Blog

  • Dapat Hidayah Di Kedai Buku

    “Tidak kenal maka tidak cinta”, begitulah bermulanya bibit-bibit perkenalan Akifah Baxter dengan agama Islam.

    Terlalu banyak gereja yang telah saya kunjungi. Saya mendengar, saya berdoa dan saya berbicara dengan mereka yang daripada pelbagai kepercayaan. Namun, saya masih merasakan ada yang tidak kena, ia mengelirukan seperti ada sesuatu yang hilang. (more…)

  • Di Sebalik Tiga Perkara Keramat Buat Wanita

    Di Sebalik Tiga Perkara Keramat Buatmu Wanita Idaman

    “Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?” Tanya si ayah Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

    “Tentu saja, wahai ayahku,” jawab Fatimah lembut.

    “Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang baik budi pekertinya bernama Siti Muthi’ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu.”

    Gerangan amal apakah yang dilakukan oleh Siti Muthi’ah sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri pun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju ke rumah Muthi’ah bersama puteranya Hasan yang masih kecil itu. (more…)

  • Keajaiban Kaabah Menurut Kajian Saintifik

    Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)

    Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. (more…)