Category: Cerpen

  • Talqin Banduan Terakhir (Siri 3 Akhir)

    Kisah Banduan Terakhir

    Talqin Banduan Terakhir (Siri 3 Akhir)

    KINI, Penjara Sungai Buloh, sel banduan terakhir.

    Kamil menyerahkan sepucuk surat kepada warden penjara. Surat itu dimasukkan ke dalam satu sampul surat besar berwarna coklat. Kamil turut memasukkan seutas tasbih yang dipakainya kedalam sampul tersebut bersama kopiahnya. (more…)

  • Talqin Banduan Terakhir (Siri 2)

    “Kamil, kamu pergi pejabat, ambil fail dari Aza, bawak balik rumah ye,” ujar Datuk Sudin sambil menyerahkan kunci keretanya kepada Kamil.

    “Fail apa Datuk?” soal Kamil. Tangannya menyambut kunci kereta dari datuk Sudin.

    “Fail construction warna merah, kamu cuba tanya Aza, fail tu ada kat office ke tidak,” arah Datuk Sudin. Kamil mengangguk lalu beredar. Datuk Sudin menghirup tehnya. (more…)

  • Talqin Banduan Terakhir

    Cerita Terakhir Banduan

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

    2 tahun sebelumnya.

    “Mahkamah mendapati tertuduh gagal membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut Akta 39B Akta Dadah Merbahaya, kamu, Mohd Kamil Bin Haji Husin, dijatuhkah hukuman mati mandatori  atas kesalahan mengedar dadah,” perintah hakim. Kamil tertunduk di kandang pesalah. Haji Husin terduduk membisu. Hajah Zaharah menitiskan air mata. Aisyah terjelepuk mendengar hukuman dijatuhkan terhadap suaminya. Seorang pegawai polis memimpin Kamil keluar dari kandang pesalah. (more…)