SEBUAH hospital di Selatan China menggantung empat pegawai perubatannyakerana membuang seorang bayi yang baru dilahirkan secara pra matang yang disalah anggapkan sebagai sudah meninggal dunia.
Bayi malang itu dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik dan kemudiannya ditinggalkan di dalam bilik air hospital. Selepas beberapa ketika melahirkan, Liu Dongmei berkata dia diberitahu oleh jururawat hospital bahawa bayi lelakinya telah mati semasa dilahirkan.
Bagaimana pun kesilapan itu hanya disedari selepas 30 minit kemudian apabila salah seorang saudara mendapati bahawa bayi lelaki itu masih bergerak-gerak. (more…)
