Tag: Hukum Mempelajari Ilmu Hitam Atau Sihir

  • Fakta Mengenai Saka Yang Perlu Kita Tahu

    Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)

    Saka adalah antara perbuatan Ilmu Hitam yang sudah lama wujud dan diamalkan oleh individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia. Pelbagai kesan buruk dan masalah yang akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar dengan menyekutukan Allah iaitu syirik kepada Allah Ta’ala, Syirik adalah suatu perbuatan yang termasuk didalam dosa-dosa besar. “Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)

    (more…)

  • ILMU HITAM (SIHIR)

    Pengertian Sihir

    Syeikh al-Azhar membuat penta’rifan bahawa sihir ialah amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya. Asal pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.Manakala dalam kamus Muhit disebut :

    “Sihir ialah mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang terbaik sehingga sesuatu itu mempersona dan mengkagumkan bagi orang memandangnya.” (more…)