Al-Qur’an adalah mukjizat
Al-Qur’an adalah Kalam Allah S.W.T. yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai risalah Tuhan Yang Maha Agung dan berperanan menjadi pedoman dan memberi peringatan kepada seluruh umat manusia. Penurunan Al-Qur’an kepada Rasulullah S.A.W. merupakan mukjizat yang paling besar dan istimewa, syumul serta sesuai bagi semua tempat dan keadaan sehingga akhir zaman. Penurunan Al-Qur’an juga bermakna terbatalnya seluruh risalah atau kitab-kitab terdahulu kerana segala-galanya sudah terkandung di dalam Al-Qur’an. (more…)


