Category: Galeri Video

  • Penemuan Bahtera Nabi Nuh

    PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.

    HONG KONG – Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

    Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

    “Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu,” kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

    Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.Tonton Video Penemuannya…. (more…)

  • Penubuhan Negara Haram

    Perisytiharan penubuhan negara Israel

    Perisytiharan penubuhan negara Israel (bahasa Ibrani: הכרזת העצמאות, Hakhrazat HaAtzma’ut atau bahasa Ibrani: מגילת העצמאות Megilat HaAtzma’ut), dibuat pada 14 Mei 1948 pada hari berakhirnya mandat Britain di Palestin. Negara Israel ditubuhkan secara rasmi di atas kawasan yang dulunya dikenali sebagai Mandat British atas Palestin. (more…)

  • Sejarah Sultan Abdul Hamid II

    Abdul Hamid II

    Sultan Abdülhamid II, Maharaja Uthmaniyyah, Khalifah Setia, (AKA: Abdul Hamid II atau Abd Al-Hamid II Khan Ghazi), (Turki Uthmaniyyah: عبد الحميد ثانی `Abdü’l-Ḥamīd-i sânî, bahasa Turki: İkinci Abdülhamit) (21/22 September 1842 – 10 Februari 1918) adalah sultan ke-34 bagi Empayar Uthmaniyyah. Baginda telah memerintah bermula pada 31 Ogos, 1876 sehingga dilucutkan daripada takhta pada 27 April, 1909. Pada zaman pemerintahan baginda, Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan kuasa dan wilayah. Abdul Hamid II merupakan sultan Uthmaniyyah terakhir yang memerintah dengan kuasa mutlak. (more…)