Category: Dakwah & Nasihat

  • Air Tangan Keji

    Air tangan orang yang meninggalkan Ibadah kepada Allah:

    Semua orang tahu bahawa meninggalkan ibadah (seperti; solat,berpuasa,zakat dan seumpamanya) perbuatan meninggalkan suruhan Allah Ta’ala adalah dosa besar,Betapa hinanya seseorang itu jika ia meninggalkan perintah Allah S.w.t. keatas dirinya. (more…)

  • Kekuasaan Allah – Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup

    Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir,Subhanallah…dengan kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup. Kejadian ini berlaku di BIRZEBBUGA.

    Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama ‘Bintang’ oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta. (more…)

  • Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu

    Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu

    Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

    Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

    Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.

    Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik. (more…)