Hasnul

Hasnul

Idola Yang Sebenar

Nabi Muhammad adalah Rasul yang diutuskan Allah untuk membetulkan akhlak manusia, sebagai Umat Rasulullah kita wajiblah mencontohi cara hidup (Sunnah) Nabi Muhammad s.a.w, akhlak yang terpuji tiada bandingannya, sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kepada umatnya.

Antara Insan Yang Dapat Hidayah Allah Melalui Kajian Saintifik

Penyelidikan parapsikologi dan perlakuan spiritual dibawah cahaya al-Quran telah mempengaruhi Dr. Arthur J Alison menyedari hakikat kebenaran agama Islam, sebagaimana yang dilaporkan didalam akhbar harian Jeddah, Okaz. Dr Alison yang memeluk agama Islam ketika menghadiri persidangan saintifik di Kaherah mengatakan bahawa orang Islam sendiri telah gagal menunjukkan hakikat saintifik yang ada pada agama Islam kepada yang bukan beragama Islam.

Adakah Aku Masuk Syurga

Makna mengharamkan yang haram adalah menjauhinya sedangkan pula menghalalkan yang halal ertinya melaksanakannya dengan keyakinan akan kehalalannya, untuk ke syurga adalah jelas dan mudah kerana Allah telah menetapkan bagi seseorang batasan-batasan, amalan-amalan dan larangan-larangan yang terkandung dosa jika mengingkarinya dan beroleh pahala jika melaksanakan segala perintah Allah Ta'ala , apabila seseorang itu memilih jalan yang di redai Allah syurga baginya, InsyaAllah.

Fakta Mengenai Saka Yang Perlu Kita Tahu

Saka adalah antara perbuatan "Ilmu Hitam" yang sudah lama wujud dan diamalkan oleh individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia. Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar dengan menyekutukan Allah iaitu syirik kepada Allah Ta'ala.

Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta'ala melalui FirmanNya didalam Al-Quran. Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon.

Rahsia Di Sebalik Minum Air Kencing Unta

Sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi Manusia telahpun mengenali Unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat transport manusia dan pengangkutan barang. Di samping itu, unta juga dijadikan sebagai sumber gizi dengan meminum susu dan memakan dagingnya. Sebenarnya Yang bermanfaat dari unta ternyata bukan hanya daging dan susunya saja tetapi juga air kencingnya.