Category: Sirah Nabi & Sahabat

  • Perang Khaibar

    Ghazwah Khaibar berlaku pada akhir Muharram, tahun ke-7 hijrah. Khaibar merupakan sebuah oasis besar yang didiami oleh Yahudi. Terletak 100 batu di utara Madinah menghala ke Syam.

    Sebab berlaku peperangan ini: Setelah Nabi s.a.w. memperolehi keamanan daripada pihak Quraisy hasil perdamaian yang dicapai di Hudaibiyyah, Baginda memutuskan untuk membersihkan saki baki Yahudi di sekeliling Madinah. Tindakan ini diambil setelah Yahudi dibersihkan daripada Kota Madinah. Yahudi di Khaibar mempunyai kubu-kubu yang kukuh.Di dalamnya terdapat kira-kira 10,000 orang pejuang. Mereka juga mempunyai kemampuan senjata dan peralatan yang besar di samping terkenal sebagai pakar muslihat, permainan kotor dan tipudaya. (more…)

  • Perang Mu’tah

    Ghazwah Mu’tah berlaku pada Jamadil Awal, tahun ke-8 hijrah. Mu’tah merupakan sebuah kampung di pinggir Syam. Sekarang ia dinamakan dengan al-Karak. Letaknya di tenggara Laut Mati.

    Sebab peperangan ini; Rasul s.a.w. telah mengutus al-Harith bin Umair al-Azdi.Beliau membawa sepucuk surat kepada al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, Raja Basrah yang menjadi wakil Herkules. Dalam surat itu, Baginda s.a.w. mengajaknya kepada Islam (ia merupakan antara surat yang diutuskan oleh Baginda s.a.w. kepada maharaja-maharaja dunia dan raja-raja Arab. Perutusan ini dilakukan selepas perdamaian Hudaibiyyah). Apabila utusan Baginda tiba di Mu’tah, salah seorang raja Arab Ghassan yang tunduk kepada Caesar Rom bertanya kepadanya: “Kamu mahu pergi ke mana? Boleh jadi kamu salah seorang utusan Muhammad?” Lantas utusan Baginda s.a.w. menjawab: “Ya.” Lalu raja tersebut mengikat dan memenggal lehernya. (more…)

  • Perang al-Fath

    Ghazwah al-Fath merupakan peperangan membuka kota Makkah.Ia berlaku pada Ramadan,tahun ke-8 hijrah.

    Sebabnya; perdamaian Hudaibiyyah membolehkan mana-mana kabilah Arab melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w.jika mereka mahu.Mereka juga bebas untuk melakukan pakatan dengan Qurasiy.Bani Bakar telah bersetuju untuk melakukan pakatan dengan Quraisy,sementara Khuzaah bersetuju melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w..Pada tahun ke-8 hijrah,Bani Bakar melakukan pencerobohan ke atas Khuzaah. Mereka membunuh kira-kira 20 orang lelaki daripada Khuzaah.Quraisy turut terlibat membekalkun harta dan senjata kepada Bani Bakar.Apabila berita itu sampai kepada Rasul s.a.w.,Baginda merasa amat marah,lantas mempersiapkan tentera Islam untuk memerangi Quraisy.Namun Baginda tidak mahu memberitahu orang ramai hala tuju tenteranya,supaya Quraisy tidak bersiap sedia.Jika Quraisy membuat persiapan menghadapi tentera Islam,ia akan mengakibatkan kehormatan Tanah Haram tercemar dan serata ceruknya akan dipenuhi cebisan-cebisan mayat (ramai nyawa yang terkorban). (more…)