Masuk Islam Setelah Berpuasa Di Bulan Ramadan
Bennet, wanita yang berasal dari New York dan juga Puerto Rico. “Saya juga seorang keturunan Amerika-Afrika,” ujarnya kepada onislam. “Ketika masih memeluk Kristian, saya hanya pergi ke gereja untuk majlis-majlis khusus atau Krismas, dan kemudian terus melakukannya lagi di tahun-tahun berikutnya. “
Sebenarnya pengalaman pertama berpuasa di bulan Ramadan ketika Bennet belum lagi menjadi seorang Muslimah. “Saya telah berlatih puasa satu hari sebelum atau masa sebelum Ramadan. Saya bangun untuk bersahur, mengingat bahawa saya akan berpuasa pada hari itu. Tapi waktu itu bukan pada bulan Ramadan. Tapi saya tetap melakukannya ketika itu,” kenangnya. (more…)
