Category: Galeri Video

  • Malam 27 Ramadhan Di Mesir Dan Rahmat Lailatul Qadar

    Rahmat Lailatul Qadar

    LAILATUL Qadar atau Malam Al-Qadar diketahui umum sebagai malam yang sungguh istimewa buat seluruh umat Islam. Ia jelas berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan.” (surah al-Qadr) (more…)

  • PERANG SINAI 1973 “Mesir vs Israel” (Yom Kippur War 1973)

    Perang Sinai (Yom Kippur) Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

    Perang Yom Kippur merupakan sebahagian pertikaian Arab-Israel yang merangkumi banyak pertempuran dan peperangan sejak dari tahun 1948. Dalam Perang Enam Hari pada bulan Jun 1967, Israel telah menduduki Dataran Tinggi Golan di utara serta Semenanjung Sinai di selatan sehingga ke Terusan Suez. (more…)

  • Video Klip Dalam Ka’bah

    Zaman Nabi Muhammad s.a.w. :

    Di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

    Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad:

    cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

    Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. (more…)