ie, maka penyelesaiannya adalah seperti berikut;

    Jika wang yang dipinjamkan itu ada kemungkinan untuk diperolehi kembali seperti hutang yang berada di tangan seorang kaya dan berusaha membayarnya atau berada di tangan seorang yang mengingkari bahawa ia berhutang tetapi pemilik hutang mempunyai saksi/bukti untuk mensabitkan hutangnya, maka (bagi hutang jenis ini) hendaklah dilihat;

    a) Jika hutang itu bersifat segera (yakni bukan bertangguh), maka wajib zakat padanya dengan disegerakan.

    b) Jika hutang itu bertangguh, maka menurut pandangan yang asah; wajib zakat tetapi tidak wajib disegerakan pembayarannya.

    Adapun hutang yang berat kemungkinan untuk mendapatkannya kembali kerana kesusahan orang yang berhutang atau ia mengingkari hutang tersebut dan pemberi hutang tidak memiliki bukti untuk mensabitkan hutangnya atau orang yang berhutang hilang/lenyap, maka bagi hutang jenis ini para ulamak mazhab Syafi’ie sendiri berbeza pendapat.

    Namun pandangan yang soheh ialah; tetap diwajibkan zakat, akan tetapi tidak wajib dikeluarkan kecuali apabila mendapat kembali hutang itu dan dikeluarkan zakat untuk tahun semasa dan tahun-tahun yang lalu”.

    Wallahua’lam

    Terjemahan Oleh : Naziruddin Ismail
    Sumber :MuQtathifat asasiyyah min qodoya fiqhiyyah mua’soroh.

    source – Alam Informasi

    Dunia Maklumat

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment